Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2015

Jodoh-Aku-Yang-Paling-Kuat Dah Kahwin..

' Qasrus. Hang rasa aku sesuai kahwin dengan sapa?? ' Ini lah soalan yang dia asyik ulang dan ulang. Daripada kami tingkatan 4 sampai sekarang dah masuk alam universiti. Dan saya hanya mampu menjawab, 'Nanti sampai masa, kita tahulah..' Atau, bila dia terus ulang dan ulang pertanyaan yang sama, saya akan bergurau pula, ' Rasanya, Barack Obama agak matching dengan hang..' Dan dia akan menarik muka. Hehe Nabihah. Dia pelajar Tingkatan 4 baru intake kedua ke SBPI Kubang Pasu. Saya pelajar intake pertama. Dorm PIU4 menjadi titik mula perkenalan kami. Teddy bear yang dibawanya dari rumah menjadi gambaran awal kepada saya , Nabihah ni orang yang macamana. ^^" Budak ni sorang kecil sahaja. Tapi semangatnya luar biasa. Dia antara kawan saya yang paling rare . Dan dia antara kawan yang paaaaaling banyak persamaan dengan saya. Banyak sangat. Hari ini, tanggal 25 September 2015 bersamaan 11 Zulhijjah 1436, Nabihah sudah diijab kabulkan dengan Aiman A

" Dia ada penyakit tu. Dyslexia. "

Rama. Palestine. 7 tahun. " Rama, awak tinggal di Jordan dengan siapa? " " Saya tinggal dengan mama. Saya ada lagi 3 orang abang/kakak. Saya paling kecil " " Ayah mana? " Belum sempat si kecil ini menjawab, rakan di sebelah menyampuk. " Dia ada mama saja, ayah dia dah mati. " Rama terdiam. Dia memandang tajam rakannya. (Err. Aku pulak yang serba-salah.) " Ayah dah tak ada. " Perlahan sahaja suaranya. Tapi masih boleh tersenyum. *Qasrus, Cepat ubah topik !* " Rama, awak hafal Al-Quran kan dekat sini? " Dia angguk. " Surah apa dah yang awak ingat? " " Juzuk 30, kamil. " Senyum lagi. " Saya nak awak tasmi3 surah Al-Baqarah, boleh? " *Saja test* Si comel ini tergelak kecil. " Saya baru ingat juzuk 30 dan ayat kursi saja.. " "Okay. Lepas ni, cuba hafal Al-Quran, kamil. Boleh? " Dia angguk. " Awak belajar bahasa Inggeris jugak kan? Apa yang awak tahu? " " What is your

Kenapa kena menjerit??

' PERHATIAN KEPADA SEMUA WIRAWATI MUSLIM, ANDA DIMINTA BERGERAK KE SURAU SEKARAAANGGG!!' Selain azan, itulah seruan yang menghiasi penempatan wirawati setiap kali tiba waktu solat. Setiap hari, 4 kali, dari Subuh, Zohor, Asar dan Maghrib. Siapa yang menjerit?? Yargh, itulah dia Ketua Agama Wirawati Muslim. Walaupun ayu-2, sopan-2, tapi bila sampai je waktu solat, keluarlah suara jantannya menyeru para wirawati bergolek-golek ke surau untuk solat. Tak cukup dengan menjerit, terpaksa pula pergi dari bilik ke bilik untuk pastikan hanya non-muslim sahaja yang tinggal di dalam bilik. Setelah itu, berdiri pula di pintu asrama wirawati untuk ambil nama wirawati yang lewat ke surau. Kadang-kadang koperal Non-Muslim pun turut sama bertawaf keliling asrama untuk ' jemput ' kawan-2 muslimnya ke surau. Begitulah hari hari. Tak kira hari cuti atau hari ada kelas, begitulah. Itu belum kira dengan pengumuman 5 minit, ' PERHATIAN KEPADA PARA WIRAWATI, ANDA DIBERI MASA 5 MINIT UNT

Pemakai Jam Di Tangan Kanan. Saya Bukan Kidal.

Long long long time ago, Masa kain sekolah masih warna biru gelap, Ada 2 tabiat yang paling saya suka buat. Pertama, setiap tahun mesti tukar kotak pensil. Kalau masa darjah 1 pakai kotak pensil besi yang bertingkat tu, naik darjah 2 mesti wajibal ghunnah beli kotak pensil yang berzip pula. Haa.. Cita rasa beraneka gituh. Kalau kotak pensil lama belum rosak pun, kena rosakkan dia supaya dapat beli yang baru. 😈 Kedua, setiap minggu mesti tukar jam. Minggu ini pakai jam di tangan kiri, minggu depan mesti di tangan kanan. Tak selesa bila mula-2 tukar, tapi lama-2 ok je. Minggu seterusnya tukar balik. Berkali-kali mengalami perasaan tak selesa setiap kali tukar jam itu adalah satu perasaan yang unik rupanya! Haha. Sengaja. Orang kata keluar dari zon selesa itu bagus. Sampailah satu ketika.. Dalam satu siri seminar UPSR, penyampai ceramah bertanya 'soalan aneh' kepada salah seorang daripada peserta seminar iaitu Emil yang juga rakan sekelas merangkap musuh seteru saya

