Skip to main content

Ceritera Mabit Di KLIA

Baru acah² nak mabit di surau bertilamkan sejadah empuk yang berketebalan 1cm, tiba² kena halau .

Angkat kaki.

Angkat beg.

Heret diri

Ye lah.
Memang surau bukan tempat tidoq.
Aku akui.

Rupanya, bukan aku seorang yang dihambat duka dek memikirkan tiada tempat untuk bermalam sementara menanti flight pada esok hari. Terserempak dengan tiga manusia lain yang juga senasib.

Seorang berumur 29 tahun yang berkerja sebagai juruaudit- terpaksa bermalam di KLIA sebab terlepas flight untuk ke Kelantan.

Dua orang lagi berumur 20 tahun dan 19 tahun, pelajar diploma sebuah universiti perguruan yang mahu terbang ke Sabah untuk berhip hip horrey di rumah selama 3 minggu sempena cuti sem.

Maka, membawalah diri kami berempat yang ditakdirkan Tuhan bertemu mata di bumi KLIA itu. Mencari tempat berteduh dari kedukaan yang melanda.

Jam sudah menunjukkan 2 pagi.
Sejuk .
Airport sudah lengang.
Manusia makin kurang. Kurang bukan pupus - Semua orang dah masuk mimpi. Mimpi dapat free seat first class untuk flight Emirates. Hm. *Memang mimpi.

Melepak di meja makan Noodles yang berhampiran KFC.
Diorang merungut kelaparan.
Tapi, sayangnya kedai itu masih tutop.
Katanya akan dibuka jam 5 pagi nanti.
Maka berhoho dan berkriuk lah perut² mereka.
Sedang aku?
Aku baru sahaja membelasah licin bekal nasi goreng ikan masin yang ibu masak di rumah sebentar tadi — masih kenyang. Mujurlah.

Satu demi satu cerita dibuka. Borak santai mengisi masa yang terluang percuma.

Apa yang disembangkan itu?

Kisah si kakak yang terlepas flight gara² anak sedara meragam dan kereta sewa yang rosak di tengah jalan.
Kisah budak² Kedah yang cakap loghat utara yang sunggoh pekat , penuh perasaan dan sangat best dengaq depa bergosip dan membebel.
Cerita tentang makanan orang² utara yang sedap dan susah dilupakan.
Kisah kehidupan pelajar² UPSI yang setiap hari dihambat kesibukan assignment dan presentation yang bertingkat dan wifi yang laju. Eh.
Tak lupa jugak untuk aku sendiri berkongsi kehidupan aku sebagai budak medik di Jordan. :)

Diorang tiba² mengadu lagi kelaparan dan kebuluran. Perut mungkin dah menyanyi lagu 'Tanya Sama Pokok'.
Dua dari mereka bangun untuk beli maggie dari kedai 24 jam .
Sambung sembang dengan seorang lagi yang masih bersama aku di situ.

Aku cuba bongkar cerita tentangnya.
Dia pula seronok bercerita tentang dirinya.
Dialek Sabah jelas bermain di lidahnya.

" Kak, saya ni kuat tidur "
Aku ketawa.

" Bukan ke busy dengan assignment dan presentation? Sempat ke tido? "

" Akak, hari² hectic kak. Kalau penat, memang tido je "

" Habis bila study? Dah la ada kelas tambahan lagi sampai jam 11 malam. "

" Kelas tambahan tak setiap hari, kak. Selalu je study waktu malam. Tapi.. hehe. Tak study sangat pun. Assignment pun tangguh². Banyak tengok movie. Wifi kan laju. "

Aku senyum. Fenomena yang biasa aku lihat pada kebanyakan orang yang pernah aku temui.
Aku tepuk lembut bahunya.

" Takleh la gitu. Kita kena study sungguh². Kalau boleh, kena ada target study. Target nak jadi best student..! " - Kata aku dengan semangat. Semangat sangat sampai rasa macam nak berceramah atas kerusi. Dia sengih.

" Pergh.. kak! Sentaplah. Haha..

Saya ada kawan, kak. Rajen sangat study. Malangnya, saya bukan macam dia. Haha " - Aku sengih. Dia masih ketawa bersisa.

" Baguslah ada kawan macam tu. Boleh teman kita untuk study, nanti kita pun semangat nak study. "

" Tapi, kak, bila saya study, dia akan tonton movie. Bila dia tak study dan tonton movie, then dia salahkan saya. Sabo je la. " - Aku tersenyum .

" Kak, saya ada kawan. Kawan saya ni tak boleh duduk dalam bilik yang tertutup. Nanti dia sesak nafas. Ada lagi sorang kawan ni, dia takleh duduk dalam bilik gelap. Dia takut. Kalau saya pulak, saya takut belon. Fobia belon. Tapi, ramai tak percayakan saya.

Tapi kan kak. Kalau macam kawan saya yang tak tutup lampu sebab takut gelap tu, agak mengganggu lah. Saya plak tak boleh tido. Agak² lah..! Suruh beli lampu tidur, tak nak. "

" Hm. Biasalah tu. Jauh kita merantau, kita akan jumpa ramai orang. Lain orang, lain kerenahnya. Kadang, ada benda yang biasa pada pandangan kita, tapi jadi satu nightmare pada orang lain. " - Senyum

" Tapi kak, masalah saya ni kan, saya jenis cakap direct. Kalau nak tegur, saya cakap terus-terang saja. Sebab tu ramai jugak yang terasa dengan saya.. " - Dia sedih.

