Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2016

Antara Kedai Kek Dan PMR ; Aku Di Persimpangan

Dulu masa saya belajar di sekolah menengah , Saya buat part-time ; buka kedai kek sendiri . Saya buka kedai tanpa modal . Bila perniagaan dah makin maju, untung dah banyak , saya upgrade kedai saya supaya jadi lebih baik . Dari hari ke hari , semakin ramai yang datang membeli kek. Syukur sangat. Tapi tu la... Saya tinggal di asrama. Kat asrama mana boleh bawa laptop atau komputer . Internet pon tak ada . Aduhai . Maka, saya hanya mampu uruskan perniagaan kek saya apabila balik bercuti. 2 minggu sekali. Tak silap saya , masa tu nak dekat PMR dah. Saya sepatutnya tumpukan perhatian pada study . Tapi, bila balik je kampung , konfem saya tak study . Sebabnya? Saya lebih pentingkan perniagaan saya tu la.. Tapi , sampai satu hari , hurm... Entah macamana, ada subjek yang saya dapat terok sangat. Dah tak ingat subjek apa , tapi memang terok la. Saya target dalam ujian bulanan ( sebelum PMR ) untuk dapatkan 9A tapi sebab subjek tu je yang ada problem , target saya hancur lebur bagai raksasa ya

Kisah Semut Masuk Telinga

Seekor semut masuk ke dalam telinga saya semasa saya tengah tidoq. Saya lari-2 gaya heroin Hindustan ke arah ibu . " Ibu, ada makhluk Tuhan sesat dalam telinga angah. Maybe dia ingat ini Gua Batu Cave tapi sebenaqnya dia silap , ni gua telinga manusia yang penuh pancaroba " Saya rasa tak selesa di telinga. Bising. Bunyinya krek krek krek . Saya agak, mungkin semut itu sedang buat kawad kaki berirama . Kadang-2 bunyi itu hilang . Saya rasa waktu tu dia tengah rehat-2 dalam telinga saya selepas penat berkawad. Saya pasti yang masuk ke telinga saya kali ini memang seekor semut sebab saya sangat yakin bahawa ulat gonggok mana muat nak masuk telinga saya . Dia tu gemok kot ; selalu durhaka pada dietnya . Dulu pernah sekali di asrama , semut masuk lagi dalam telinga saya. Itu yang dah kali ke berapa tah ? Saya pun tak ingat (Saya rasa saya patut buat diari 'Persinggahan Semut Ke Telingaku' . Mungkin ia hikayat yang menarik untuk diceritakan kepada anak cucu cicit cucoq kela

Indonesia, Here I Come !

Bila mata menjamah kecomelan gumpalan awan , Terus otak laju melakar wajah Goku San , Tapi kata Abah ; usah dipuja apa jua makhluk Tuhan , Sebaliknya agungkanlah Pencipta segala ciptaan . 4 hari ziarah saudara di Kucingan , Indonesia , Semuanya pada speaking bahasa Jawa , Tobat aku tak faham apa² , Hanya mampu angguk geleng enggak iya . Tapi Alhamdulillah , kerabat di sini baik dan bagus belaka . Kamar kecil ( Baca : Tandas ) di desa ada di luar rumah mereka , Malam hari aku rembat sahaja entah siapa punya sandal yang wajahnya persis milik Cinderella , Tatkala aku keluar dari toilet setelah beberapa lama , Terlihat seorang kakak menunggu aku di muka pintu dengan wajahnya tersimbah bulan punya cahaya , " Nah... Ini dia yang aku tunggu... " Aku fikir dia mahu berkenalan dengan aku dan sangat excited sampai sanggup tunggu aku depan pintu . Aku bertanya " Emangnya mbak nungguin shiapa ? " " Sepatu ku " "..." Kah! Aku berdehem koh koh koh 3 kali untuk

Kenapa ORANG GILA Jarang Sakit?!

