Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2015

PART 1 | Satu Dua Tiga Empat Lima. Wah ! Lima !!

One Two Three Four Five ! Eh? Only Five? Where are my cute 6th and 7th fingers? Pftt.. Tajuk post ini berkaitan dengan nombor. Dari nombor satu sampai lah nombor lima. Tak ada nombor enam atau nombor tujuh. Sampai nombor lima sahaja. Eh, Qasrus. Awak nak mengajar kami mengira ke? Setakat mengira nombor macam ni, ape kelass der.. Kami dah pHD dah kot dalam bab ini.  Nak mengira dalam mandarin pun boleh dohh.  Ik, ek, san, shek, wu. Hah..! Jangan jatuh rahang tau.. Amboi.. Eksyen benor lah. Saya tahulah anda bukan lagi budak tadika yang suka lumba lari dengan kucing parsi gemok sambil makan lolipop itu. Eh. Tulisan kali ini, saya cuma mahu mengenang kembali zaman sekolah rendah saya. Anda tak minat nak tahu? Chow kai laa. Err. Maksud saya anda boleh cari dan baca artikel lain yang lebih membasahkan jiwa dan mengenyangkan minda. Atau boleh juga buka kitab yang boleh tahan daebak di alam semesta ini ; Al-Quran. Eheh. Ini coretan tentang hidup saya dan pastinya

Eh, Aku Tak Chanteque Ke??

"Afifah, budak yang Emil suka tu putih orangnya. Adik kami yang nama Afifah pun putih. Semua orang yang nama Afifah pun putih. Orang yang nama Afifah memang cantik belaka.." -Dialog seorang teman tapi mesra saya- Inilah reaksi saya bila mendengar stetmen 30% bikin gegendang telinga bergegar-gegar-gegar ini. Nasib busur panah tak ada kat tangan ! Kalau tidak.... Hati saya berbisik tatkala telinga mendengar komen tanpa cukai dari sahabat yang bercakap.  'Eh. nama aku bukan Afifah, so.. Aku Tak Chanteque Ke..?? '  Ahah! Mujurlah saya tak termampu nak memberi apa-apa respon kepadanya. Mungkin kerana terlalu terkesima dengan stetmen melulu sebegitu. Andai ketika itu saya bertanya kepada dia adakah orang yang bernama Afifah sahaja yang chanteque dalam dunia, nah bagaimana pula dengan dirinya sendiri? Lupakah dia bahawa namanya pun bukan Afifah?? Jadi adakah itu bermakna dia tidak cantik? Lantas kenapa pemenang ratu chanteque lah sangat dunia bukan bernama

PART 2 | Lagenda Chenta Akhowat Lasak & Syabab Pohon Semalu

Tumpang lalu inche-2 dan cik-2 yang segar-bugar iman kalian hendaknya. Mohon dibaca dahulu Lagenda Chenta PART 1 sebelum anda melayari bahtera ke alam mimpi penulisan kali ini. Ini penting, malah sangat penting, malah lebih penting dari memasukkan benang ke dalam jarum sebelum menjahit kerana tanpa membaca PART 1, saya khuatir sangat anda akan mengalami sindrome gatal kepala dan sel-sel otak anda gagal berhubung dengan baik.  Jadi... mohonlah ditekan link di bawah dengan penuh kasih sayang. Jom ke Lagenda Chenta Akhowat Lasak & Syabab Pohon Semalu PART 1  "Mak cik. Tumpang bertanya. Boleh saya tahu kat mana rumah Mak Cik Arorara Suria?" Mak cik Arora memerhati anak muda di hadapannya dari atas ke bawah. Kemudian ke atas balik. Kehairanan plus  kekaguman. Jernih air mukanya, sejuk perut mak dia mengandungkan dia, bisik hati kecil Mak Cik Arora. "Anak ni cari Mak Cik Arora ke Mak Cik Arorara? Mak Cik Arorara belum pernah beranak kat kampung ni. Mak C

PART 1 | Lagenda Chenta Akhowat Lasak & Syabab Pohon Semalu

[Diskelemer : Kisah ini bukanlah kisah Cinta Urban.  Tidak romantik dan tiada ayat sweet diabetes yang boleh bikin pengsan. Tapi, wa janji sama lu! Ia banyak pengajaran] Tersebutlah kisah, 50 tahun yang lampau. Ketika muda-mudi masih rabun jauh dengan dunia IT. Gadget yang paling canggih tika itu pun telefon bimbit sebesar botol air budak tadika. Beratnya pula mengalahkan 2 ekor anak kucing Parsi. Adeh. Itupun dipakai di YuKey dan Amerika sana. Malaysia? Telegram, surat dan burung merpati je yang available. Eh. Si akhowat namanya Anahambel. Datangnya dari keluarga yang kais pagi makan pagi, kais petang makan esok pagi pula. Err. Dia anak ke-4 daripada 6 hadek-beradek. Emaknya hanya berniaga kuih. Alhamdulillah, biarpun mereka ramai dan makanan cepat sahaja licin dalam hanya satu-satu acara makan, makanan di rumah mereka sentiasa cukup. Tak pernah ada yang masuk ICU kerana tak cukup zat besi dan konkrit. Betul lah kan. Makan berjemaah itu osem. Hormon Dopamine (hormon pencetus r