" Ye ke.. "

" Tapi saya jadi macam tu sebab dulu kawan saya pernah tegur saya. Dia cakap, Ko ni kawan aku tapi apa guna jadi kawan kalau tak tegur aku ke arah kebaikan..?! Sejak tu lah kak saya direct je tegur semua orang kalau ada benda yang tak kena. "

Aku garu kepala.
Tak salah tu nak menegur sahabat² demi kemaslahatan dan keamanan donia dan alam sekitar tapi mungkin dari segi cara atau kaedah teguran itu perlu diperkemas.

Aku berfikir sejenak. Macamana nak cakap ye?

Image result for beautiful photography KID

Idea datang.
Aku bukak cerita tentang seorang manusia yang aku kenal . Beliau ni jenis yang boleh bercakap tapi kurang bercakap. Bercakapnya pada kadar yang perlu dan kata-kata yang ditutur sungguh berhikmah. Terbaik.

Gadis di hadapanku itu termenung jauh. Mungkin memikirkan tentang peribadi yang baru aku ceritakan itu. Semoga dia dapat belajar sesuatu, InsyaAllah..

Dan pada jam 3.30 pagi - mata aku tak mampu lagi nak tunjuk hero .
Ngantuk. T-T
Kelopak mata dah berat macam kena tindih tong gas Petronas
Duhai..!
Maka terlelaplah diri ini sebentar berbantalkan meja makan. Nyenyak.

Tiba², telinga tertangkap dialog dua ketul manusia di sebelah ;

"Ada hikmah kita terdampar kat airport ni semalaman. We met a sister yang akan pegi kerja di Kelantan and also a sister from Jordan yang sangat cool. Yeah, actually everything happen for a reason. Kalau kita tak wujud kat sini, mesti kita tak dapat kenal diorang, kan? "

Perbualan dua adik² ni mengejutkan aku dari tidur .

" Cool. "
" Jordan. "

Aku kah itu?

12032017 | KLIA, MY

Comments

Popular posts from this blog

Tips Menjadi Moderator Forum

Tips Menjadi Moderator Forum =) Siapa kata hanya orang yang berpengalaman sahaja yang boleh menerjah dalam bidang pengucapan awam atau pengacaraan dan mampu perform dengan penuh bergaya bagai pengacara terkemuka donia? Sebenarnya, kalau tak ada pengalaman pon anda boleh melakukannya ! Asalkan, kita tahu cara. :) Ketahuilah bahawa orang yang dikatakan berpengalaman juga sebenarnya pernah berada di posisi 'beginner' . Mereka bermula dari 'zero' dan kini baru diberi kesempatan untuk bergelar 'hero' Saya sendiri sangat meminati bidang pengacaraan sejak di bangku sekolah namun tidak pernah mendapat peluang untuk mengendalikan apa-2 majlis. Apabila sudah berada di alam kampus, peluang untuk menjadi pengerusi majlis atau moderator forum semakin terbuka luas. Saya kagum melihat senior-2 yang begitu berani dan petah berbicara di atas pentas. Ketika saya berada di Tahun Satu, saya blur. Saya memang tak ada keyakinan pon nak mencuba bercakap di khalayak ramai

Coretan Temuduga PROGRAM PERSIJIILAN TAHFIZ DARUL QURAN 2012

Baik .. Pada hari yang Penuh cahaya   bulan bintang  Matahari ini, sukalah saya nak berkongsi cebisan Pengalaman Ketika Temuduga Program Persijilan Tahfiz Darul Quran Sesi 2012 yang dahulu. Pengalaman ini mungkin sedikit tak dan banyak dapat memberikan panduan, pedoman, tips, petua, lampu, pelita dan yang segerombolan dengannya untuk hadek-hadek junior saya yang mempunyai sejuta impian untuk lulus dalam temuduga tersebut. Ingat!  Pengetahuan anda Walaupun Sedikit tentang Temuduga bakal anda yang sangat Penting Hadiri itu untuk Kesihatan dan Jantung buah Pinggang anda Ketika Ditemuduga Nanti!  Ini bagi Mengelakkan Pengeluaran adrenaline yang banyak Terlalu atau yang anda akan Lebih malang Terkhencheng kerana Terlalu Ketaq. Okay. Kalau tanya pada semua orang, mesti majoriti tak akan menggeleng apabila sudah kesempatan untuk menjadi penghafaz Al-Quran. Siapa je yang tak nak peluang belajar di Darul Quran yang mana lepasan pelajarnya semua memiliki hafazan Al-Quran da

♦ Checklist ke Jordan ♦ ►Girls sahaja

Tulisan ini terhasil setelah segala penat lelah, susah payah dan sakit sendi jari saya menaip. Maka, mohon anda semua membaca sehingga ke titik yang terakhir. Terutamanya, KAMU, (Jari telunjuk menuding ke hadapan), orang yang bakal berangkat ke sebahagian dari bumi Syam ini. Harap bermanfaat dan mampu menjadi panduan dan lampu jalan untuk nak buat bajet dan kemas barang nanti. Sebarang soalan, boleh tanya di ruangan komen.  Kalau nak  copy , Highlightkan dan tekan Shift+C. Orait. Bereh. Selamat menyediakan item yang diperlukan. n_n ☺ Baju kurung/Jubah - 7/8 helai Majoriti pelajar di sini akan pakai baru kurung dan jubah. Ikutlah keselesaan dan kebahagiaan jiwa raga tong gas anda untuk memilih pakaian yang sesuai. Yang pastinya biarlah menutup aurat dengan sempurna. Biar warga Malaysia di Jordan lebih 'islamik' pakaiannya dari warga Jordan itu sendiri, Nak beli jubah dekat Jordan pun ok. Tidaklah murah tap