Bakteria! Bakteria! Makan tak basuh tangan , bakteria masuk perut nanti. Sakit . " Inilah antara ayat² azimat yang selalu saya gunakan bila ada orang makan tak basuh tangan ; espeseli makan depan saya. " Kenapa kalau kita makan tak basuh tangan, kita sakit tapi orang gila yang makan memang tak basuh tangan, makan pulak sisa makanan di tepi² jalan, mereka jarang sakit. Why? " Saya termenung. Soalan cepu plastik yang tidak diduga. " Hmm. Sebab dia gila kut, jadi dia pun tak tahu dia sakit. " " Tak la. Majoriti orang gila tak sakit atau susah jatuh sakit. Teka kenapa ? " " Hmm.. I have no idea la.. Sebab apa ? Cepat la bagi tahu jawapan. " Seriyes, baru terfikir jugak. Perut kita sensitif dengan makanan rosak , kotor dan tercemar tapi orang yang kurang waras boleh pulak watlexwatpis selongkar tong sampah cari makanan. Apekah mereka lebih kebal dari manusia yang waras?? " Jawapannya begini... Sakit manusia itu terletak pada 2 tempat utama.

Chit-Chat That Blow My Mind !

" Dengar ni... Sebelum masuk ke kandungan ibu , Allah telahpun mencipta jodoh kita malah kita juga pernah bertemu jodoh kita sebelum masuk ke alam rahim. " Dia pandang kakak. " Sha, ingat tak kita pernah bertemu dulu² sebelum kita lahir ? " Kakak macam malu. " I don't know. I don't know what is this. " Senyum. " Sebab itu, bila kita terserempak jodoh kita, ia akan langsung masuk ke hati. " " Peh. Kalau jumpa ramai orang dan semua macam masuk terus ke hati saja, ramai la jodoh kita. "  Gurau saya. Abang ipar saya ni kuat membaca. Ilmu tinggi. Tok pun macam suka bila dia cerita bab² ilmiah. Bila tok cuba nak bersembang dengan dia dalam bahasa Kedah Tunjang , dia angguk² macam faham. Tapi once dia toleh saya, dia tanya " What she said? I don't understand. " Belajaq sebut ' ayaq ' pun tergeliat lidah lagi, guane nak faham bahasa kedah tok yang pekat likat tu ? Saya nak cakap macam ni kat abang ipar tapi hasrat

Khidmat Atas Kerelaan Itu Lebih 'Menyelerakan'

Dah lama saya tak buat nota. Selama ini cuma baca nota yang sudah tersedia ditambah dengan slide dan buku rujukan. Kali terakhir saya buat nota adalah untuk subjek bahasa Arab dan bahasa Inggeris , 2 tahun yang lalu ; ketika masih di tahun satu. Hari ni , exam . Last paper . Pertama kali saya berjaya buat nota lecture yang lengkap. Tulis tangan. 94 muka surat nota yang terhasil setelah menulis setiap hari selama 6 jam untuk tempoh seminggu ini , saya filekan dan kongsi dengan kawan-2 Arab dan Melayu yang ambil subjek yang sama. Home Garden. Ironinya, walaupun nota dah siap, saya masih belum habis baca. Belum. Diyakini sepenuh air yang mengisi mesin basuh bahawa mungkin ada dalam kalangan teman-2 saya dah habis pun menelaah setiap muka surat nota saya. Anehnya, yang membuat nota ini juga tak habis-2 baca, boleh pula menulis lagi post ini. Ahah. Nota. Saya memang tak buat nota study. Bila dah baik tahun dua, tahun tiga, saya tak mampu nak buat nota yang lengkap. Tertanggung di bahu banya