' In shaa Allah, Moga kamu cepat-2 dapat anak kedua.. ! '

Ada tiga jenis pemandu teksi di Jordan yang saya perhatikan memiliki tabiat yang buruk bin hodoh bin tak senonoh bin rasa-nak-tembak-pakai-M16. Heh. Pertama. Merokok. Kedua. MengUsha wanita di tepi jalan. (Yang free hair lagi mendapat perhatian ) Ketiga. Pakej sempurna = Merokok + Suka Usha. Saya masih Ok kalau mereka merokok. I boleh buka tingkap dan buat-2 batuk. Tapi kalau yang jenis mata melilau dan melekat pada perempuan berpakaian ketat yang berjalan di tepi jalan, sanggup melaksanakan proses usha-usha panas itu dengan berpusing kepala 4 hingga 5 kali, itu I tak boleh nak buat apa-2. Nak baling beg tangan pada muka dia, takut nanti dia drive melelong , kang accident, I pun cedera sama. Heh. Marahkan pemandu teksi, si perempuan pun salah juga. Pakai pakaian tahap macam poket dah berlubang tak mampu tampung duit untuk beli pakaian yang lebih longgar dan sopan. Marahkan perempuan tak tutup aurat, si pemandu teksi pun salah juga. Mata jenis tak menunduk, nampak yang seksi, lagi dia n

31 Ogos 2015. Done 19 buah buku.

" Akak, apa hadiah yang akak paling suka?? " " Bagi akak buku. Itu hadiah yang paling best dalam dunia. " Dialog ini telah berlalu hampir 5 tahun yang lalu. Seorang adik tingkatan 1 dari kelas yang berada di bawah pengawasan saya sebagai kakak pengawas melontar soalan tersebut ketika perhimpunan pagi belum bermula. Hantu buku . Ulat buku. Miss Fanatik Buku. Gila buku. Sebutlah gelaran apa pun untuk manusia yang terlalu cintakan buku, itulah gelarnya pada saya suatu ketika dahulu. Sejak di bangku tadika, buku adalah makanan. Buku adalah kehidupan. Kerana diri masih belum ada kudrat untuk memiliki wang sendiri bagi membeli bahan bacaan baru, maka amalan membaca buku yang sama hampir 5 atau 6 kali adalah menjadi satu kebiasaan. 3adii. Mujur kuartes klinik tempat saya tinggal dahulu cuma berhadapan dengan perpustakaan awam. Maka selalu ada kesempatan untuk melepak puas-2 di sana. Setiap hari Ahad pada hujung minggu , abah pasti akan saya menerjah perpustakaan. Biarpun b

KENAPA MASIH TERSEKAT-SEKAT CAKAP ARAB??

Dua tahun dahulu, lidah saya belum mampu menutur bahasa arab Jordan dengan baik. Confidence apatah lagi.. Zero. Kalau suruh saya speaking arab, ke Laut China Selatan lah gamaknya. Melingkup. Sekarang, bahasa saya masih ke laut. Tapi keberanian untuk bersilat kata dengan bahasa asing itu sudah semakin menyubur. 69.99% lebih yakin dari sebelumnya. Nak ajak bergaduh dengan orang Arab pakai bahasa arab campur bahasa melayu dan English, bolehlah jemput saya join. Agak melingkup, tapi boleh difahami. Saya lah yang faham, orang lain mungkin terbelit neuron nak mentafsirnya. Ahah. Sebentar tadi terpelanting dengan pertanyaan seorang pak cik perabot. ' Mereka ni tahun berapa? ' Dia menunjukkan jari kepada tiga orang mentee saya. ' Tahun satu. ' ' Kamu? ' ' Tahun tiga. ' ' Tahun tiga???? Kamu tahun tiga, KENAPA MASIH TERSEKAT-SEKAT CAKAP ARAB?? ' Diam. Tersentak. Fuhh. Menusuk qalbu persoalan tu. ' Erk. Saya tak selalu guna bahasa Arab. Banyak pakai Ba

