Firdausi Itu Impianku. Hidupku Adalah Untuk Allah. Doakan aku, kawan !

Firdausi Itu Impianku. Hidupku Adalah Untuk Allah. Doakan aku, kawan !

Kanak-Kanak Ribena >

Tirai Dibuka : Satu Sembilan Sembilan Lima

Dup dap dup dap Dup Dap Dup Dap Dup Dap

Mungkin itulah rentak degupan jantung ibu saat mahu melahirkan saya.

=')

Malah, mungkin lebih laju. Lebih kencang dari Kereta Ferrari Yang Baru ditukar tayar.

Peluh besar.

Sungguh, besar sekali kerja buat ibu kita tatkala sebelum, semasa dan selepas mengeluarkan kita si comel pipi bam bam ini ke dunia nyata.

Saya lahir tidak disambut gembira.

*Pasang lagu air pasang pagi siram pokok bunga* -Mood Sedih Ni-

Doktor yang sepatutnya on duty tak ada masa saya dilahirkan.mYang ada hanya lah stuff nurse yang garang macam ibu ayam nak mengeram telur.mStaf hospital tak ambil endah dengan keadaan ibu.
Bila diminta selimut kerana kaki kebas,mMulut mereka membebel,

'siapa suruh tak minum susu'
'kan dah cakap.. bla bla bla'

Permintaan selimut dibalas dengan kata-kata yang menyakitkan telinga. Sedangkan tiada selimut yang dihulur.

Sudahlah begitu, apabila telah melahirkan saya the cutest baby in the hospital on that day (Sila jangan tersedak atau muntah),ibu saya terpaksa pula menolak sendiri kereta saya (baca: kereta bayi kat hospital tu) ke bilik pengumpulan para bayi yang dilahirkan. Tak tahu lah nak panggil bilik apa. Eheh.

Inilah permulaan kisah hidup budak yang menulis belog ini. Tak seindah kemunculan pelangi selepas hujan yang turun dari awan cumulonimbus atau tak segempak kelahiran anak Cik Ta yang kacukan itu.Telebesen dan surat apa khabar terus menayang wajah gebunya. Jealous I tengok si Dhia tu. Femesnya mengalahkan Mat Luthfi walaupun tak sampai 24 jam lahir. Heh.

Tapi tapi

Alhamdulillah. Biarpun permulaan kehidupan budak tu sebegitu rupa, Tak sangka rel kehidupannya.. masyaAllah sangat cantik tersusun.

Sungguh, saya akui. Allah sangat baik dengan saya. Dia beri saya macam-macam. 

Banyak sangat.

Dari dulu sampai sekarang.

Pembelajaran saya tentang kehidupan adalah dalam versi yang cukup unik. ^^
Tanggal 27 Jun 1995 menjadi titik mula hamba Allah yang marhaen ini. Mungkinlah inilah sebabnya saya suka nombor 27 dan nombor 7. ^^

Di bumi Perak Darul Ridhuan saya berkelana menerobos alam ria si kecil selama 10 tahun. Kata ibu, wajah saya ketika dilahirkan sangat sangat cantik.

Kan I dah kata, I'm the cutest, right ? ( at that time la) Kah kah kah

Rambut saya lebat menutup dahi. Kulit yang putih seperti putihnya salju Sakinah. Eh. Berat 3 kg semasa dilahirkan dah boleh anda bayangkan betama bam bamnya saya ketika itu. Suara juga masih gemersik setanding Erra Fazira. Sekarang dah macam Ella. Ker?

Saya tertanya-tanya adakah tangisan saya ketika bayi sangat merdu hingga mampu mendodoikan ibu tidur di malam hari atau ianya malah membingitkan telinga dan menggegar rumah setiap malam?

=D
Soalan yang tiada jawapan.

Saya tak pasti apakah perasaan kakak saya yang seorang tu bila dapat gang baru dalam rumah.
Yer laa. Saya kan lagi comel dari dia. Eheh.

Mungkin dia muncung macam ni bila dapat tahu saya baru keluar dari perut ibu.

Lantas,


Melayan saya seperti ini?
Atau...

Dia sangat eksaited sampai ternganga mulut macam minah ni. 

Dan

Menjadi kakak yang sungguh fair and lovely macam ini.