Cabaran Beranak Di Luar Negara ; Jordan

Detik yang paling menggetirkan bagi seorang perempuan adalah saat mahu melahirkan anak ketika berjauhan dari keluarga. Tambah-2 jika itu kelahiran pertama. Anak sulung. Semalam , usai solat Isya' , kakak rumah saya mengetuk pintu bilik . Saya sudah pun ready to sleep , memang dah lompat atas katil. Terlalu penat setelah seharian mengulangkaji subjek elektif untuk imtihan hari Ahad dan Selasa akan datang. " Dik, tolong tengok-tengokkan handphone akak ya. Akak nak tidur sekejap. Akak bimbang tak sedar kalau Kak Madihan call nanti. " " Eh? Kenapa dengan Kak Madihan? " " Maybe dia akan bersalin malam ni. Dia mintak akak temankan. Yer la, kat Jordan ni, lelaki memang tak boleh masuk langsung labour room walaupun suami kepada patient. " Dup Dap Dup Dap. Saya pula yang berdebar. Orang nak beranak , pastilah kita juga jadi tak keruan. Emergency case kalau dah memang sakit nak bersalin. Tak dapat saya bayangkan bagaimana perasaan Kak Madihan da

Kenali Pakar Bedah Tertua di Bumi !

Kenali Pakar Bedah Tertua di Bumi ! Beliau la Alla Ilyinichna Levushkima, berumur 87 tahun dari Rusia. Hingga kini masih bekerja sebagai surgeon di hospital. Wow! Beliau ini memegang rekod baik sebagai pakar bedah dengan 'zero fatality' sepanjang melakukan 100 pembedahan dalam masa setahun. Fuh! Kalau nak tahu lagi , Masa di zaman rebung lagi hingusan , beliau bercita-cita nak jadi Geologist tapi tup tup ditakdirkan dia terbaca buku-buku tentang doktor yang akhirnya mengheret inspirasi dirinya ke arah bidang pembedahan. Kerana tingginya cuma 150 cm, hanya kurang 4 cm dari saya ( eh? ) , maka setiap kali beliau mahu menjalankan pembedahan , pembantunya akan bagi small platform untuk dia berdiri di atasnya. Memang beliau ini pakar bedah tertua juga di Rusia dan walaupun terlalu tua , matanya masih elok dan tangannya tak shake . Lagi hebat bila masa beliau berumur 67 tahun m beliau dah buat perform sebanyak 10 000 pembedahan! Ayuhlah kita ternganga beramai-ramai. Beliau hanya berk

Terjah Hospital Kali Ke-2

" Just use my stethescope. It's okay... " " Ermm.. But... " " No no. Its okay. Now try to hear my tracheae, my lung, my.. " Warghh.. Malunya . Tapi, senior ini betul-2 bersungguh nak mengajar. " Don't be shy. Just ask anything you want. If you don't know it now, you'll never know it forever. " Sobs. Hari ini saya buat aktiviti terjah hospital dan 'kacau' pesakit-pesakit yang ada di sana lagi. Tapi, kali ni tak terlalu hilang punca sangat. Ditemani dua gadis arab yang masing-2 sudah di tahun akhir perubatan , saya telah berpeluang bersua secara direct dengan patient. Sebelum ni cuma berani main cak-cak je dengan patient di sebalik tirai hospital. Masih di wad pediatric, bermula dengan patient pertama yang berumur 12 tahun , warga Palestin. Beliau batuk berdarah yang sangat teruk dan banyak sekali sejak dari April dan disyaki ada ketumbuhan dalam lung dia. Esok bakal dioperate. Untuk patient ni, saya diaja

