Skip to main content

One day Before I Finish My 1st Sem

Akhirnya!!

Saya ada mid-term 20 Januari yang lalu.
Hari ini 23 Januari dan esok 24 Januari. Esok Final.

3 hari berlalu laju. Saya langsung tak ada mood nak baca buku.

I don't know why?
Asyik tidur tidur tidur.
Bila nak selak lekcenot saja, tangan mesti gatal nak onLine fesbuk pula.

Tepuk kepala 5 kali.

Selalunya, bila syndrome macam ni datang, itu tanda hati sedang tak tenteram. Banyak fikir. Terlalu risau.

Fuh..
Hidup ini memang sangat mencabar, kan?
Orang tengok kita macam Spiderman, kuat, gagah, boleh rempuh masalah, hakikatnya kita pon lemah. Tapi kita cuba juga redah sebab kalau selalu tenggelam dalam masalah, kita akan terus murung sedangkan masalah terus menyerbu satu demi satu.

Orang lain dah travel.
Orang lain dah balek Malaysia.
Saya masih di Jordan mengira hari, bila nak habes imtihan.
Esok dijangka ribut salji, kalau betul-2 berlaku, maka imtihan pasti ditangguh dan tertangguh lagi hasrat saya nak habeh exam cepat-2.

Bukan saya nak sangat bercuti.
Tak excited pon nak pergi oversea ( baca : Mesir ) pada 29 hb ni.

Yang saya nak,
Nak rasa sikit saja kerehatan. Nak buat apa yang saya nak buat tanpa rasa terbantut atau terbatas dengan keperluan untuk saya berada depan buku. Alahai.
Mungkin bila buat apa yang saya nak buat, masalah dunia yang sedang mengepung diri dan masalah hati yang kian membengkak ini bakal segera pergi. Mungkin.

Allah. Hidup ini penuh dengan turun naik. Macam ECG lah. Kalau tak turun naik, straight line saja, itu tanda kau dah mati.

They said, "come on Qasrus! Sikit je lagi."

Ya..!! Saya cuba untuk kuat.
Dah 3 hari saya futur. Lemah. Rasa membuak nak baca tapi badan menolak.
Hari ini, saya gagahkan diri.
Cuba juga untuk habiskan material.

Just one step, Qas. Do everything you have to do. Forget the problems and enjoy your life! Problems will never stop disturbing you, so just keep calm and face with them with smiley. Smile!

The most important one, always raise your hands and keep asking Allah to ease your life. He knows what has happened to you and He knows the solutions of all those things. Have faith Qasrus. He is nearer to you than your jugular vein.

In shaa Allah, you are never alone in this world.

Comments

Popular posts from this blog

Tips Menjadi Moderator Forum

Tips Menjadi Moderator Forum =) Siapa kata hanya orang yang berpengalaman sahaja yang boleh menerjah dalam bidang pengucapan awam atau pengacaraan dan mampu perform dengan penuh bergaya bagai pengacara terkemuka donia? Sebenarnya, kalau tak ada pengalaman pon anda boleh melakukannya ! Asalkan, kita tahu cara. :) Ketahuilah bahawa orang yang dikatakan berpengalaman juga sebenarnya pernah berada di posisi 'beginner' . Mereka bermula dari 'zero' dan kini baru diberi kesempatan untuk bergelar 'hero' Saya sendiri sangat meminati bidang pengacaraan sejak di bangku sekolah namun tidak pernah mendapat peluang untuk mengendalikan apa-2 majlis. Apabila sudah berada di alam kampus, peluang untuk menjadi pengerusi majlis atau moderator forum semakin terbuka luas. Saya kagum melihat senior-2 yang begitu berani dan petah berbicara di atas pentas. Ketika saya berada di Tahun Satu, saya blur. Saya memang tak ada keyakinan pon nak mencuba bercakap di khalayak ramai...

♦ Checklist ke Jordan ♦ ►Girls sahaja

Tulisan ini terhasil setelah segala penat lelah, susah payah dan sakit sendi jari saya menaip. Maka, mohon anda semua membaca sehingga ke titik yang terakhir. Terutamanya, KAMU, (Jari telunjuk menuding ke hadapan), orang yang bakal berangkat ke sebahagian dari bumi Syam ini. Harap bermanfaat dan mampu menjadi panduan dan lampu jalan untuk nak buat bajet dan kemas barang nanti. Sebarang soalan, boleh tanya di ruangan komen.  Kalau nak  copy , Highlightkan dan tekan Shift+C. Orait. Bereh. Selamat menyediakan item yang diperlukan. n_n ☺ Baju kurung/Jubah - 7/8 helai Majoriti pelajar di sini akan pakai baru kurung dan jubah. Ikutlah keselesaan dan kebahagiaan jiwa raga tong gas anda untuk memilih pakaian yang sesuai. Yang pastinya biarlah menutup aurat dengan sempurna. Biar warga Malaysia di Jordan lebih 'islamik' pakaiannya dari warga Jordan itu sendiri, Nak beli jubah dekat Jordan pun ok. Tidaklah murah ta...

Panduan Lulus Temuduga Biasiswa

Anda mungkin sedang tercari-cari biasiswa untuk menyambung pelajaran anda. Mungking juga anda telah menerima jemputan untuk menghadiri temuduga untuk biasiswa tajaan kerajaan terutamanya MARA. Menghadapi temuduga terutama kepada anda yang baru pertama kali pastinya sesuatu yang mengelisahkan anda. Di sini saya ingin mengongsikan berberapa panduan atau tips untuk mendapatkan biasiswa khususnya kepada pelajar yang mahu melanjutkan pelajaran dan memerlukan bantuan kewangan terutama daripada biasiswa kerajaan. Tips ini adalah hasil daripada beberapa orang kawan dan atas pengalaman diri sendiri. Justeru tips ini lebih menjurumus kepada biasiswa MARA memandangkan ianya lebih kepada kaum bumiputera. Berikut antara nasihat dan panduan saya kepada anda. Khusus kepada pelajar yang akan ditemuduga oleh MARA secara individu, namun boleh juga kepada pembaca yang lain untuk pengetahuan tambahan. Bawa Kelainan Contohnya, bidang kedoktoran. Mestilah kena bersedia deng...