Butang 'submit' ditekan. Bimbang kalau lambat tekan, nanti markah peperiksaan itu keluar, semua orang boleh usha. Peperiksaan komputer di JUST, memang begitu. Lepas jawab exam , markah akan terus keluar. Kalau markah tinggi, orang tengok, okay. Kalau markah rendah, nak sorok muka tang mana? Dup dap Dup Dap. Bimbang. Takut. Entah apalah markahnya untuk peperiksaan Mid-Term Respiratory System kali ini. Lebih baik dari System HLS kah? Atau lebih buruk? Oh, minta tidaklah buruk. Saya suka yang cantik-cantik saja. Please .. Please.. Mata melihat markah yang terpampang di komputer. *4/82 MasyaAllah ! Alhamdulillah. Boleh tahan!! Hati sedikit tenang. Keputusan kali ini lebih baik dari sistem sebelumnya. Alhamdulillah. Terasa jiwa mahu terbang sebentar ke langit biru, merentas atmosfera bumi dengan riang bersama burung-burung yang lahir di Jordan. Allah !! Sebelum peperiksaan tadi, memang takut. Teknik baru yang saya gunakan untuk belajar bagi sistem yang ked