Skip to main content

PART 1 | Lagenda Chenta Akhowat Lasak & Syabab Pohon Semalu

[Diskelemer : Kisah ini bukanlah kisah Cinta Urban. Tidak romantik dan tiada ayat sweet diabetes yang boleh bikin pengsan.Tapi, wa janji sama lu! Ia banyak pengajaran]

Tersebutlah kisah, 50 tahun yang lampau. Ketika muda-mudi masih rabun jauh dengan dunia IT. Gadget yang paling canggih tika itu pun telefon bimbit sebesar botol air budak tadika. Beratnya pula mengalahkan 2 ekor anak kucing Parsi. Adeh. Itupun dipakai di YuKey dan Amerika sana. Malaysia? Telegram, surat dan burung merpati je yang available. Eh.

Si akhowat namanya Anahambel. Datangnya dari keluarga yang kais pagi makan pagi, kais petang makan esok pagi pula. Err. Dia anak ke-4 daripada 6 hadek-beradek. Emaknya hanya berniaga kuih. Alhamdulillah, biarpun mereka ramai dan makanan cepat sahaja licin dalam hanya satu-satu acara makan, makanan di rumah mereka sentiasa cukup. Tak pernah ada yang masuk ICU kerana tak cukup zat besi dan konkrit.

Betul lah kan. Makan berjemaah itu osem. Hormon Dopamine (hormon pencetus rasa gumbira hingga nak melompat ke angkasa) akan merembes keluar ketika makan berjemaah. Hormon inilah berperanan mencukupkan keperluan perut dan memberi kepuasan dan kekenyangan selepas makan biarpun hanya makan sedikit. Osem bukan?

Anahambel anak yang rajin dan sangat berdikari. Pada usianya yang muda belia itu, dia masih tidak kenal agama kerana ibu bapanya juga golongan biasa-biasa dalam agama. Dia tidak pernah kenal tudung hinggalah dia naik ke tingkatan 4. Saat dia menjadi Pengawas Sekolah.

Solat? Ostajahnya yang mengajar.

Antara semua hadek-beradiknya (2 lelaki dan 4 perempuan), dialah yang paling raaaajin membantu emaknya membuat dan menjual kuih walaupun persen kenakalannya sangatlah oberdos. Dia juga suka menabung. Walaupun duitnya pernah dicuri oleh si abang yang sulung, dia tak pernah futur nak terus mengumpul semula duit di dalam tabung. Duit upah dari emaknya setiap kali dia menghantar kuih ke gerai-gerai berhampiran.



Setiap pagi, seawal 6 pagi, Anahambel akan mengayuh basikal tua hadiah dari neneknya untuk menghantar kuih ke kedai. Kadang kala cuaca tak comel. Hari hujan. Tapi dia tetap gagah perkasa melaksanakan rutinnya itu. Kemudian, barulah dia bersiap untuk ke sekolah. Usianya tika itu? Baru 7 tahun.

Kita umur 7 tahun masih minum ribena sambil lari pegang patung barbie, kan? ;)

Bila waktu rehat dan loceng dibunyikan, dia akan escape dari sekolah untuk pulang ke rumah. Lompat pagar terr. Dia pulang ke rumah bukan untuk menonton citer otromen 3.Tak ! Rumahnya pun tak ada telebesen apatah lagi cenel Estero Ria. Nak tengok TV, kena mengendap rumah jiran. Uhuk.


Anahambel pulang ke rumah kerana nak bantu emaknya memasak. Dia tahu, emaknya pasti sibuk menguruskan 2 adiknya yang masih kecil; Anatassia dan Ambrella.

Mohon bagi nama anak glemer macam ni nahh. Sempoi wei !

Hujung minggu pula, dia akan follow her beloved mummy untuk berjaulah di sekitar Bukit Mertumpul, mendaki bukit meredah belantara. Nak buat apa? Untuk cari kayu api.

Zaman dulu tak ada dapur cap Panasonic dan mesin gelombang mikro (baca : microwave) untuk nak beking cokelat kek dan buat makaroni bakar yang disiram sebaldi keju cair yang yang yang begitu mengujakan itu. Alangkah.

Anahambel bukan seorang gadis yang ayu dan kontrol comel macam gadis sekarang. Err. Dia gadis yang lasak. Ketinggiannya hanya 2 kali ganda spongebob tapi sungai sudah dia jelajah sampai ke dasar ! Dia tak pandai berenang tapi sebuah Pulau berjaya dia sampai tanpa bantuan sampan, kapal selam atau banana boat. Aktiviti rutin sang monyet seperti panjat pokok dan bergayut menjadi hobi Anahambel. Bukan itu sahaja, Anahambel berkawan dengan budak-budak lelaki di kampungnya dan mereka seringlah outstation di hutan untuk berburu bersenjatakan batu dan lastik.