Gambar-gambar kenangan zaman kecil kami masih selamat diabadikan dalam album. Bila bosan, pasti saya akan membelek satu-persatu dan tersenyum sendiri. Ternyata kakak saya ini sangat gembira (saya rasa) bila dia dapat adik baru setelah 3 tahun keseorangan.

Setiap kali saya bermain pasti dia ada bersama. Bila saya naik kereta, dia yang menolak.
Bila saya muntah, dia yang basuh. Oke. Yang ini epik semata-mata.

=P

Oh. Ada satu kebenaran yang saya perlu bongkarkan.

Tahap kecomelan saya tidaklah kekal lama. Selepas seminggu, saya tetiba menjadi gelap.
(Mohon jangan bayangkan saya tetiba bertukar jadi adik-beradik arang) Saya maksudkan wajah Korea saya bertukar jadi Asean semula. Ibu pun pelik tak tahu kenapa.
Dalam tempoh masih menyusu dengan ibu, ibu tinggalkan saya selama seminggu apabila dia terpaksa berkhursus di Pulau Langkawi. Terputus susu dari ibu telah bikin saya yang cepat lapar ini merana.
Menangislah saya siang dan malam pagi dan petang gaya Fika dalam Sinetron Ratapan Anak Tiri.

Fika.

Putus fius abah melihat anak gadisnya yang seorang ini buat onar. Akhirnya, ibu pulang. Of courselah sangat tersentuh ibu melihat kondisi saya yang lemah. Lemah sebab rindu dan.. lapar tentunya. Tangisan selak selama seminggu menghasilkan suara saya yang sikit lagi nak menandingi Ella. Rocker gitu. Alhamdulillah, bila dah besar, hilang sikit serak-serak gitu.
Begitulah hidup. Mana ada yang kekal. Saya bersyukur Allah beri kesempurnaan fizikal sedangkan ramai insan yang mengalami kecacatan pada tubuh sejak lahir.

U_U
Alhamdulillah. Tak akan mampu lidah ini setop dari bertasbih dan bertahmid memuji dan memuja Allah SWT, penganugerah kehidupan seorang Qasrus Syuhada.

"Oleh itu ingatlah kamu kepada Aku (dengan mematuhi hukum dan undang-undanKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan, dan bersyukurlah kamu kepada Aku dan janganlah kamu kufur akan nikmatKu."

[Surah Al-Baqarah 2:152 ]

Allah beri saya keluarga yang sempurna. Keluarga kecil yang bertapakkan asas iman dan Islam.
Anggota SHARIMAS ada 3 srikandi 1 Ulama' Kecil.

SHARIMAS stands for


SH- dua huruf pertama nama kakak
ARIM- sebahagian daripada nama abah
MA- sebahagian daripada nama ibu
S- huruf pertama untuk semua hadek-beradek ku yang ohsem.

Abah saya bukan pak ostad yang mengajar kitab di Masjid.
Ibu saya bukan puan ostajah yang menekun mencurah ilmu agama kepada anak murid.

Tak !
Mereka hanyalah seorang farmasi dan kerani sekolah yang berpendidikan diploma cuma. Tapi ibuku bertudung labuh. Abahku tak pernah tidak berkopiah putih bila ke masjid untuk berjemaah 5 waktu di rumah Allah itu. Didikan mereka luar biasa!

Saya kira saya tak pernah lagi jumpa ibu bapa kawan-kawan saya yang sama seperti ibu bapa saya selama 6 buah sekolah yang saya jelajahi sepanjang hidup.


Saya skema tapi mahu lebih solehah. Sempoi itu penting namun akhlak paling utama.

Alhamdulillah.

Inilah permulaan saya ; Qasrus Syuhada
Tahun satu sembilan sembilan lima cerita dibuka
Diari alam maya saya bercerita
Moga ada ibroh dibalik setiap plot yang Allah cipta 




Nantikan khazanah tulisan Qasrus yang seterusnya.
Tentang sebuah kisah.

Kisah chenta antara dua manusia berstatus biasa;
Namun telah membina baitul muslim kelas pertama;
Lantas Melahirkan anak-anak yang ohsem belaka.

Hiks.

Wait ya!
_____________


DOAKAN SAYA WAHAI TEMAN.
Saya kanak-kanak hingusan yang baru berkenalan dengan kehidupan. Pinta saya, doakan saya menjadi gadis yang berakhlak mulia dan cintakan Allah dan Rasul melebihi segalanya.

Doakan !

No comments: