Skip to main content

Berkat Doa I B U

Berkat doa seorang ibu ,
Anak yang sah sah markahnya tak lulus dan tak boleh naik tahun disahkan LULUS dan BERJAYA NAIK TAHUN pengajian .

Berkat doa seorang ibu ,
Anak yang lari dari rumah pulang semula ke rumah kerana dakwaannya bahawa dia mendengar suara ibunya ketika tidur .

Berkat doa seorang ibu ,
Anak yang sakit kembali sembuh seperti sedia kala tak sampai tempoh seminggu .

Berkat doa seorang ibu ,
Anak yang coba menghampiri jurang maksiat terkantoi dan kembali bertaubat memeluk kasih Tuhannya .

Berkat doa seorang ibu ,
Anak yang lambat dapat jodoh akhirnya dipinang pemuda soleh tatkala dirinya hampir berputus asa mengharap hadirnya lelaki yang mahu mengambilnya sebagai isteri .

Berkat doa seorang ibu ,
Si Musa yang dihanyutkan ke sungai selamat sampai di istana Firaun dan akhirnya dipelihara dengan penuh kasih sayang oleh warga istana .


Doa ibu ada kuasa .

Kuasa berganda .
Lebih sakti.
Lebih Allah terima tanpa banyak tapisan .

Jika baik doa ibu untuk anaknya , maka baik jua lah kesannya kepada si anak .

Ingat , kita tak boleh mendoakan benda yang buruk untuk orang lain dan Allah juga tak akan makbulkan doa yang buruk .

Tapi , jika doa yang buruk itu keluar dari mulut seorang ibu atau terlintas di hati seorang ibu , maka ia hal berkecuali . Allah akan makbulkan .

Sebab itu , seorang pemuda soleh telah difitnah berzina dengan seorang pelacur yang menyebabkan pelacur itu mengandung anak luar nikah ( dan akhirnya Allah selamatkan beliau dari fitnah itu ) hanya kerana ibunya terasa hati apabila beliau tidak menyahut panggilan ibunya .

Wahai ibu ibu ,
Doakan setiap hari kesejahteraan untuk anakmu .
Doakan selalu keselamatan mereka di dunia dan di akhirat .
Doakan biar Allah jaga dan pelihara mereka sentiasa .
Kau lihatlah , dunia hari ini sungguh tidak selamat .

Pengaruh kawan ,
Pengaruh media massa ,
Pengaruh keadaan donia , cuaca dan pelbagai kemaksiatan yang kian melata di atas bumi .

Siapa boleh menjamin keselamatan anakmu jika bukan Tuhan yang Maha Kuasa

Siapa bisa memberi kekayaan dan menghindarkan anakmu dari kefakiran jika bukan Tuhan yang Maha Kaya .

Siapa yang berkuasa memelihara anakmu dari dibelit dosa dan noda tatkala dia jauh dari pandangan matamu jika bukan Tuhan yang Maha Melihat .

Wahai ibu ibu ,
Bentuk diri anak-anakmu dengan ilmu . Kuatkan didikanmu itu dengan doa .

Usah pandang enteng kuasa doa dalam melentur hati dan peribadi anak-anakmu yang kian membesar .
Hatta jika mereka berumah tangga eskeletor sekalipun , doamu sentiasa didamba mereka .

Pelihara mulutmu dari mendoakan keburukan buat si anak . Sebaliknya terus mendoakan biar Allah beri taufiq , hidayah dan hikmah untuk si anak .

Wahai gadis ,
Sebelum kamu bakal menjadi isteri kelak ,
Sebelum kamu bakal menjadi ibu kelak ,
Berdoalah dari sekarang agar kehidupan mu di depan hari diberkati Tuhan. Doa biar Allah beri yang TERBAIK untuk kamu .

Ingat , didikan yang terbaik untuk anak-anak kamu bermula dari sekarang ; di saat kamu masih bujang .