Di sekolah, Anahambel juga agak aktif berkerja untuk ummah. Cey. Dia pernah menjadi ketua kelas yang paling macho dan bergaya juga menyertai kelab pancaragam di sekolahnya.

Keadaan keluarganya yang dhaif menyebabkan ramai adik-beradiknya yang lain 'angkat kaki' awal dari sekolah. Ramai juga yang kahwin awal. Tapi berbeza dengan Anahambel. Dia kuat semangat dan betul-betul nak belajar. Dia mengumpul duit sendiri untuk menyara persekolahannya dan membeli buku. Sekolahnya dengan rumahnya sangatlah jauh. Biarpun panas atau ribut petir, Anahambel tetap tekad untuk berulang-alik menaiki bas dan jalan kaki.

Dia pernah bersekolah di sekolah agama namun terpaksa berhenti kerana tak cukup bajet nak terus belajar di situ. Lalu, sekolah menengah biasa menjadi destinasi seterusnya untuk dia menuntut ilmu.

Bila naik ke tingkatan 4, Anahambel dilantik menjadi pengawas sekolah. Kali pertama dia memakai tudung. Tudung biru. Baju kurung juga biru. Fashion tudung dia macam biasa. Bulat seperti kuih donat.

Bila naik ke tingkatan 5, dia tak mampu lagi nak terus mencari wang untuk bayar yuran sekolah apatah lagi nak pergi tuition. Dia mengambil keputusan untuk terus stay di rumah. Bukan untuk minum kopi sambil tengok Disneyland! Tak! Dia tetap dengan tekad untuk mengambil peperiksaan penting sekolah menengah. Anahambel belajar sendiri di rumah. Stay up malam-malam ditemani adiknya, Ambrella.

Pernah satu malam, dia membancuh kopi dalam satu cawan besar. Kemudian, dengan juhudnya dia belajar di beranda rumah ditemani lampu pelita milik ayahnya. Cahaya tidaklah seterang matahari di waktu Dhuha atau secerah lampu di Tesco. Eh.

Dia tidak sedar terdapat 5 ekor makhluk Allah yang digelar cicak telah tersesat masuk ke dalam cawan itu dan hurm, telah tertamat riwayat mereka kerana tak pandai berenang. Huahuahua. 


Kopi dihirup sedikit demi sedikit bila dia terasa mengantuk. Mungkin rasanya agak enak berbanding malam-malam sebelumnya. Pabila keesokannya Anahambel nak basuh cawan, baru lah dia perasan terdapat 5 ekor jenazah cicak yang kiut-miut di dalam cawan itu. Oh ! Malangnya kopi telah habis pun dia minum. Dan .. Anahambel termuntah on the spot.

Peperiksaan telah tamat.

Alhamdulillah. Anahambel mumtaz dalam kebanyakan subjek. Keadaan sedikit seperti gempa bumi apabila Anahambel mendapat tentangan dari ayahnya untuk sambung stadi di unibersiti. Anahambel tak peduli. Dia tekad. Selama ni pun dia yang cari duit untuk belajar. Dan dia akan terus cari duit untuk sambung belajar. Biarlah satu dunia menegah, dia akan tetap gagah perkasa meneruskan niatnya untuk belajar. Mujur emaknya yang terus sepot dirinya siang dan malam. Mak, luv you tauu ! Sungguh, hanya mak yang faham Anahambel hetika itu.





Anahambel mendapat tawaran sambung belanja di UPM dalam bidang Farmasi. Diploma. Fuhh. Tak pernah dalam sejarah keluarganya, ada yang masuk universiti. Dia berjaya pecah rekod keturunan! Eh.

Belajar di dalam bidang itu menyeronokkan. Anahambel suka dan gumbira sangat menghafal nama-nama saintifik ubat-ubatan.

Di universiti itu, Anahambel sangat aktif kokurikulum. Dia menyertai pasukan Kagat kampus. Berpeluanglah dia untuk main tembak-tembak, berkampung di hutan berminggu-minggu dan dapat peluang bergaya dengan uniform askar yang sungguh menawan itu.