Diari Pertama Kali QASRUS Di Hospital

Tangannya kekal meletakkan oxygen mass di mulut kanak-kanak kecil itu. Matanya memandang kami dan menggariskan sedikit senyuman. Masih mampu tersenyum biarpun tergambar riak pilu bercampur pasrah dan tabah di wajahnya. " Assalamu'alaikum. Kami ni bakal pelajar tahun 4 perubatan. Maaf menganggu. Berapa umur anak awak ni? " " 1 tahun lebih " Saya memandang sayu. Mata pesakit ini tidak berkelip sedikit pun. Hanya memandang syiling hospital. Tak sedikit pun terganggu dengan kehadiran kami. Saya lihat kakinya sekali-sekali bergetar. Muscle spasms. No idea. Saya tak tahu beliau sakit apa. Otak blur. Tambah baru saja lepas exam subjek Psychology sebentar tadi. Dah penat nak perah otak fikir dan buat perkaitan dan observation dari apa yang dilihat pada pesakit. Aduhai. Bertabahlah wahai ibu! Memang , tiada siapa yang mahu anaknya sakit. Tak ada yang rela melihat anak terbaring lesu di katil hospital. Tapi, apakah daya kita mahu menolak ujian dari Tuhan? Ini kali pertama

Bila Rasa Bersalah Menghantui .

Pernah tak ? Kita terbuat salah kepada seseorang. Serius ni! Tak sengaja. Rasa bersalah sangat. Nak minta maaf , tapi malu dan serius tak mampu. Bila dah balik rumah , baru rasa menyesal. Baru teringat semula salah tadi . Baru rasa menyampah dengan diri sendiri why I didnt say something or anything sebagai tanda minta maaf?? Pernah tak ? Kita terbuat sesuatu yang kurang proper. Kita rasa tak patut buat benda tu. Tapi, kita terbuat jugak. Dah pesan pada diri banyak kali, jangan buat, tapi masih buat lagi. Bila dah balik rumah, baru termenung seorang diri. Baru rasa marah tak tentu hala dengan diri sendiri. Why I did the things that I didnt want to do, huh? Sesal. Marah. Sedih. Silih berganti rasa yang yang hadir. Itulah saat kita muhasabah diri sendiri, banyak benda tak tercontrol setiap hari. Banyak perkara yang masih bercorak dengan nanah , masih dipaku dengan uncommon sense dan masih dihujani lemah di mana-mana saja perbuatan kita. Orang yang hatinya sensitif, dia akan cepat sedar sa

Cabaran Kanak-Kanak Medik Dan Dentist

" Masa akak dalam round Psychiatric , Doktor akak pernah cerita tentang seorang bapa yang tanam anak perempuannya di sekitar rumah. " " Kat mana tu , kak ? " " Kat sini la. " " Serius ? Tak ada orang lapor ke polis ? " " Bapa dia baran sangat kut. Orang kampung pun tak berani buat apa-apa. " 😨 *** " Akak exam tadi. Tapi patient akak tidur. Dah la berdengkur. Akak susah nak dengar heart beat dia sebab macam sama je bunyi dengkur dia dengan heart beat... " 😂 *** " Patient akak ni macam ada mental disorder je . " " Eh? Kenapa akak cakap macam tu ? " " Yerla. Akak cakap banyak kali dah , treatment untuk gigi dia esok , di Yarmouk. Tapi dia terus jugak tanya soalan ; bila / kat mana " " Dia nak cari modal borak dengan akak kut.. " " Tapi , akak tak larat nak balas. Dia ulang benda yang sama.. " " Ke dia ada OCD atau Delirium? Hehe. Dia tu perempuan ke laki kak ? " "

Qasrus Dah Grad Pre-Clinical !

Mencecah RM 8 o o Nilai yang sangat tinggi. Kalau beli megi , dah boleh buat stok 12 bulan dan makan dengan sepenoh hati tanpa henti-henti. Semoga belian ini menjadi pelaburan yang tidak sia-sia. - Muslimah Meddie - #LetsGoToTheHospital #ClinicalLife May Allah ease ^-^ 07082016 Irbid, Jordan

Pelajar Ini Menakjubkan !