Maka , jangan putus menganyam doa kepada Dia Tuhan Yang Satu . Doa agar dia tunjukkan kamu track hidop yang benar , ajarkan kamu ilmu yang benar , ilhamkan kamu cara penyelesaian masalah yang benar . Agar menjadilah kamu insan yang baik sebelum kamu melentur peribadi putera puteri mu kelak.

22062016
Kulim , Kedah

Comments

Popular posts from this blog

Tips Menjadi Moderator Forum

Tips Menjadi Moderator Forum =) Siapa kata hanya orang yang berpengalaman sahaja yang boleh menerjah dalam bidang pengucapan awam atau pengacaraan dan mampu perform dengan penuh bergaya bagai pengacara terkemuka donia? Sebenarnya, kalau tak ada pengalaman pon anda boleh melakukannya ! Asalkan, kita tahu cara. :) Ketahuilah bahawa orang yang dikatakan berpengalaman juga sebenarnya pernah berada di posisi 'beginner' . Mereka bermula dari 'zero' dan kini baru diberi kesempatan untuk bergelar 'hero' Saya sendiri sangat meminati bidang pengacaraan sejak di bangku sekolah namun tidak pernah mendapat peluang untuk mengendalikan apa-2 majlis. Apabila sudah berada di alam kampus, peluang untuk menjadi pengerusi majlis atau moderator forum semakin terbuka luas. Saya kagum melihat senior-2 yang begitu berani dan petah berbicara di atas pentas. Ketika saya berada di Tahun Satu, saya blur. Saya memang tak ada keyakinan pon nak mencuba bercakap di khalayak ramai

Coretan Temuduga PROGRAM PERSIJIILAN TAHFIZ DARUL QURAN 2012

Baik .. Pada hari yang Penuh cahaya   bulan bintang  Matahari ini, sukalah saya nak berkongsi cebisan Pengalaman Ketika Temuduga Program Persijilan Tahfiz Darul Quran Sesi 2012 yang dahulu. Pengalaman ini mungkin sedikit tak dan banyak dapat memberikan panduan, pedoman, tips, petua, lampu, pelita dan yang segerombolan dengannya untuk hadek-hadek junior saya yang mempunyai sejuta impian untuk lulus dalam temuduga tersebut. Ingat!  Pengetahuan anda Walaupun Sedikit tentang Temuduga bakal anda yang sangat Penting Hadiri itu untuk Kesihatan dan Jantung buah Pinggang anda Ketika Ditemuduga Nanti!  Ini bagi Mengelakkan Pengeluaran adrenaline yang banyak Terlalu atau yang anda akan Lebih malang Terkhencheng kerana Terlalu Ketaq. Okay. Kalau tanya pada semua orang, mesti majoriti tak akan menggeleng apabila sudah kesempatan untuk menjadi penghafaz Al-Quran. Siapa je yang tak nak peluang belajar di Darul Quran yang mana lepasan pelajarnya semua memiliki hafazan Al-Quran da

♦ Checklist ke Jordan ♦ ►Girls sahaja

Tulisan ini terhasil setelah segala penat lelah, susah payah dan sakit sendi jari saya menaip. Maka, mohon anda semua membaca sehingga ke titik yang terakhir. Terutamanya, KAMU, (Jari telunjuk menuding ke hadapan), orang yang bakal berangkat ke sebahagian dari bumi Syam ini. Harap bermanfaat dan mampu menjadi panduan dan lampu jalan untuk nak buat bajet dan kemas barang nanti. Sebarang soalan, boleh tanya di ruangan komen.  Kalau nak  copy , Highlightkan dan tekan Shift+C. Orait. Bereh. Selamat menyediakan item yang diperlukan. n_n ☺ Baju kurung/Jubah - 7/8 helai Majoriti pelajar di sini akan pakai baru kurung dan jubah. Ikutlah keselesaan dan kebahagiaan jiwa raga tong gas anda untuk memilih pakaian yang sesuai. Yang pastinya biarlah menutup aurat dengan sempurna. Biar warga Malaysia di Jordan lebih 'islamik' pakaiannya dari warga Jordan itu sendiri, Nak beli jubah dekat Jordan pun ok. Tidaklah murah tap