Aku Memang Disahkan Menghidap Kanser

' Bohonglah kalau aku cakap aku seronok berhenti belajar. Hanya berbaki lagi 2 tahun pengajian. ' Saya terdiam. Tersimbah rasa simpati tak tertahan. ' Biar aku berterus-terang. Aku memang disahkan menghidap kanser. Kanser Astrosytome. Dah level 2. Perlukan rawatan susulan sama ada chemotherapy atau radiotherapy. ' Sunyi. Kalau anai-2 bersiul pun pasti terdengar jelas. Saya hilang kata-2. Tak ada apa yang mampu dibuat melainkan hanya bisa menundukkan muka. Dia menyambung kalam, ' Kalau terpaksa buat rawatan semua itu, aku tak boleh lagi untuk sambung pengajian langsung. Aku perlu tangguh dan terus tangguh. Entah sampai bila, aku pun tak tahu. Hanya Dia yang tahu. ' Allah. Ujian ini benar-2 sulit pada pemikiran waras manusia. Bagaimana seorang yang sihat tiba-tiba disahkan sebagai pesakit kanser. Sungguh, Allah Maha Kuasa! ' Qasrus, sekali lagi aku minta maaf sangat-2. Hanya Dia yang tahu apa yang sedang aku rasa dan lalui. Aku bangga sebab dapat sahabat-2 yan

' Ana rasa mati tu dekat sangat. '

Air matanya laju turun. Bagaikan air terjun mengalir selepas hujan. ' Kenapa ni? ' ' Ana rasa mati tu dekat sangat. ' Aku terdiam. Tersentak. Tak sangka itu yang menjadi punca dia menangis sebegitu rupa. Kebetulan pada malam itu, terdengar pula tazkirah tentang sifat malaikat pencabut nyawa manusia di radio IKIM. ' Jika Dia mahu mematikan hamba yang soleh, dia akan serah kepada malaikat rahmat. Jika Dia mahu matikan hamba yang tholeh, dia akan serah kepada kepada malaikat azab. ' Allah. . . Hari ini Allah cuba nak 'nasihatkan' saya tentang 'mati'. Busy dengan manusia takpe, Tapi jangan sampai buat don't know kepada Dia.

Robot Kecil Yang Lincah. Senyum

Bagaikan robot yang berbateri penuh dan diprogram untuk kekal berEnergy, Kesempatan melawat insan yang bagaikan satria wanita yang gagah perkasa ini mengundang kekaguman di sukma hati. Kecil sahaja orangnya. Tapi lincah. Sentiasa berWilling untuk membantu orang lain. Usai tamat program bersama sahabat halaqah Al-Quran semalam, Bergegas pula dia menyelesaikan tugasan persatuan hingga lewat malam. Esoknya pula, sambil menyiapkan tugasan persatuan yang masih berbaki, dia sempat mengambil tender-tanpa-gaji untuk memasak buat teman-2 batch yang akan menghadapi imtihan. Selepas memasak, berlari pecut pula dia untuk memberi tuition percuma kepada beberapa orang teman lain yang akan exam sehingga ke Asr. Ingat dia dah nak berehat. Oh, rupanya tidak! Pada sebelah petang, sempat pula dia turun menyertai Bengkel Surgery Skill di sebuah pusat latihan perubatan yang agak jauh dari rumahnya. Fuh.. I only think, kalau saya di kasutnya, mungkin dah lemah-lesu-pening2 macam tikus terminum bergelas-gela

Terengganu VS Kedah? Matching Kah??

Terengganu. Dulu, tak pernah pun terfikir nak tahu bahasa orang ganu. Tak pernah terasa pun akan ada kawan dari Terengganu. Yerla. Kedah. Terengganu. Jauh berjuta inci kut. Dan, rasa inferior lah dengan mereka yang dari Terengganu ni sebab selalu dengar mereka ni bijak belake. Selalu Top dalam Exam dari aku UPSR sampai SPM. PERGHH. Banyak makan ikan kut. Emotikon tongue Tapi, Keluar sahaja dari zaman sekolah, Di mana-mana sahaja aku pergi, mesti dikelilingi warga Terangganu. Masuk INTEC, bersepah-2 kawan dari Terengganu yang belajar sekelas. Romet pertama di Jordan, juga si Terengganu Gurl. Masuk Az-Zikr, pembimbingnya kakak dari Terengganu. Masuk persatuan sebagai AJK kecil, kakak JKK pun orang Terengganu. Join PINTAR, hadek-2 Usrah majoriti Terengganu. Pindah rumah.. lol. Osmet dari Terengganu jugok. Tak lama kemudian, dapat Romet, Lagi dari Terengganu. Pffttt. Ingat dah habis episod ini. Rupanya tak. Tak lama lagi Bakal menjadi mentor untuk menerima dan menguruskan adik-2 baru yang