Ada satu hobi yang Anahambel paling suka buat ketika belajar di kampus itu. Benda apa? Yang pastinya bukanlah lepak di kafe macam kita sekarang ni. Kita ni pantang ada masa percuma, komfem serbu kafe universiti untuk melantak juadah di sana. Balik rumah, perut dah kenyang takyah masak. Fuhh. Pemalas! Anahambel bukan anak orang kaya. Tak mampu pun nak beli makanan di luar.

Pengaruh kawan agaknya, Anahambel suka sangat dan selalu aim pelajar siswa yang nampak agak tak agresif dan pemalu dan ayu. Eh. Bukan untuk dibuat calon suami, tapi dia suka sangat mengusik dan menggugat ketenteraman kaum lelaki spesies yang macam ini. Yer la. Dia mana berani buat perangai macam ni pada abang-abangnya yang macam singa putus ekor tu. Apatah lagi kepada ayahnya yang double triple sangat lah garang.

Salah seorang lelaki yang sering menjadi mangsa 'kematangan separuh masak' Anahambel adalah Kahfi. Pemuda itu berkulit cerah berkaca mata. Orangnya sederhana dan perwatakannya masyaAllah.. macam pak ustaz. Lemah-lembut dan cukup pemalu dengan perempuan.

Kahfi yang juga belajar dalam fakulti farmasi itu datang dari keluarga yang sederhana namun kuat agama. Kahfi, anak ke-4 dari 7 orang adik-beradik. Dia bukanlah pelajar sekolah agama. Dia pernah bersekolah di sekolah menengah biasa di Kedah sebelum bermigrasi tempat belajar ke sebuah SBP di Seremban, Negeri Sembilan.

Anahambel tak tahu kenapa dia suka sangat mengusik Kahfi. Mungkin sebab Kahfi tak pernah melawan apatah lagi nak bersuara bila dia dikacau gang Anahambel yang solehah belaka itu.

Satu yang Anahambel pelik dengan Kahfi adalah dia bila berjalan tak pernah tengok kiri kanan. Jalannya laju. Matanya pandang lantai. Nak usha perempuan? Memang tak lah!

Selalu bila Anahambel terserempak atau berselisih dengan Kahfi, pasti sengaja dia berdialog dengan kawan baiknya, Awanano.

'Tengok tu ! Budak cari kunci dah datang..'

'Tu tu. Kejap lagi terhantuk juga dengan tiang elektrik'

'Mata Tuhan bagi untuk tengok alam. Tapi ada orang tu, matanya tak boleh nak angkat. Asyik ke bawah.'

'Dia tengah usha sampah tu. Nanti kalau nampak, mesti dia kutip. Sebab tu lah UKM ni bersih. Pak cik kliner pun boleh goyang kaki sebab ada esisten macam mamat ni'


Selalunya pastilah kengkawan Anahambel yang sama osem dengannya akan ketawa mengekek. Tapi macam biasa, Kahfi tak pernah membalas apatah lagi membentak. Cuma kadang-kadang telinganya merah. Malu mungkin. Dia tahu kata-kata itu ditujukan kepadanya. Tapi dia buat rilek. Mana macho derr nak marah perempuan. Lagipun dia memang pemalu.

Namun, tentulah berbaldi-baldi perasaan annoying itu tetap wujud dalam diri Kahfi. Tapi dia lelaki sejati. Tahan diuji. Ceh.


Kahfi pelajar yang sangat menjaga masa. Selalu akan hadir ke dewan kuliah lebih awal. Sementara menunggu pensyarah datang, pastilah dia akan buka buku dan tekun membaca. Anahambel agak kagum dengan sikap yang ada pada lelaki ini malangnya dia tak mampulah nak meniru. Kadang-kadang dia rasa lelaki ini bajet ulat buku. Menyampah !

Pernah satu ketika, dia dan rakan-rakannya sengaja lalu di barisan tempat duduk Kahfi sehingga memaksa lelaki itu menarik kakinya yang menghalang laluan Anahambel. Bukan tak ada laluan lain, tapi memang Anahambel sengaja nak mengganggu kosentrasi Kahfi membaca. Nakal. Jealous pun ada.

Tapi kenyataan sebenar Anahambel pun pemalu sebenarnya. Dia cuma berani buat nakal bila ada gang. Kalau tidak, jangan harap. Nak tengok lelaki pun dia segan. Kuikuikui. Berlakon macho je Anahambel ni pun. Hakikatnya, dia tetap perempuan juga. Tak lari dari perasaan malu. Cuma dia nakal sikit. Senyum.

