Skip to main content

60% Darah Hilang -- Sekarang Jantung Bengkak

Hari ni saya ikut menghantar adik saya mendaftar di Universiti Sultan Azlan Syah di Kuala Kangsar, Perak.

Di sana, Allah pertemukan saya dengan seorang gadis kecil berumur 18 tahun. Anak bongsu daripada 8 orang hadek-beradek ini telahpun kehilangan emak ketika beliau di tingkatan dua.

"Kak, saya ni sakit. Anemia"

Ouh. Saya mengangguk. Anemia. Biasa la tu. Adik saya dahulu pon sakit kurang darah jugak. Teruk. Sampai tak ke sekolah selama 3 bulan.

Melihat saya beriak biasa apabila mendengar penyakitnya, beliau menambah, "Sakit saya ni teruk, kak. 60% darah hilang.."

Ternganga mulut saya dengan radius 2cm.

Itu dahsyat!
60% bukan sikit, dik. Boleh bawa maut. Silap hari bulan dah 6 kaki bawah tanah.

Ibu saya bertanya lanjut kepadanya, "Sakit Anemia sebab apa?"

"Dulu, saya main hoki. Masa form 3. Malang tak berbau, bola hoki yang dipukul budak lelaki kena rahim saya. Pendarahan teruk sangat."

Allah. Saya garu pipi. Rasa macam nak garu tapak kaki pon ada. Rahimnya tercedera.

"Sekarang, okay tak lagi?"

"Alhamdulillah, okay dah. Sekarang dah stabil cuma masih dapat treatment dan ada temu janji dengan doktor.. Cuma.."

"Cuma apa?"

"Cuma masalahnya sebab darah kurang banyak, jadi jantung terpaksa kerja keras.. Sekarang, jantung bengkak."

Saya diam. Merenung dalam-2 wajahnya. Tenang sahaja, tak ada riak gusar atau bimbang. Dia kelihatan begitu redha dengan takdirnya. Saya begitu kagum. Terselit rasa syukur atas kesihatan yang Allah beri selama ini sedangkan ramai manusia yang diuji pelbagai masalah kesihatan.

Sungguh, kesihatan adalah segala-galanya. Kalau kaya ; harta dan khazanah donia melimpah bagai Tsunami baru melanda, duit pon terlalu banyak sampaikan bank pon takdak ruang dah nak simpan, tanah kebun pon seluas stadium bola di Argentina, rumah banglo 5 tingkat 20 tandas 20 cleaner toilet ... tapi, kalau kesihatan merudum walau cuma sakit gigi je, habeh hidop. Rasa hilang nikmat hidup walaupun oxygen masih bermaharajalela keluar masuk lubang hidung.

Macam biasa, ibu saya terus memberi khidmat nasihat kesihatan. Ibu saya hanya pelajar sains tulen masa sekolah menengah. Beliau bukan nurse apalagi doktor. Tapi, ilmu mediknya mantop jiddan hingga kadang bikin budak medik macam saya ni pulak yang ternganga. Memang padu!

Ibu memberi nasihat kepadanya, amalkan minum jus pegaga yang diblend bersama madu. Sangat baik untuk orang yang kurang darah. Adik saya dirawat macam tu di samping ambil ubat doktor. Alhamdulillah, dia mampu kembali ke sekolah, siap boleh jadi ahli sukan sekolah lagi. Power .

Ibu juga minta dia amalkan minum air buah manjakani yang direbus. Itu sangat baik untuk susutkan jantung yang membengkak.

Dia tersenyum. Kasihan saya melihatnya. Emak tak ada untuk bagi guidance hatta kakaknya terus saja balik sejurus menghantarnya ke kolej penginapan pelajar. Banyak benda beliau perlu berdikari. Bayangkan kalau kita di tempatnya, aduhai.. Mana mampu nak tahan rasa di hati. Sunggoh diri ini bersyukur dan chenta pada ibu dan abahku sepenuh hati kerana Allah lebih dari chenta spongebob terhadap spatula dan siputnya, Jerry.

Itu ujian untuk adek tersebut. Biarpun masih muda, saya yakin jiwanya kuat, hatinya kental. Sebab itu Allah uji hidopnya sedemikian rupa. Walau dikategorikan sebagai pesakit gynecology , beliau tak putus asa untuk belajar. Bidang Usuluddin menjadi pilihannya biarpun beliau merupakan pelajar kelas sains.

Begitulah hidop. Memang ada pelbagai rencah ujian. Ibarat makan nasi, tak best kalau tak dicampur dengan lauk-pauk pelbagai rasa. Biar ada manis, masam dan masin, barulah enak nasi menjadi santapan.

Selalu kita pening kepala apabila doktor sahkan kita menghadapi sesuatu penyakit.

Hatta, kalau terkena demam campak atau demam denggi pon kita dah bimbang tak senang hati.

Apa lagi kalau kanser atau kerosakan organ. Tentu lebih membimbangkan. Boleh bergegar otak nak fikir implikasi penyakit tersebut kepada hidop kita.

Orang yang ada sakit, perlu sangat menjaga emosi. Selalu positifkan fikiran kerana fikiran yang positif terbukti mampu menjadi terapi yang tip top dalam merawat apa-2 penyakit.

Paling penting, bersangka baiklah pada Tuhan. Ujian kesihatan , kemiskinan , kelaparan atau kegagalan memang Allah sengaja beri kepada hamba-Nya untuk membersihkan dosa dan up kan tahap keimanan .