Awak Jangan Takut Sangat

' Saya takutlah. Selasa ni nak exam, material baru bukak. Habislah ! Ke laut jugak subjek ni.. '  ' Bukan awak sorang. Saya pun sama.. ' ' Awak lain. Awak scorer. Saya tak. Saya takutlah.. ' ' Tak. Saya pun sama je. Awak jangan takut sangat. Perasaan tu tak baik pun sebenarnya. Ia akan bantutkan pemikiran dan usaha kita. Cuba awak target untuk malam ni, bahagian mana yang awak nak habiskan. Bila awak berjaya capai target tu, awak akan rasa tenang sikit dan puas hati walaupun material belum habis. Yang penting, jangan terlalu takut. ' - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - Dalam banyak-banyak manusia yang Allah hadirkan, Kita selalu rasa mereka adalah orang yang berbeza, bertali-arus datang dan pergi. Hakikatnya, ada persamaan antara mereka. Mereka adalah 'utusan-kasih-Rabbmu' yang sentiasa singgah meninggalkan 'bekas' pada hidup kita. Biarpun untuk seketika. Sedetik cuma. Tetap menggaris pelangi makna yang sempurna. Sungguh, Allah

Kamu Letak Allah di Tangan atau di Hati??

Allah memberi dunia kepada kita sebagai hadiah. Selayaknya kita Letakkan Allah di hati dan dunia di tangan. Jangan sesekali letakkan dunia di hati dan Allah di tangan. Kerana barang di tangan mudah diletak tepi, tapi sesuatu yang dihati akan kental menguasai diri. Andai kamu biar dunia yang merajai hati, Maka kamu akan lihat diri kamu sanggup meletakkan Allah ke tepi ; Study kamu lagi aula dari menunaikan hak kepada teman. Kerja kamu lagi utama dari solat pada waktunya. Dunia kamu lagi kamu pentingkan dari Pemberi dunia itu sendiri. Maka, usah lagi persoalkan, Kenapa hati aku tak gembira? Tak tenang? Gelisah dan sengsara? Jawapannya, tanya diri kamu. Kamu letak Allah di tangan atau di hati??

' Hahahaha. Bukanlah ! '

Dia mengirim kuiz di wasep. Sebab lama tak berborak, maka saya layan. Soalannya, ' Bila semut nampak manusia, dia tak lari pun. Malah, dia buat tak tahu saja. Tak takut. Cuba teka kenapa? ' Err. Saya putus fius. Cannot brain. Hump. Laju jari ini menulis, berusaha untuk 'menembak' jawapan. ' Oh. Senang je tu. Semut tu tak lari sebab dia tahu je, kalau kena pijak, belum tentu dia mati. Semut kan ringan.. Kalau jatuh KLCC pun, komfem belum inna lillah.. ' Hehe. Menjawab tak? ' Hahahaha. Bukanlah ! ' Saya tersenyum. Dah agak, jawapan yang saya bagi komfem salah. Hehe. So, jawapannya..? ' Semut tak takut manusia sebab manusia pun Allah cipta. Sama je level kita dengan semut ni. Cuma saiz yang sedikit tak sama. Satu perbezaan yang ketara antara kita dan semut adalah diorang takut Allah. Tapi, tak semua manusia takut Allah. Hashtag muhasabah. ' Gulp. Tercengang. *Simbah kepala dengan air softner dalam baldi.

'Cikgu sakit apa?'

'Cikgu.. Tak sihat ke?' Dia beranikan diri untuk bertanya apabila melihat kondisi fizikal dan pergerakan guru itu yang kurang lancar. 'Aah. Cikgu tak berapa sihat. Lama dah.' 'Cikgu sakit apa?' 'Arthritis. Effect lutut dan jari.' 'Haaa.. Saya rasa saya tahu penyakit tu. Saya dah pernah belajar! Ia berkaitan dengan joint.' Dia teruja. Biarpun bidang pengajiannya adalah pergigian, apabila menyentuh sesuatu yang dia tahu, cepat sekali dia merespon. Tak henti-2 keluar pelbagai fakta dari mulutnya. Tak kering juga kalamnya dengan nasihat dan peransang kepada guru tersebut. Saya cuma tercengang. Arthritis. 'Aku pernah dengar perkataan tu. Aku pernah belajar juga. Aish. Tapi kenapa otak aku kosong ye? Kenapa laju betul kawan aku ni syarah tentang penyakit ni? Kenapa aku tak boleh? Lesh??' Pulang dari ziarah ke tempat yang pernah menjadi ruang saya menuntut ilmu itu, terus peristiwa tersebut bermain di fikiran. Terasa benak ini tepu dan lesu kera

Hebat Rabiatul Adawiyah.

