Pagi jam 6.45 pagi, kaki mula menapak keluar dari pintu rumah. Sendirian.
Saya kira saya orang yang paling awal keluar meredah sejuk pagi untuk ke kelas. Oh tidak...
Ada yang lagi awal. Dari kejauhan saya dapat melihat dengan jelas susuk tubuh seseorang yang sedang mengais rezeki di celahan timbunan sampah, mencari tin-tin kosong dan bahan buangan manusia yang boleh diguna pakai semula. Ya... Inilah motivasi saya setiap hari. Selalu saya titipkan nasihat buat diri, alangkah hinanya aku sekiranya masih bermain-main dengan peluang yang Allah beri.
Di saat saya boleh belajar di menara gading, ada orang yang bersesak-sesak terpaksa kerja dan tinggalkan pelajaran demi sesuap nasi buat keluarga.
Di saat saya tak perlu fikirpun yuran universiti dah selesai ke belum ( sebab MARA dah uruskan semuanya ), ada orang yang perlu ke sana ke sini meminta dana dan bantuan kewangan untuk melangsaikan hutang pada universiti..
Begitu banyak kemudahan yang Allah beri, tapi acap kali masalah yang kecil bikin manusia bernasib baik ini masih nak rebel dan merungut. Alahai.
Kaki dah melintas jalan besar yang memisahkan antara kawasan Syimali dan Athar Irbid. Segera tangan mencapai telefon, macam biasa aplikasi mobilevoip saya tekan.
+60448438**
Talian disambung. Jordan---Malaysia.
'Hello, Assalamualaikum. Ibu?'
'Waalaikumussalam. Angah ke ni.'
'Hurm, angah ni....'
'Sihat?' Kebiasaannya saya yang akan tanya ibu, sihat ke tak? Tapi kali ni, ibu lagi laju bertanya.
'Sihat... Tapi, tak ada mood lah ibu..'
'Hurm, ibu tahu dah..' Terkesima saya. Naluri ibu memang begitu kuat.
Angin pagi tu sepoi-sepoi bahasa arab meniup tudung litup warna biru yang saya pakai. Segar. Tenang. Kenderaan pun tak banyak tika ini. Masih awal pagi kan...
'Ibu.. Angah stresslah dengan sister sorang ni. Pagi-2 dah bikin mood angah berantakan.'
'Kenapa ni? Dia buat apa?'
'Takdak common sense lah dia ni. Pagi lepas subuh dah call mak ayah dia. Takdak masalah pun nak call. Yang jadi masalah tu bila dia cakap kuat. Ganggu angah nak study. Kalau sembang 2-3 minit, boleh tahanlah ibu, tapi ni dah berminit-minit. Angah kan mudah terganggu, cepat hilang fokus..'
'Bilik angah kan besar? Apa masalahnya?'
'Masalahnya dia cakap kuat sangat..'
'Berdehemlah sebagai isyarat supaya dia slowkan suara..'
'Tak dengar. Dia pakai headphone. Angah pun malu alah nak tegur'
Sedih. Saya hanya mampu meluah kepada ibu. It is difficult for me to face to face with her ( the sister ) and explain from A to Z that i can't stay calm with this situation. Benar-benar menganggu! Tapi saya hanya mampu pendam. Entah.
Suara dicorong telefon kedengaran lagi. 'Alhamdulillah, anak-2 ibu tak pernah buat macam tu kan? Ada timbang-rasa dan hormat privacy orang lain. Jaga adab bila berkongsi bilik..'
Urm. Tapi itulah, orang lain tak macam itu. Kan best kalau semua ibu mengajar anaknya supaya lebih peka dengan orang lain?
'Angah jangan stress. Banyakkan berdoa. Sedekahkan Al-Fatihah untuk sister tu ya.. Angah jangan bebankan fikiran dengan masalah-masalah macam ni. Delete satu per satu. Jangan biar diri terganggu. Angah kena fokus benda lebih besar, nak study, persatuan lagi.. Kan?'
Hurm. Begitulah ibu. Tidak letih menawarkan ubat yang bikin hati ini sejuk. Panas menjadi dingin. Serabut bertukar tenang. Oh ibu, andai kala ini kamu di hadapanku, pasti tubuhmu akan aku peluk, bahumu akan jadi tempat aku melepas rasa. Rasa yang berat lagi menyesakkan dada. Penatnya hidup ini ibu...
Semalam pada waktu yang sama, saya mengadu pada ibu. Kekangan masa yang saya perlu tempuhi sebab perlu bawa tugas persatuan yang besar menyebabkan saya tak mampu nak all-out untuk belajar. Hajat di hati mahu habiskan baca slide, lectures note dan sekali buat nota kaki untuk rujukan ekspress ketika imtihan bakal menjelma diri kelak. Tapi, saya macam putus fius. Hilang punca. Kurang dari dua minggu sahaja lagi, saya benar-benar tak ada masa! Setiap hari juga terpaksa ke hulu hilir menyelesaikan pelbagai urusan yang terus memenuhi setiap detik masa yang saya miliki. Allah!
Suara lembut di hujung saya tak jerih memberi kata-kata inspirasi..' Angah... Bila diri rasa betul-betul tak mampu nak buat apa yang kita betul-betul nak, pada waktu tu, kita kena tahu bahawa Allah saja yang mampu bantu kita. Kan? Baca ayat 1000 dinar dan setiap pagi sedekahkan al-fatihah untuk ibu abah, okay.
Ternyata nasihat ibu memang terkesan di hati. Pagi itu juga saya amalkan dan hasilnya begitu menakjubkan. Sepanjang kelas saya mampu fokus dan Allah sentiasa memudahkan saya. Murah rezeki pun ya jugak. Pergi kedai beli barang, terus je dapat diskaun. MasyaAllah.. !
Begitulah rutin saya setiap pagi apabila mula sahaja sem 2 ini. Awal pagi keluar, call ibu dan buat sesi curhat sambil berjalan kaki lebih kurang 15 minit sebelum sampai ke mujamma' Sheikh Khalil untuk naik bas ke universiti.
Rutin yang menenangkan. Setiap pagi dapat taujihat dan doa dari si dia tersayang. Nikmat yang jarang-jarang dimiliki orang. Saya cuma berjauhan dengan ibu kerana terpisah dek jarak berjuta-juta inci. Ada orang yang terpisah dengan ibunya dek alam yang berbeza.
Syukurlah. Aku masih punya ibu di dunia ini.
Terima kasih ibu!
Comments