Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2015

KeOseman Itu Di Sini.

"Akak, macamana kita yang sebagai doktor nanti nak maintain  stamina dan fizikal kita? Sebab kita kan kena banyak bergerak macam robot tak ada suiz mati.." Dalam kepala saya apabila diri sendiri melontar pertanyaan tersebut, saya dah bayang bahawa mesti kakak ni akan sebut jaga pemakanan, diet yang seimbang dan exercise  selalu untuk terus ramping macam retis. Err. Tapi.. Tapi.. Jawapan senior klinikal tahun 5 itu sungguh tidak saya duga. "Bagi akak, kalau kita tahu dan jaga tanggungjawab kita sebagai muslim, 10 muwasafat tarbiyyah, InshaAllah segalanya okay. Kan kita tahu, kita kena jadi objek bergerak yang memberi manfaat kepada ummah. Of coz  lah kita sendiri kena jaga kesihatan." Saya terdiam. Cara jawab yang tidak saya jangkakan itu mengundang kagum di hati. Dari situ, saya dapat melihat cara fikir beliau adalah lain dari biasa. Lebih unik. Alhamdulillah, tak terjangkau awan nak melafaz kesyukuran kerana Allah hadirkan hidayah dan taufiq kepada say

Bukan Chenta Biasa...

Kagum. Satu kalam yang terbit dari jiwa yang dalam. PINTAR petang tadi yang sepatutnya akan sama-sama membedah siasat movie ditangguh. Ada jemputan khusus untuk PINTAR kami sama-sama mengimarahkan majlis penganugerahan ijazah sanad Al-Quran kepada seorang kakak senior dari Universiti Yarmouk yang sudah di tahun akhir pengajian. PINTAR : Usrah Persatuan PERMAI, Jordan. Tak termampu nak membilang kesyukuran kepada Dia dengan jari hatta kalkulator saintifik yang saya pakai masa SPM dahulu pun kerana Allah telah memberi pengalaman indah kepada saya untuk menyaksikan dengan mata sendiri bagaimana anugerah ini berlangsung. Alhamdulillah ya Robb! Ditambah juga dengan jumuan Nasi Kabsah dengan taburan kacang dan kismis segar air tangan Orang Palestin, Perghh, memang kena lah dengan perut saya yang masih banyak ruang kerana belum menjamah apa-apa makanan sejak balik dari kuliah. *Terjun katil kerana terlalu gumbira. Sedikit sebanyak tersuntik semangat untuk cuba mengorak langkah

Akak.. Pst Pst Pst

"Akak. Jom pindah?" Saya tercengang. Hah? Ribut tak ada Tsunami tak muncul, tiba-tiba adik di hadapan saya ni ajak pindah. " "Pindah ke mana, dik?" "Pindah rumah lah akak. Jom pindah ke Sheikh Khalil?" "Buat apa akak nak pindah? Rumah akak dah best sangat dah. Besar macam Gym. Nak buat larian 10 meter dan lompat anak beruang pun boleh. Nak buat apa pindah lagi?" Saya pelik. Kepala berputar mentafsir maqosid pelawaan pindah dari adik berniqab ni. Lisa Surihani (bukan nama sebenar), Pelajar Tahun 1 Perubatan. Anak Kelantan ini agak menjaga penampilan dan hurm, manja dan kelihatan begitu teruja sekali apabila bertembung dengan saya. Saya pun tak tahu kenapa sedangkan saya bukanlah atres jelita bermata ikan nemo yang menjadi pojaan gadis dan jejaka. Kami pun hanya berkenalan gitu-gitu sahaja selepas beberapa kali terserempak di perpustakaan universiti. 4 hari Lepas saya ada Menerima friend request Darinya namun Terpaksa Ditolak k