Selalulah dengar stetmen.. 'Kita masuk syurga bukan dengan amalan kita ( solat, puasa, zakat, haji, tolong basuh stokin kakak, sadaqah maggie kepada housemate yang 3 hari kebuluran, belanja classmate tambang balik Malaysia etc..etc..) tapi, kita masuk syurga dengan rahmat Allah.' Selalu dengar. Sampai kadang aku terfikir, Sia-sia ibadah itu andai ia tak mampu memancing cinta Allah kepada kita. Ibadah yang tidak dihampari ambal keikhlasan, Ibadah yang jelek kerna tercanting dengan riak dan angkuh, Ibadah yang halai-balai, tak istiqamah dan penuh kedustaan. Ibadah yang kosong tanpa tujuan ; Ibarat usaha mendayung jauh dari pelabuhan dengan menaiki perahu kertas yang bocor. Sia-sia. Baru aku faham cara fikir Rabiatul Adawiyah yang unik. Rintih beliau, ' Allah, jika aku beribadah kerana mahukan syurga-Mu, maka jangan Engkau masukkan aku ke dalam syurga itu. Allah, andai aku beribadah kerana takut neraka-Mu, maka lemparlah aku ke dalamnya. Tetapi wahai Allah, jika aku beribadah

Warnakan Rambut, Boleh Ke??

Warnakan rambut, boleh ke? Orang arab cakap boleh je. Diorang pun ramai je yang buat.. Boleh atau tak boleh ya mewarnakan rambut? 'Kita kan muslimah bertudung. Jadi mana ada orang nampak pun warna rambut tu. Tak masuk kategori menunjuk-nunjukkan?' 'Pewarna tu halal kut. Tak ada unsur-2 haram. Bahannya semula jadi, asli, thorbaik fil alam!' 'Suami ana bagi je. So, ape salahnya ukhtiku..?' Fokus utama untuk kalian yang mahu mewarnakan rambut adalah... -Make sure tidak menyerupai orang bukan Islam. -Pastikan pewarna itu hanya meninggalkan warna pada rambut tetapi tidak menyeliputi rambut / telap air Sebab apa? Tak sah mandi hadas jika ada bahagian tubuh yang tidak diratakan air ke atasnya. Kalau tak sah mandi hadas, maka tak sah solat. Urusan solat, jangan pandang sebelah mata. Macamana nak tahu pewarna tu telap air ke tak? Pergi saloon, mana sempat nak test telap ke tak? Anda ragu-2 dan konpius? Fening dan otak dah blur? Maka.. Tak payahlah mewarna rambut. Bersyuk

Kuncinya, Al-QURAN.

Al-Quran. Telah diketahui menjadi panduan dan rujukan utama. Di dunia. Lantas, mengapa bacaan lain yang lagi kita junjung dan usung? Al-Quran. Jelas sekali mukjizat yang nyata. Turun khusus dari Allah untuk manusia. Lantas, mengapa kita lagi suka mendengar lagu yang lagho dari bacaan Al-Furqan? Ayah kepada seorang teman saya pernah dirawat oleh seorang muallij dari Indonesia. Pabila ditanya kepada muallij tersebut bagaimana untuk mengubati sakit itu (sihir), kata beliau, BANYAKKAN BACAAN AL-QURAN. TG Abdul Hadi pernah disoal mengapa beliau boleh maintain tenang walaupun dihentam kiri dan kanan hatta pernah dikritik secara berhadapan oleh orang bawahan. Katanya, BANYAKKAN BACA AL-QURAN. Ujian kepada Nabi Muhammad SollAllahu 'alahi wa sallam lagi berat dari apa yang kita dapat. Kuncinya, Al-QURAN.

Aku Tidak Marah Kamu

Saat melihat aneka gambar dengan pelbagai gaya dihapload ke muka buku, Hanya unfollow yang mampu ditekan. Saat melihat pelbagai coretan bahasa yang kesat dibalut rendahnya adab penulis, Hanya unfollow yang mampu ditekan. Tak mahu unfriend kerana aku masih punya rasa malu. Malu dengan Allah kerana aku tak mampu nak menegur kamu. ' Sahabat, usah tayang gambar kamu di ruang ini. Kamu punya ramai teman lelaki dalam efbi. Jangan biar insan bermata keranjang mudah-2 bisa mengakses wajah kamu, tubuh kamu. ' ' Niqabis, jangan ditayang pakaian kalian tanpa tujuan. Usah menelanjangkan wajah yang sudah ditutup itu. Kerana aku lihat, ramai sekali mereka yang menutup wajah dengan kain tapi membukanya secara tidak zahir pada pandangan ajnabi. Padahal membuka kain itu sekali-sekala di ruangan tertutup adalah lebih baik dari kamu memakainya tapi menayangkan pula di serata alam.' ' Adik jangan ditulis sesuatu yang tidak bermanfaat. Tulisan kamu itu bahasa yang unik. Yang bisa membua

Have Faith Wahai Doctor-to-be.

