Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2016

"Kite Pergi Umrah Dengan Suami.."

" Qasrus, awak pergi mana cuti ni? " WhaBab hwin bulan 2 s. Memang rasa nak be Saya masih ingat ketika pertama kali berjumpa, ' Akak!! Lepas ni kita nak pergi mana? Macamana saya nak jumpa dengan suami saya? ' Iffah menyangka saya lebih tua padahal kami sebaya. Amboi. Berkedut sangatkah kulit beta sampai tuan hamba panggil beta yang kiut ini ' kakak'?? Sob Sob. Tapi! Tapi! Itu tak adalah menggegarkan cerebrum dalam kepala ni sangat. Yang paling kuat getaran pada gegendang telinga ni adalah apabila terpacul soalan tentang 'suami' itu.  Aih? Lagu mana baru mai dah ada suami? Ana dah dua tahun lebih, bukan takat suami, murakib tetap pon belum dapat. Ops!Aiseh. Maju dan terkehadapan sangat sanfuurah ni sorang. Cuma saya sedikit bingung dengan pertanyaannya itu. "Suami??" " Ye. Suami saya, Yusuf. Dia tak sampai lagi ni.." Begitulah kisah bermula. Perkenalan di awal minggu Sambutan Pelajar Baru Irbid 2015. Selain Iffah, saya juga men

One day Before I Finish My 1st Sem

Akhirnya!! Saya ada mid-term 20 Januari yang lalu. Hari ini 23 Januari dan esok 24 Januari. Esok Final. 3 hari berlalu laju. Saya langsung tak ada mood nak baca buku. I don't know why? Asyik tidur tidur tidur. Bila nak selak lekcenot saja, tangan mesti gatal nak onLine fesbuk pula. Tepuk kepala 5 kali. Selalunya, bila syndrome macam ni datang, itu tanda hati sedang tak tenteram. Banyak fikir. Terlalu risau. Fuh.. Hidup ini memang sangat mencabar, kan? Orang tengok kita macam Spiderman, kuat, gagah, boleh rempuh masalah, hakikatnya kita pon lemah. Tapi kita cuba juga redah sebab kalau selalu tenggelam dalam masalah, kita akan terus murung sedangkan masalah terus menyerbu satu demi satu. Orang lain dah travel. Orang lain dah balek Malaysia. Saya masih di Jordan mengira hari, bila nak habes imtihan. Esok dijangka ribut salji, kalau betul-2 berlaku, maka imtihan pasti ditangguh dan tertangguh lagi hasrat saya nak habeh exam cepat-2. Bukan saya nak sangat bercuti. Tak

Sedarlah! Ramai Kut Yang Miskin Tapi Nak BelajaQ!

Dia whatsapp aku dari kejauhan. ' Angah. Terdesak ni. Duit tak berapa nak cukup. Barang kat Mesir makin naik, duit yang ibu abah bagi jadi sikit bila duit Malaysia makin turun. Esok nak raya tak terasa dan tak prepare apa-2. Asyik pikir macamana nak cari duit. Kesian ibu abah.. ' And you know.. Urm. I just can sit down and melengung, how can I help you, sis? Kalau VOiP jalan laju, nak je bagi semua keuntungan pada enti. (T.T) And she said again, ' Tak apa lah. Nanti lepas jual itu ini bla bla bla, in shaa Allah, dapatlah sikit kut untung untuk support belanja kat sini ' #Nanges. Adoi. Susahnya orang yang tak ada tajaan. Orang di Mesir pon rasa terbeban, apatah lagi yang di Jordan? Terasa insaf sendiri. Teruknya... Orang yang Allah bagi peluang untuk dibiaya oleh pihak-2 tertentu ( walaupun bukan 100% ), yang tak perlu fikirkan sangat soal kewangan pon walaupun sedikit terjejas apabila duit Malaysia turun, Tapi, Masih masih masih main-main dalam pelajaran.

Anda Sedang Menempah Maut!

Kita memang boleh sorok dosa yang kita buat daripada manusia. Tapi jangan menafikan. Di sebalik penampilan kita di hadapan manusia yang relax ala-2 selamba badak buat dosa itu, sebenarnya dalam diri kita bergolak dan berperang dengan kegelisahan kerana sedang memecahkan tembok taat kepada Allah. Kerana apa? Kerana kita sendiri sedar, hanya kita dan Allah sahaja yang tahu dosa itu. Maka kita ini, badan kita mula bertindak ; menghasilkan hormon kortisol yang mampu menghentak kita dengan rasa risau dan dilema / konflik rumit tahap tak boleh selesai sepanjang zaman . Sebab itu perlunya taubat dan berazam nak berhenti buat dosa. Taubat menghadirkan ketenangan, merendahkan paras hormon tadi. Kalau buat dosa dan tapenah nak bertaubat, Anda sedang mengundang penyakit fizikal dan menempah maut. So, boleh lah nak simpulkan, orang yang rajen dan istiqomah buat dosa itu adalah orang yang sedang membunuh diri. (Bacakan Yassin kepadanya. Nak Lagi best, tambah talkin siap-2.)

Oxytocin Cinta

Kenapa seorang ibu terlalu menyayangi anaknya?? Why . . .  ? Why . . .  ? Why . . .  ??! Kerana Allah ada pinjamkan sedikit kasih sayangNya kepada para ibu supaya mereka sayang pula kepada anak-2 mereka. Allah mengUpkan jumlah hormon Oxytocin yang akan menyemarakkan kasih sayang seorang ibu. Allah gandakan lagi kekuatan Oxytocin ini dengan kehadiran rakan seperjuangannya ; Endophrine dan Prolactin. ( Endophrine menyembuhkan segera luka bersalin dan meniupkan rasa bahagia dalam jiwa si ibu dan hubungan emosi dengan baby hingga membuatkannya seakan lupa sakit bersalin . Sebab tu, jangan pelik kalau hari ni perempuan yang bersalin kata tak nak beranak dah, tapi tahun depan kita jumpa lagi muka dia dekat labour room. ) ( Prolactin meransang pengeluaran susu untuk si anak dan memindahkan hormon Oxytocin kepada baby untuk menimbulkan rasa nyaman ) Hebat? Ya .. Sangat ! Andai tak ada trio hormon kasih sayang ini, jika anda terlajak memasukkan kepala dalam mesin basuh atau terkurung