Awalul Kalam Pembuka Bicara Chenta. Aku persembahkan coretan ini buat Kamu Semua.
"Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, dan beramal yang soleh, dan berkata: 'Sesungguhnya aku daripada golongan Muslimin (orang yang berserah diri).''
Semalam, saya imbas.
Saya hitung dengan jari.
Tak cukup jari tangan, saya angkat jari kaki.
Macam tak yakin.
Tak cukup jari yang ada, saya guna pula kalkulator zaman EsPieEm.
2015-1995 = 20
Hurm Hurm.
Allah.
Ini memang kenyataan. Fakta. Realiti. Bukan Akademi Fantasia-sia.
Allah telah memilih saya untuk menjadi manusia yang 20 tahun dah inhale oksigen dan exhale karbon dioksida di Muka BumiNya yang indah nian ini.
Melingkari diri sendiri dengan pelbagai prinsip.
Saya membesar dalam usaha diri sendiri cuma mengenal dan belajar tentang kehidupan.
Belajar untuk mencari identiti diri saya sendiri sebagai hamba kepada Pemilik Kehidupan Manusia,
anak, adik, kakak, teman, anak murid, senior, junior, da'ie, naqibah dan ketua kelas darjah 3 yang garang. Eh.
Saya RARE.
Lain dari yang lain. Sungguh, saya juga sukakan kelainan.
Dan saya sukakan diri saya melakukan apa yang orang lain lakukan dengan cara yang terbaik dan lebih baik.
Belog ini wujudnya dah begitu lama.
Tapi tidaklah sejak dari zaman dinasour atau zaman tamadun Babylon. Err.
Kini saya hadirkan Belog Qasrus Syuhada dengan wajah yang baru.
Pengisian yang lebih bersifatkan peribadi.
Menulis tentang diri sendiri, tentang hidup sendiri.
Itu nyata lebih mudah.
Lebih menjiwai. Lebih masyyyuuuk.
Moga tulisan yang dikhazanahkan dalam belog super duper tak berapa nak ohsem berbanding belog blogger yang lain ini mampu menjadi arca pembuka minda kepada pembaca saya yang comel-comel macam arnab gemok yang riang ria raya berlari di ladang anggur.
Saya tuntaskan kalam ini dengan satu coretan dari insan yang saya kagumi,
"Orang yang bijak adalah orang yang belajar dari kesilapan diri sendiri.
Tapi orang yang LAGI bijak adalah orang yang belajar dari kesilapan orang lain."
Cerita saya mungkin sama dengan kamu. Mungkin ada sedikit beda.
Apa sahaja yang kamu baca dan kamu tafsirkan,
Usahlah dinilai dengan mata kamu yang berbulu mata lentik itu.
Nilailah dengan mata hati.
Ambillah yang baik sebagai inspirasi.
Jadikan yang tak berapa nak baik dan stetmen wayar putus sebagai ibroh kehidupan. Sempadan.
Ini usaha saya untuk tebarkan sejuta chenta.
Chenta kerana Allah. Mengajak kamu dan saya sendiri untuk renung kehidupan ini.
Live your Life dalam keadaan Allah redha.
Doakan saya, hati saya, iman saya diusir jauh-2 dari Cik-Cik Mazmumah kerana saya benci mereka itu. Sungguh saya benci.
Namun saya adalah manusia biasa.
Kadang-kadang terpeleot juga.
Sebab itu, saya mohon kalian titipkan doa.
Cukup doa yang simple.
Doakan saya
Menjadi Hamba Allah yang Cantik Akhlak dan Agama.
Doakan.
Diskelemer Impoten Tahap Jerawat Baru Tumbuh Di Muka
Dalam belog ini anda mungkin akan 'berkenalan' dengan saya melalui pelbagai watak.
Kadang-kadang saya berani macam Sam Totally Spies.
Ada masa saya lembut sikit macam Cinderella.
Selalu juga bertindak tangkas macam Power Ranger Pink
Mungkin juga kelihatan bersifat keanak-anakan macam Chibi Maruko Chan
Boleh jadi saya agak matang macam Shinichi Kudo
Mungkin anda juga akan lihat saya alim macam Ana Muslimah
Kadang-kadang saya agak gila-gila macam Shin Chan
Ada masa saya sangat serius macam Inuyasha
Dapat gang sekepala, maka saya akan menjadi kelakar macam Spongebob
Ada ketika saya banyak cakap macam Woody Woodpecker
Tapi saya lebih bersifat pendiam macam Hyuga Hinata.
Dalam hidup, kita harus pandai memegang banyak watak.
Sebab dunia itu punya banyak watak.
Takkan bila jumpa perompak kita mahu jadi baik macam Snow White??
Kita Kena belajar daripada Goku macam mana nak buat kamehameha
dan front kick tambah reverse side kick sambil bagi tazkirah.
Mesti insaf perompak itu nantinya.
Dan yang paling penting...
Belajar teknik komunikasi Rasulullah.
Mencari persamaan.
Cuba mengikut rentak mad'u.
Takkan bercakap dengan kanak-kanak mahu keluar syarah tafsir Ibnu Katsir?
(Melainkan adik itu ada abang alim berjanggut sejemput dan hensem macam Sasuke yang jadi imam dekat masjid.)
Get me?
*makan epal buat muka innocent*

Comments