Terkadang rasa resah menghantui dan mempontianak diri. Wanita berkerjaya. Kerjaya pula level so-called profesional gituh. Takut. Takut tak ada masa untuk diri sendiri. Untuk keluarga. Acap kali hati meniupkan salju peransang, ' Kita buat kerja untuk tolong orang, nanti Allah pasti tolong kita balik. Kalau tidak Allah bagi portion kebaikan itu di dunia, pasti di akhirat pula akan diberinya. Kerana keyakinanmu itu penting, yakinlah. Yakin bahawa Allah itu adil. ' Ya. Itulah kata-2 yang menguatkan bila diri dirempuh keresahan. Tapi tetap diri diulit gusar apatah lagi melihat realiti semasa. Cuma tak mungkinlah nak terus biar diri ditimbus ketakutan diri sendiri. Usir. Itulah usahaku sehari-hari. Kerana kata insan itu, ' Tak semua anak-2 wanita berkerjaya rosak dan tidak semua anak-2 suri rumah itu menjadi belaka. Yang paling penting, suburkan ketaqwaan dalam diri. Doktrin anak-2 supaya menjadi orang yang sentiasa berhati-2 dan waspada; Allah tanpa henti terus mem

Nista Dunia. Terpalitkah Ia Pada TubuhKu?

Mengenang kembali memori yang terpatri ketika berada di tingkatan satu pada zaman sekolah menengah. Indah. Sekolah itu adalah sekolah biasa sahaja. Tiada bangunan berlampu kristal atau bertandas permaidani 2.0 inci. Hanya bangunan lama yang berdiri megah dan terus-terusan dicat baru agar kelihatan indah. Cuma, yang luar biasanya, para penghuni terasa dijaga dan terjaga oleh kakak-2 pimpinan yang cukup tsiqah. Adab pemakaian , cara galas beg sekolah , bab kebersihan dan disiplin, aktiviti melazimi Al-Quran dengan surah-2 pilihan, tazkirah maghrib dan kuliah dari para asatizah, muhasabah diri, usrah di hujung minggu dan bacaan wirid tertentu pada setiap malam sentiasa menghiasi hari-2 di asrama. Rindu. Paling melekat dalam diri, pergaulan dengan ajnabi begitu diteliti dan dikawal. Hatta menyebut nama pelajar putera tanpa tujuan juga dianggap aib yang besar. Akhlak dan adab dijunjung tinggi ; atas nama pelajar puteri maahad. Juga atas title aku seorang srikandi Islam. Apabila kini sudah t

Bestlah, Boleh Main Cucuk Cucuk Orang.

"Qas ! Bangun. Ada yang pengsan." Jam 5.30 pagi bergegas ke emergency room. Kantuk yang melampau gara-2 cuba buat cobaan study lebih masa hingga ke pagi cuba ditahan. Melelong. Oh, tapi ada yang lagi melelong dari saya. Bila melihat tuan doktor yang mendiagnosis pesakit dalam keadaan mata kejap bukak kejap tutup, insaf saya seketika. Nampak sangat baru bangun tidur tapi masih sempat capai stethoscope untuk digantung di leher. Allahu. Mesti beliau pon stays up untuk treat patient yang bertali-arus dari semalam. Sempat saya meneliti macamana MA masukkan branula pada patient untuk tambah air dalam badan. Juga cecair paracetamol sebagai analgesics drug. Ouch! Nampak macam sakit! Tapi bestlah, boleh main cucuk cucuk orang. Eheh. Doktor decide untuk buat lab test ; cbc urine test dan bacteria test kepada patient. Kata seorang senior medik practical, mungkin ia systemic disease dan bukannya localized. Saya tanya, kalau systemic, tak bahaya lah kan? Katanya, mungkin boleh jadi lagi s

Siapa je tak serba salah?

Jangan gabra dan hidup-segan-mati-tak mahu (baca: serba salah) untuk hulurkan bantuan pada orang yang betul-2 susah. Ingat tak cerita Ummu Salamah (isteri Nabi Solla Allahu 'alaihi wa sallam) ? Macamana Allah tukarkan daging pemberian jirannya kepada batu hanya kerana dia tak bagi daging tersebut kepada peminta sedekah yang datang ke rumahnya. Frankly speaking tak berhabuk macam mat salleh, kalau kita di tempat Ummu Salamah pon komfem 440% kita akan serba salah. Satu, sebab daging itu hadiah jiran untuk diberi kepada manusia thorbaik fil alam iaitu Rasulullah Solla Allahu 'alaihi wa sallam. Dua, dalam keadaan dah tak ada stok makanan tambahan even sepaket maggie, datang pula peminta sedekah yang sedang kelaparan. Siapa je tak serba salah? Apabila Ummu Salamah decide nak simpan juga daging itu untuk Nabi Solla Allahu 'alaihi wa sallam dan tak beri apa-2 kepada peminta sedekah yang datang, Allah tukarkan daging tersebut kepada batu. You know what? Itu adalah cara Allah nak ba

