Mata leka memerhatikan lelaki itu tatkala melewati lobi bangunan Medicine. Sedang bervideo call agaknya. Anehnya, tiada suara kedengaran. Tangannya diangkat membuat pelbagai tanda isyarat. Laju macam kereta F1. Langsung tak dapat difahami. Hati mentafsir apa yang dilihat. Bisu barangkali. Perlahan tangan menyentuh mulut sendiri. 'Alhamdulillah, aku masih sempurna. Allah beri aku nikmat mulut dan suara sedangkan dia bermulut namun tak mampu bersuara. Ya Allah, jadikan lisanku ini lisan yang baik, jauh dari kata-2 yang menyakiti orang lain. Menyakiti hati orang, susah sekali nak mendapat maaf. ' Jalan lagi. Sejurus sampai di ruang legar bangunan Medicine itu, kaki ini terhenti. Tarik nafas. Lepas. Again. Tarik nafas lepas. Ready! Aku dah bersedia nak 'main' explorace untuk cari bilik small discussion di bangunan itu. Sumpah, memang tak ingat kat koordinat mana diorang bina bilik physiology tu. Tetiba.. ' Group discussion hari ni batal. ' Waw.. Sedikit blur rasanya