Tak sampai 3 bulan Anahambel belajar di UKM, dia terasa tak mampu nak bawa. Masalah kewangan menimpa dirinya. Tiada saudara yang mahu menghulurkan bantuan apatah lagi bertanya khabarnya. Zamannya tiada Wifi, wasep atau tepon bimbit nak terus kol mak bapak kalau ada masalah. Hanya surat dari maknya yang menjadi penguat dirinya. Itupun satu bulan sekali.


Terpaksalah Anahambel berusaha keras untuk menguatkan diri sendiri yang terkadang lemah dah teruji.

Anahambel kian teruji bila keadaan keluarganya yang sedikit berantakan. Mak ayahnya sering bergaduh. Anahambel tahu masalah apa yang mendasari semua itu. Tapi, dia hanya diam. Dia hanya mengadu pada Allah. Solat menjadi penguat dirinya tika itu.

Apabila Anahambel mengambil keputusan untuk berhenti belajar dan pulang ke kampung, tiba-tiba dia mendapat tawaran untuk menjadi kerani sekolah dengan kursus pendek selama beberapa bulan. Melihatkan peluang yang datang bergolek riang di hadapan mata, dia lantas tak melepaskan peluang. Terus sahaja dia menerima tawaran kerja itu dan tak jadi balik kampung. Dia menyewa sebuah rumah sewa di Kuala Lumpur bersama gadis-gadis lain yang turut sama mencipta kehidupan di kota itu.

Hidup bersama budak-budak kota kadang-kadang menggugat iman di dada. Housematenya terdiri dari pelbagai umur dan latar belakang. Malang sekali apabila tidak berpendidikan agama dan sedikit sekali yang bertudung. Ada yang suka keluar malam-malam, berjaulah ke disko, minum air haram, berikhtilat sesuka-suki dengan lelaki juga suka berfashion dengan pakaian tak cukup kain seperti manusia di era Paleolitik. Err.

'Ana, jom kita pergi pub nak malam ni? Kau bukan kerja pun esok. Ni kan malam minggu. Jomlah !'

Pernah seorang kawan sebiliknya mengajak. Anahambel mati kutu nak menolak ajakan kawannya itu. Tapi dia benar-benar tak nak. Biarpun dia bukan tahu agama, tapi dia tahu pergi disko atau pub tu tak bagus. Hatinya keras menolak.

'Erk. Aku kan pakai tudung. Mana ada orang bertudung masuk pub kan? Hehehe. Takpelahh. Kau pergi lah.

'Alah..tudung boleh bukak kan. Jomlah. Aku ada baju best nak bagi ni. Free.' Kawannya terus istiqomah memujuk.

'Erk. Takpe lah. Kau pergilah. Aku rasa tak berapa sihat ni. Nak rehat kat rumahnya. Kerja pun menggunung Kinabalu kena siapkan ni. Nak bagi makan ikan puyu lagi. Cicak-cicak kat rumah ni pun mesti sedih kalau aku tinggalkan rumah. So, biarlah aku terus di sini..' Ceyy. Anahambel terus gigih menolak.

Pendirian Anahambel sangat utuh. Mungkin Allah lah yang menjaga dirinya dan meneguhkan pendiriannya. Berkat khidmat dirinya pada maknya dahulu. Allah jaga dia. Akhirnya kawannya futur lantas malas nak mengajak dia lagi. Anahambel lega. Lepas satu ujian.



Tak berapa lama selepas dia tinggal dan mencari nafkah diri di Kuala Lumpur, dia mendapat surat dari maknya di kampung.Satu berita yang tak disangka-sangka. Sungguh membulatkan anak matanya membaca warkah itu. Berita yang memaksa dia pulang ke kampung segera. Tak boleh bertangguh walaupun sehari !

Ada orang meminangnya !

Dan ayahnya dah setuju !

Dan dan

Dia tak kenal pun makhluk asing mana yang tetiba nak tersuka dan terminat nak kahwin dengan dia ! Dia mana pernah kenal dengan lelaki ! Cuma.. dulu pernah ada seorang rakan ketika kursus (sebelum dia bekerja sebagai kerani sekolah) dulu pernah meluahkan perasaan. Tapi dia dah tolak. Dia tak berminat kepada lelaki yang tiada perwatakan ustaz. Eh. Lelaki itu tak solat setahunya. 

Entah kenapa, Anahambel tak suka lelaki yang biasa-biasa macam abang dan ayahnya. Dia nak lebih baik dari mereka. Kalau boleh, dia nak lelaki yang setiap hari Jumaat akan pakai kopiah dan baju melayu untuk ke masjid. Itu sahaja yang dia mahu.

