" Akak tahu tak? Dulu masa sebelum kahwin, kakak ipar saya tu student biasa saja. Lain dengan abang saya yang memang selalu cemerlang. Maintain. Saya salute dengan abang. " Saya mendengar. Tak mahu menyampuk bila melihat dia sangat eksited membuka cerita . " Tapi, saya kagum sangat bila kakak ipar saya boleh improve study dia sejak berkahwin dan akhirnya grad dengan cemerlang, sama macam abang " Wow! Hebatnya. Jarang saya mendengar kisah sebegini. Apa yang mendorong kejayaan senior dentist saya yang sorang ni? Sebelum ni, saya acap kali bertembung dengan abang dan kakak iparnya itu di library universiti. Study berjemaah. Sekali tengok macam adik dan abang :) Kadang-2 bertembung juga di stesen bas universiti. Ke mana-2 bersama memandangkan mereka berdua satu course yang sama , satu batch pula. " How are they doing that ? " " Saya pernah pergi rumah abang masa diorang still study sini. Yer la, rumah saya tingkat atas je. Rumah diorang tingkat bawah. Sel