Kadang-2, kita selalu fikir bahawa penyakit kita lagi teruk. Sakit kita lagi melarat. Kita putus asa untuk berubat kerana rasa macam tak ada lagi ubat yang boleh merawat kita.

Sampai, kita lupa bahawa Allah tak turunkan apa-2 penyakit melainkan diturunkan bersama penawar.

Sampai, kita lupa bahawa setiap penyakit ada ubatnya. Apa yang penting adalah kita coba berusaha untuk berubat.

Ingatlah, teruk sakit yang Allah beri kepada kita, ada insan lain yang lagi teruk kesihatannya diuji.

Saya belum masuk dunia klinikal tapi melalui cerita-2 senior yang round hospital setiap hari, mereka banyak menghadapi pelbagai jenis sakit dan kes-2 kesihatan yang lagi menyayat hati. Belum lagi masalah kesihatan pesakit yang diCombine 2 in 1 dengan masalah keluarga.

Untuk anda yang sedang diuji sakit, yakinlah bahawa Allah sayang pada anda. Jangan susah hati sebaliknya tanamkan keyakinan pada Tuhan Yang Maha Tinggi.

Mintalah selalu kekuatan dan doalah kepada Tuhan agar sakit kita menjadi kafarah dosa .

Yakin ya. Kalau Allah bisa menyembuhkan orang kafir atau orang fasik, kenapa tidak Allah juga bisa menyembuhkan hamba-hamba yang menjadi kesayangan-Nya ?


:)

Terus berubat. Jangan putus asa.
Terus berdoa. Allah dengar rintihan hati anda.

15062016
Kuala Kangsar, Perak

Comments

Popular posts from this blog

Tips Menjadi Moderator Forum

Tips Menjadi Moderator Forum =) Siapa kata hanya orang yang berpengalaman sahaja yang boleh menerjah dalam bidang pengucapan awam atau pengacaraan dan mampu perform dengan penuh bergaya bagai pengacara terkemuka donia? Sebenarnya, kalau tak ada pengalaman pon anda boleh melakukannya ! Asalkan, kita tahu cara. :) Ketahuilah bahawa orang yang dikatakan berpengalaman juga sebenarnya pernah berada di posisi 'beginner' . Mereka bermula dari 'zero' dan kini baru diberi kesempatan untuk bergelar 'hero' Saya sendiri sangat meminati bidang pengacaraan sejak di bangku sekolah namun tidak pernah mendapat peluang untuk mengendalikan apa-2 majlis. Apabila sudah berada di alam kampus, peluang untuk menjadi pengerusi majlis atau moderator forum semakin terbuka luas. Saya kagum melihat senior-2 yang begitu berani dan petah berbicara di atas pentas. Ketika saya berada di Tahun Satu, saya blur. Saya memang tak ada keyakinan pon nak mencuba bercakap di khalayak ramai

Coretan Temuduga PROGRAM PERSIJIILAN TAHFIZ DARUL QURAN 2012

Baik .. Pada hari yang Penuh cahaya   bulan bintang  Matahari ini, sukalah saya nak berkongsi cebisan Pengalaman Ketika Temuduga Program Persijilan Tahfiz Darul Quran Sesi 2012 yang dahulu. Pengalaman ini mungkin sedikit tak dan banyak dapat memberikan panduan, pedoman, tips, petua, lampu, pelita dan yang segerombolan dengannya untuk hadek-hadek junior saya yang mempunyai sejuta impian untuk lulus dalam temuduga tersebut. Ingat!  Pengetahuan anda Walaupun Sedikit tentang Temuduga bakal anda yang sangat Penting Hadiri itu untuk Kesihatan dan Jantung buah Pinggang anda Ketika Ditemuduga Nanti!  Ini bagi Mengelakkan Pengeluaran adrenaline yang banyak Terlalu atau yang anda akan Lebih malang Terkhencheng kerana Terlalu Ketaq. Okay. Kalau tanya pada semua orang, mesti majoriti tak akan menggeleng apabila sudah kesempatan untuk menjadi penghafaz Al-Quran. Siapa je yang tak nak peluang belajar di Darul Quran yang mana lepasan pelajarnya semua memiliki hafazan Al-Quran da

♦ Checklist ke Jordan ♦ ►Girls sahaja

Tulisan ini terhasil setelah segala penat lelah, susah payah dan sakit sendi jari saya menaip. Maka, mohon anda semua membaca sehingga ke titik yang terakhir. Terutamanya, KAMU, (Jari telunjuk menuding ke hadapan), orang yang bakal berangkat ke sebahagian dari bumi Syam ini. Harap bermanfaat dan mampu menjadi panduan dan lampu jalan untuk nak buat bajet dan kemas barang nanti. Sebarang soalan, boleh tanya di ruangan komen.  Kalau nak  copy , Highlightkan dan tekan Shift+C. Orait. Bereh. Selamat menyediakan item yang diperlukan. n_n ☺ Baju kurung/Jubah - 7/8 helai Majoriti pelajar di sini akan pakai baru kurung dan jubah. Ikutlah keselesaan dan kebahagiaan jiwa raga tong gas anda untuk memilih pakaian yang sesuai. Yang pastinya biarlah menutup aurat dengan sempurna. Biar warga Malaysia di Jordan lebih 'islamik' pakaiannya dari warga Jordan itu sendiri, Nak beli jubah dekat Jordan pun ok. Tidaklah murah tap