" Hebat ! Awak sangat sibuk dengan tanggungjawab besar dalam persatuan dan kerja-kerja luar. Cari duit lagi untuk sara adik-beradik. Tapi, sangat luar biasa when you can got higher marks than those students yang tak terikat dengan apa-apa komitmen . Awak buat macamana ? " Tertanya-tanya rahsia si dia . Dalam diam diri ini jatuh berguling-guling kagum dengannya . How she can do it ? How she survives dalam kesibukan yang tidak pernah mahu menunjukkan tanda-tanda lampu isyarat merah ; non-stop. " Saya BUKAN PELAJAR BIJAK pun. Kalau tengok balik rekod markah saya ketika sem sebelum-2 ni, nak label sebagai budak genius atau bijak memang jauhnya bagai Makkah dengan Malaysia la. Markah pon tak pernah kaler berterbangan ( baca : flying colour ). " " Sekarang ni awak dah berbeza. Awak buat apa dan macamana ? " " Tak adalah beza sangat saya ini. Sekarang pun saya masih BANYAK TIDUR , BANYAK MAKAN , BANYAK ONLINE . Haha. " Huh? Aneh. Bergurau ke dia ni ? Ma

Adakah Kerana Aku BODOH ?

Bila rasa susah dalam belajar , ingatlah jangan sesekali label diri sendiri dengan perkataan 'bodoh' . Awak cerdik sebenarnya. Ingat tak dulu masa mula-mula nak hafal sifir 1 sampai sifir 12 ? Mula-mula rasa susah bila tengok nombor berderet-deret tu. Tapi , kalau hari ini (sekarang) kita tengok balik sifir , kita mesti akan kata , 'It is sooo easy. Pelik kalau orang cakap sifir tu susah. Senang macam nak buka picu alat pemadam api je kut.' *Flip the umbrella* Kenapa kita boleh cakap senang ? Sebab kita dah hafal sifir itu. Banyak kali ulang. Banyak kali guna. Guna pula buka waktu exam saja, dalam hidup seharian pun kita masih guna. See? Semua ilmu pun macam tu. Ulanglah. Hafallah. Lazimi murojaah. InshaAllah, ilmu itu akan lekat dalam dada. ' Erk. Susahlah nak hafal. Otak saya dah tumpul. Saya dah tua ' Kamu salah. Otak kamu masih boleh berfungsi dengan baik. Kamu masih boleh serap banyak lagi ilmu. Kapasiti otak yang Allah cipta untuk setiap manusia itu sangat

Cara Menasihati Adek-Beradik

Salam akak. Macam mana kita nak tegur adik-beradik kita yang lebih tua. Dan dia agak susah menerima teguran disebabkan dirinya yang suka berfikiran negatif. Tambahan lagi, dia juga tak laksanakan apa yang Allah suruh secara sempurna. ___ Wsalam adik yang tersayang. Pertama sekali, kenali karakter kakak/abang kita. Apa yang dia suka dan apa dia tak suka. Untuk menjadi da'ie, kita kena tambat hati mad'u. Berwataklah sebagai seorang adik yang disenangi mereka kerana itu akan membuatkan hati mereka lembut dan mudah mendengar kata kita. ^-^ Kedua, jadikan diri kita sendiri sebagai qudwah. Tunjukkan kepada mereka perilaku dan akhlak yang terbaik dalam diri kita. Tak perlu minta mereka melihat, tapi mata hati mereka tetap akan menjeling melihat kita. Tak perlu desak mereka mencontohi kita, tapi suatu hati nanti fikiran mereka yang akan mengasak diri mereka untuk mengikuti kita. n_n Ketiga dan terakhir, doa. Never underestimate doa. Percayalah, hati manusia itu lembut dan bol

Beli Dan Beli Tapi Tak Baca U.U

Tiada kerugian bila duit dilabur untuk beli buku. Tapi, agak merugikan bila beli beli beli tapi tak baca. Tamparan untuk diri sendiri. Pantang tengok buku, nak beli. Tapi tak baca pun. Yang tengah diri diri tu , semua tak baca lagi. Koyak plastik pun belum. Ada yang dah 3 tahun jadi penghuni almari, satu huruf pun ana tak sempat hadam lagi. Aduhai. Ya robb. Inshafkanlah daku. 17072016 Irbid, Jordan 17

