Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2015

Nikmat Beban Yang Diringankan.

Semalam. Saya rasa kehidupan saya macam tengah ikut tamrin. Non-stop program sampai merasakan waktu itu begitu produktif. Produktif je la. Berkatnya tak tahu. Selepas Subuh, keluar berhuhu sambil training  badminton bersama teammate di Jami'ah Yarmouk untuk tournament pada minggu hadapan sempena SUPERB. Tenang. Rasa bermain dalam air-cond  je sebab angin sepoi-sepoi bahasa menampar tudung saya lalu menjadikan ia kurang trojan macam selalu. Dan. Hah! Pastinya training  pagi semalam macam tengah main badminton dengan hantu. Pukul ke kanan, shuttle  terbang ke kiri. Hahahaha. Hantu kan. . Angin kan.. Dah habis training  selama dua jam, saya lari balik ke rumah yang kebetulan sangat dekat dengan Jamia'ah dan berehat sekejap melepas lelah dengan solat dhuha dan sedikit kudapan. Kemudian lari pula ke PUSKOM ( Pusat Komuniti PERMAI ) untuk bergotong-royong sempena PERMAI Grand Festival hujung bulan ni. Hiasan. Memang feberet saya. Saya fokus untuk bekerja tanpa gaji di sect