Kepanjangan Tangan Zainab

Para Zaujah Nabi Solla Allahu 'alaihi wa sallam pernah mengukur tangan masing-2 untuk melihat tangan siapa yang lebih panjang. Sebabnya... Kata Nabi Solla Allahu 'alaihi wa sallam, siapa tangan yang paling panjang daripada kalangan isterinya akan menyusul kewafatan baginda dengan lebih cepat berbanding yang lain. (Macam nak boarding flight, selalunya penumpang business class yang akan masuk flight dulu kan.. Spesel gituh. ) Ternyata, secara fizikalnya, tangan Siti Saodah yang paling panjang lalu mereka bersepakat bahawa beruntunglah Siti Saodah kerana beliau bakal jadi orang paling cepat yang akan bertemu Nabi Solla Allahu 'alaihi wa sallam selepas baginda wafat kelak. Tapi, setelah kewafatan Nabi Solla Allahu 'alaihi wa sallam , isteri baginda yang paling awal menyusul kematiannya bukanlah Siti Saodah!! Jadi? Siapa pula?? Isteri yang paling cepat menyusul kewafatan Nabi Solla Allahu 'alaihi wa sallam ialah Zainab. Menghairankan !! Tangan Zainab tidaklah menandingi

" Saya dari Syria "

" Saya asal Malaysia. " " Awak suka Jordan atau negara awak? " Gadis 14 tahun itu menyoal aku. " Mestilah negara saya.. " Aku tersenyum. " Kamu asal Jordan atau dari mana? " " Saya dari Syria " " Kamu suka Jordan atau Syria? " Aku pula menyoal. " Tentulah Syria.. ! Hehe. " Tiba-tiba, air mukanya berubah. " Tapi, saya tak mungkin dapat balik ke sana semula.. " Muram. Sabar ya, dik. Bahasa arab aku belum masyi, tak mampu nak pujuk duka di hatinya. Syukur. Tatkala aku rindukan Malaysia, Aku masih dihulurkan peluang untuk mampu pulang ke sana. Sedangkan pabila gadis ini rindukan Syria, Ia hanyalah niat yang terkunci di hati dalam keadaan air mata yang cuma bisa diseka.

Lebih Besar Dari Bapa Dinasour T-Rex

Dulu, saya ragu-2 apabila ada yang mengetuk PM FB atau jumpa direct untuk minta pendapat atau nasihat. Kerana diakui, ilmu saya lebih cetek dari sisa air pada jari yang telah dicelup dalam air horlicks. Err. Tapi seorang sahabat saya pernah berkata, biarpun ilmu kita sedikit, tetap kita perlu kongsikan dengan orang lain. Mungkin pada kita, ia hanyalah picisan ilmu yang kecil manfaatnya. Tapi, ketahuilah. Sebenarnya boleh jadi ilmu yang kecil bagi kita itu adalah besar pada kaca mata pada orang lain. Lebih besar dari bapa dinasour T-Rex. Kata Nabi, beruntunglah siapa yang Allah SWT jadikan dia sebagai anak kunci kepada kebaikan dan penghadang kepada kejahatan. Celaka  pada orang yang menjadi anak kunci kejahatan dan penghadang kebaikan.

Tidur Adalah Pilihan Terbaik

Saya pernah bagi tahu seorang akhowat melayu ni, `Saya risau kalau tertidur dalam kelas. Takut ketinggalan dan tak faham. ` Dan dia pula merespon, `Saya pun takut nak tidur dalam kelas. Takut doktor nampak kita tidur, nanti doktor kecil hati. Ilmu kita tak berkat.. ` GULP. Memang melambunglah level ihtirom saya pada beliau bila dia melontar kata-2 itu. Tapi, saya tetap dengan pendirian saya. Berjaga dalam kelas adalah lebih baik dari tidur. Tapi tidur adalah terbaik daripada menunjukkan aksi bosan ; mata kuyu, tongkat dagu, duduk rehat dan melunjur kaki. Itu lagi buruk punya perilaku !

Miracle Dimana-mana...

" Qasrus ! Tengok ni. Ada 2 air tin Auni beli .. " " Eh? Tadi kata nak call ibu Auni pakai public phone ? Kalau dah call, duit mesti kurang. Macamana boleh dapat beli air tin pulak ni?? Dapat 2 lagi? " " Nak tahu tak? Tadi Auni memang nak call ibu Auni. Nak mengadu yang Auni malas belajar. Tension nak SPM. Tapi, Auni takut ibu susah hati. Auni tak nak ibu susah hati. Jadi, Auni rasa nak tunggu Auni tenang sikit, pastu baru nak call. So, mood lebih ok dan ibu pun tak susah hati.. " " So? " " Jadi, Auni pakai duit syiling tu untuk beli air tin dari mesin gedegang ( mesin air tin ) . Auni teringin nak minum nak air teh bunga dan grapes. Tapi duit tak cukup untuk beli 2 air tin. " " Eh, habis tu, macamana boleh dapat 2 air tin ni? " " Itulah yang ajaib ! " Dia teruja. " Auni masukkan duit dan tekan Air Teh Bunga sahaja. Duit memang tak cukup. Tapi tak sangka, ada dua air tin yang turun. Dan lebih tak sangka.. Bila A

