'Kamu tahun berapa?' 'Tahun 1. Ana sanfuurah' Teringat soal jawab yang sudah biasa dan cair di mulut ketika pertama kali menjawat jawatan sebagai mahasiswa kampus. Dengar saja macam gah. Mahasiswa. Kampus. Perghh...! Bahkan, dahulu ketika zaman sekolah, bila ditanya, 'Kamu tingkatan berapa?' Hendak menjawab 'Tingkatan 5' pun saya pasti berfikir dalam-dalam. Serius arr aku dah besaq. Tingkatan 5. Rasa tak sampai 24 jam pun saya bergelar pelajar tingkatan 1. Hump. (Aku terasa masih muda) Kenapa tetiba boleh menjadi begitu tua?? Masa yang laju atau aku yang lupa bahawa masa itu tak pernah perlahan? Masa terus bergolek riang seakan tidak lagi mahu mengundur ke belakang . Dan, hakikatnya memang begitu. Waktu tidak pernah mundur walau sedetik. Walau sesaat. Dewasa. Apa itu yang dipanggil dewasa? Dewasa itu bukan bermaksud saat kamu sudah join kelab-rakyat-umur-angka-dua-di-hadapan. Dewasa itu juga bukan apabila kamu sudah memiliki aset dan harta berganda dari