Hatinya masih retak. Fikirannya serabut macam ribut katrina melanda Amerika. Siapa prince charming itu??

Kenapa ayahnya terus setuju tanpa meminta persetujuan dari dirinya terlebih dahulu?

Why ? Why ? Why ?


Kenapa ini berlaku?

Anahambel sakit kepala. Ditelan panadol dua papan. Eh. Dua biji.

Baju-baju dikemas dan bersiap sedia nak berangkat ke medan perdebatan.. Debat dengan si ayah yang garang macam bapak beruang yang tak boleh ada seorang pun bantah keputusannya !

Adakah Anahambel mampu ?


[Bersambung]


Comments

Popular posts from this blog

Tips Menjadi Moderator Forum

Tips Menjadi Moderator Forum =) Siapa kata hanya orang yang berpengalaman sahaja yang boleh menerjah dalam bidang pengucapan awam atau pengacaraan dan mampu perform dengan penuh bergaya bagai pengacara terkemuka donia? Sebenarnya, kalau tak ada pengalaman pon anda boleh melakukannya ! Asalkan, kita tahu cara. :) Ketahuilah bahawa orang yang dikatakan berpengalaman juga sebenarnya pernah berada di posisi 'beginner' . Mereka bermula dari 'zero' dan kini baru diberi kesempatan untuk bergelar 'hero' Saya sendiri sangat meminati bidang pengacaraan sejak di bangku sekolah namun tidak pernah mendapat peluang untuk mengendalikan apa-2 majlis. Apabila sudah berada di alam kampus, peluang untuk menjadi pengerusi majlis atau moderator forum semakin terbuka luas. Saya kagum melihat senior-2 yang begitu berani dan petah berbicara di atas pentas. Ketika saya berada di Tahun Satu, saya blur. Saya memang tak ada keyakinan pon nak mencuba bercakap di khalayak ramai

Coretan Temuduga PROGRAM PERSIJIILAN TAHFIZ DARUL QURAN 2012

Baik .. Pada hari yang Penuh cahaya   bulan bintang  Matahari ini, sukalah saya nak berkongsi cebisan Pengalaman Ketika Temuduga Program Persijilan Tahfiz Darul Quran Sesi 2012 yang dahulu. Pengalaman ini mungkin sedikit tak dan banyak dapat memberikan panduan, pedoman, tips, petua, lampu, pelita dan yang segerombolan dengannya untuk hadek-hadek junior saya yang mempunyai sejuta impian untuk lulus dalam temuduga tersebut. Ingat!  Pengetahuan anda Walaupun Sedikit tentang Temuduga bakal anda yang sangat Penting Hadiri itu untuk Kesihatan dan Jantung buah Pinggang anda Ketika Ditemuduga Nanti!  Ini bagi Mengelakkan Pengeluaran adrenaline yang banyak Terlalu atau yang anda akan Lebih malang Terkhencheng kerana Terlalu Ketaq. Okay. Kalau tanya pada semua orang, mesti majoriti tak akan menggeleng apabila sudah kesempatan untuk menjadi penghafaz Al-Quran. Siapa je yang tak nak peluang belajar di Darul Quran yang mana lepasan pelajarnya semua memiliki hafazan Al-Quran da

♦ Checklist ke Jordan ♦ ►Girls sahaja

Tulisan ini terhasil setelah segala penat lelah, susah payah dan sakit sendi jari saya menaip. Maka, mohon anda semua membaca sehingga ke titik yang terakhir. Terutamanya, KAMU, (Jari telunjuk menuding ke hadapan), orang yang bakal berangkat ke sebahagian dari bumi Syam ini. Harap bermanfaat dan mampu menjadi panduan dan lampu jalan untuk nak buat bajet dan kemas barang nanti. Sebarang soalan, boleh tanya di ruangan komen.  Kalau nak  copy , Highlightkan dan tekan Shift+C. Orait. Bereh. Selamat menyediakan item yang diperlukan. n_n ☺ Baju kurung/Jubah - 7/8 helai Majoriti pelajar di sini akan pakai baru kurung dan jubah. Ikutlah keselesaan dan kebahagiaan jiwa raga tong gas anda untuk memilih pakaian yang sesuai. Yang pastinya biarlah menutup aurat dengan sempurna. Biar warga Malaysia di Jordan lebih 'islamik' pakaiannya dari warga Jordan itu sendiri, Nak beli jubah dekat Jordan pun ok. Tidaklah murah tap