" Abah nak dengar lagu mati. "

" Allah! Internet tak masuk ke komputer pulak.. " Abah mengeluh kecewa. " Abah nak guna internet ke? Ipad angah dapat connect dengan internet. Pakailah. " " Tak apalah. Angah nak guna ipad tu untuk study. Nanti rosak pulak. Lagipun , abah nak buka youtube saja.. " " Eh, pakailah abah. Angah nak tidur dah pun. Abah nak buka video apa? " " Abah nak dengar lagu mati. " Abah menekan butang play. " Hah?" 'Mati itu terlalu sakit. Di dalam kubur terlalu sempit Ular dan kala datang menggigit Papan dan bumi pula menghimpit' Zup! Sentap saya mendengar lagu nyanyian Hijjaz itu. Sob sob. Aku dulu buka youtube nak tengok gwiyomi. Abah buka youtube nak ingat mati. Terasa sunggoh hingga ke ulu hati. Isk3 " Orang yang cerdik adalah orang yang banyak mengingat mati. Ulama zaman dulu sampai sanggup korek kubur, duduk di dalamnya hanya untuk hadirkan ingatan pada kematian. " Abah menyusun kata. Saya terdiam. " Angah boleh

Basuh Bulu Mata??

` Selalu gatal mata ya? ` Doktor muda itu bertanya. ` Huh? Hurm, kadang-2 rasa gatal juga.. ` ` Hygiene tak berapa baik ni. Cuba tengok di sekitar bulu mata awak. Banyak kotoran yang melekat. Kotoran dari bulu mata ni, akan masuk ke mata bila terlalu banyak. Itu yang menyebabkan mata kita gatal ` ` Series lah doktor? Sebab ni ke mata gatal? Tak sangka bulu mata pun kena basuh. Wudhu tak cukup, eh?` ` Yup. Bulu mata kadang-2 berminyak menyebabkan lagi banyak debu boleh melekat. Kalau terlalu teruk, bulu mata boleh melekat antara satu sama lain dan gugur bagai bunga sakura ketika musim sejuk. ` Oh, selama ni saya fikir bulu mata tu jatuh tanda orang rindu. Kohkohkoh. `Ok. Foin. Jadi, nak buat gena ni doktor? ` ` Ambil baby shampoo dan gosokkan di bahagian atas mata espeseli kat bulu mata tu. ` ` Hah?? Tak pedih ke? ` ` Buat lex buat pis. Tak pedih lah.. ` Senyum.

Dia dah pakai cincin. Dah ada orang 'masuk' ya?

' Amboi. Dia dah pakai cincin. Dah ada orang 'masuk' ya? ' Ustazah tersenyum memandang cincin di jari manisnya. ' Eh. Tak adalah, ustazah. Ni cincin mak bagi. ' Dia cepat-cepat menjawab. ' Hurm, kalau pakai cincin, nanti orang tak berani 'masuk'. ' Ustazah merespon. ' Kita nak cari yang berani lah, ustazah.. ' Dia menjawab dengan yakin sambil tersenyum. Serentak dengan itu, ustazah yang mendengar turut tersenyum. Ustazah pergi dan saya pula bertanya. ' Nti, betul ke belum ada? ' ' Yup. Belum. Ana tak nak kahwin selagi belum habis belajar. ' Tegas dia menyusun kata. Dia saya kenal sebagai orang yang cukup teguh dengan prinsip. Tak goyang dek ribut Katrina, tak hanyut dek Tsunami. ' Nti, kalau pakai cincin, nanti orang fikir kita dah ada yang punya. Mestilah depa tak nak kacau orang yang dah berpunya, kan? ' Saya sengaja bertanya. Konon mahu menguji. Dia tersenyum. ' Heee. Siapa suruh depa zhon dengan kita. Tanya

3 Ayat Keramat

'I have learnt your languange and I can pronounce it very well' Rand melihat saya. Gadis arab ini kelihatan begitu yakin. 'Oh yea??' Saya teruja. 'Could you tell me some words in my language?' 'Saya lapar. Saya mengantuk. Saya nak pergi tandas. Hehe. I can live with only that three sentences. That's enough right?' O_o 'Rand.. I'm speechless.' ^^" Kadang, mereka agak melucukan. Dari Arab, saya belajar banyak benda. Paling best, mereka akan membantu kita setiap kali kita minta bantuan. Walaupun tak pernah kenal. Paling penting, mereka ini sangat bersungguh. Paling kagum, mereka ini begitu berani dan yakin. Tabik springgg. Toink Toink