" Pemuda Yang Bagaimana Yang Mahu Kamu Nikahi ? "

" Pemuda yang bagaimana yang mahu kamu nikahi ? " " Pemuda sejati " " Pemuda sejati itu serupa apa menurut pandanganmu ? " " Ia pemuda yang berilmu dan bertaqwa . Dia suka dengan ilmu dan mengamalkannya . Maka, dia tahu apa yang haq , apa yang batil . Dia memakai pakaian taqwa sepanjang masa . Maka , Allah adalah keutamaannya. Dia pasti berusaha menampilkan akhlak terbaik dari dirinya serta melunaskan hak-hak utama terhadap orang sekeliling , espeseli keluarga . Dengan ilmu dan taqwa , dia akan bawa pasangan dan zuriatnya menuju ke syurga Allah Taala. Inikan cara yang jelas bagaimana mahu bercinta sampai syurga ? " :) Pemuda serupa apa yang menjadi pilihan kalian ? Tanya diri sendiri . 08072016 Irbid,Jordan

Ucapan Exclusive Semperna SyawaL

Tuan Puan. Berapa banyak dah kita dengar Rakyat Malaysia yang pergi selama-lamanya sepanjang 30 hari Ramadan ini ? Tahu tak ? Mereka pon tak tahu bahawa Ramadan ini adalah Ramadan yang terakhir buat mereka. Mereka pon tak tahu bahawa mereka tak akan jumpa dah Ramadan seterusnya. Sebenarnya, bukan mereka yang sudah balik ke RahmatuLlah itu sahaja yang tidak tahu hal ini. Kita yang sudah balik ke kampung untuk beraya ini pon sama jugak. Kita pon tak tahu apekah Ramadan akan datang masih menerima kita sebagai tetamunya? Kita tak tahu teman-teman. Tak tahu. 😐 Sebentar tadi saya sempat singgah untuk solat Mahgrib di sebuah masjid. Tak ramai jemaah wanita di malam raya ini , cuma seorang saja. Selepas solat, terus imam bertakbir raya. Sayu dan mendayu-dayu. Tsk. Tsk. Tsk. Tiba-tiba terdengar sedu-sedan dari sebelah kanan saya. Saya menoleh. Terlihat mata wanita tadi basah. Hidungnya merah. Saya fikir , mungkin tatkala mendengar takbir raya ini, dia sedih mengenang nostalgia raya yang dulu b

2 Perkara PENTING Sebelum Berkahwin

" Awak dah ada orang ke belum ? " Gulp . Apabila seseorang gadis ditanya tentang status ke-availabilitian-nya oleh pihak ketiga ( orang tengah yang selalunya terdiri daripada pasangan mutazawwijin ) itu sebenarnya sesuatu yang begitu menggoncang ketenangan jiwa raga. Bisa menghadirkan pusaran darah dalam vena cava dengan kelajuan yang infiniti juga akan menyebabkan getaran jantung pada setiap detik berdetak kencang bagai Tsunami sedang menghempap Pantai Batu Ferringhi. Soalan ini lebih mencemaskan berbanding detik apabila ada seorang lelaki yang datang berdepan dengan anda direct one-by-one dan eye-to-eye lantas melutut sambil menghulurkan sekuntum mawar hampir layu yang dibelinya di Pasar Tani sebelah rumah nenek anda lalu dia berkata , " Sudikah kamu menjadi isteriku? " Mungkin tetap terkejut dan ada la sikit rasa terharu tetapi , perasaannya jelas berbeda berbanding situasi pertama. Kerana apa ? Kerana lelaki yang menggunakan orang tengah itu tentun