Skip to main content

Dari PR Aku Bermula...

(Disklemor : Post ini akan menggunakan perkataan 'aku' untuk menggantikan perkataan 'saya'. Kata penulis, dia nak rasa lebih zuuk bila menulis pengalaman sendiri menggunakan perkataan 'aku'. Tak kisahlah 'aku' 'saya' atau 'ana', hampa bacalah dengan penuh chenta sebab serius artikel ni ditulis dengan perasaan chenta yang menggebu macam bulu arnab kat rumah Mak Cik Leha..)

.

PR. Dulu tak kenal pun siapa makhluk ni.

Dua tahun lalu. Selepas direject dalam interview untuk apply unit multimedia persatuan, PR datang melamar aku.

Dalam riang dalam gembira, terlepas segala sedih dan putus asa. Aku berkhidmat dalam PR sebagai kanak-2 riang yang baru belajar nak create poster yang lebih berkualiti dari sebelumnya. Sendirian tanpa bimbingan. Begitu bersungguh-sungguh aku buat kerja sebab terlalu rindu dengan kerja-2 multimedia yang aku pernah pegang pada zaman sekolah dulu.

Aku tak pandai Photoshop. Yang aku tahu, Photoscape dan Power Point je untuk buat poster. Ini mungkin menjadi sebab konkrit kenapa aku tak layak untuk pegang multimedia persatuan.

PR. Dia yang kenalkan aku dengan Photoshop. Lepas aku berkenalan, aku teroka sendirian photoshop . Tekan. Tekan. Setiap poster PR aku jadikan bahan eksperimen dan tempat aku belajar . Hasil uji kaji aku nilai melalui komen orang terhadap poster yang aku buat.

Lama berkhidmat dalam PR, aku terjatuh chenta. Tak sanggup rasa nak tinggalkan PR. Lubuk pahala. Setiap poster yang aku hasilkan untuk ajak orang ke majlis ilmu atau poster yang memberi kefahaman tentang Islam, aku selalu niatkan ia sebagai saham pahala aku. Ironinya, aku hanya bikin poster mengajak orang tapi Aku tak mampu pun nak join majlis-2 ilmu tu sebab lokasi rumah dulu yang jauh dan tak ada teman nak bersama.

Di Pustel, masa meeting 2nd last sebelum meeting muhasabah, aku dah gelisah. Pengerusi PR cakap ini meeting 2nd last. Lepas habis meeting muhasabah, habislah kerja aku dalam PR. Pedih macam kena siat dengan pedang samurai je bila aku dengar stetmen tu.

Tak sanggup.

Aku tak nak lepaskan PR sebab aku sayang PR. Banyak aku belajar dari PR. PR laluan pertama ketika diri baru nak merangkak dalam dunia kepimpinan dan multimedia.

Akhirnya, aku tekad. Aku apply nak bawa PR persatuan dan Allah memudahkan niat aku.

Itu cerita setahun lalu.

Kini,setahun dah berakhir.
Cepat sangat masa berlalu.
Macam air yang keluar dari paip yang bocor. Laju.

Dalam gembira terselit duka.
Bahu ringan sedikit selepas berjaya habiskan satu sesi memimpin PR. Tapi sebak yang datang lagi banyak menyerbu.

Mungkin aku bakal rindukan team PR sesi ini sebagaimana rindu menebal untuk kembali duduk dalam meeting team PR sebelumnya.

Aneh.

Sebenarnya, yang aku rindukan itu bukan meeting. Tapi, yang aku rindukan itu adalah suasana yang telah berjaya membina diri aku untuk menjadi lebih bijak memimpin diri sendiri.

Setahun itu, ceritanya sangat panjang. Sebaik mungkin aku karang cerita ini dengan penuh amanah dan komitmen yang tinggi agar bila dah sampai ke muka surat akhir, aku tidak rasa ragu dan takut. Dan paling penting, aku tak akan kechewa walau cerita ini tak dipublish di mana-2 dimensi kerana aku tahu aku dah cuba sebaik mungkin dengan daya usaha kecil yang aku punya.

Hanya pintaku, moga Allah redha.
Moga Allah terima. Moga Allah jadikan amal ini pembantuku di dunia satu lagi setelah aku tinggalkan dunia yang fana ini.

Team PR 15/16, selamanya di hati. Takkan pernah luput dari ingatan selagi hayat dikandung badan.
Bakal merindui suasana meeting kita yang meriah. Bakal merindui logo PR yang aku bikin sendiri untuk PR sesi ini. :'(

Semoga Allah balas jasa antum yang telah menjadi kaki dan tangan aku yang lemah dan marhaen ini sekaligus menjadi jantung PR yang terus istiqomah mengepam tenaga selama 12 bulan.

JazakumuLlahu kheir.

'Jiwa Ukhrawi, Mardhatillah Menanti'

Comments

Popular posts from this blog

Tips Menjadi Moderator Forum

Tips Menjadi Moderator Forum =) Siapa kata hanya orang yang berpengalaman sahaja yang boleh menerjah dalam bidang pengucapan awam atau pengacaraan dan mampu perform dengan penuh bergaya bagai pengacara terkemuka donia? Sebenarnya, kalau tak ada pengalaman pon anda boleh melakukannya ! Asalkan, kita tahu cara. :) Ketahuilah bahawa orang yang dikatakan berpengalaman juga sebenarnya pernah berada di posisi 'beginner' . Mereka bermula dari 'zero' dan kini baru diberi kesempatan untuk bergelar 'hero' Saya sendiri sangat meminati bidang pengacaraan sejak di bangku sekolah namun tidak pernah mendapat peluang untuk mengendalikan apa-2 majlis. Apabila sudah berada di alam kampus, peluang untuk menjadi pengerusi majlis atau moderator forum semakin terbuka luas. Saya kagum melihat senior-2 yang begitu berani dan petah berbicara di atas pentas. Ketika saya berada di Tahun Satu, saya blur. Saya memang tak ada keyakinan pon nak mencuba bercakap di khalayak ramai

Coretan Temuduga PROGRAM PERSIJIILAN TAHFIZ DARUL QURAN 2012

Baik .. Pada hari yang Penuh cahaya   bulan bintang  Matahari ini, sukalah saya nak berkongsi cebisan Pengalaman Ketika Temuduga Program Persijilan Tahfiz Darul Quran Sesi 2012 yang dahulu. Pengalaman ini mungkin sedikit tak dan banyak dapat memberikan panduan, pedoman, tips, petua, lampu, pelita dan yang segerombolan dengannya untuk hadek-hadek junior saya yang mempunyai sejuta impian untuk lulus dalam temuduga tersebut. Ingat!  Pengetahuan anda Walaupun Sedikit tentang Temuduga bakal anda yang sangat Penting Hadiri itu untuk Kesihatan dan Jantung buah Pinggang anda Ketika Ditemuduga Nanti!  Ini bagi Mengelakkan Pengeluaran adrenaline yang banyak Terlalu atau yang anda akan Lebih malang Terkhencheng kerana Terlalu Ketaq. Okay. Kalau tanya pada semua orang, mesti majoriti tak akan menggeleng apabila sudah kesempatan untuk menjadi penghafaz Al-Quran. Siapa je yang tak nak peluang belajar di Darul Quran yang mana lepasan pelajarnya semua memiliki hafazan Al-Quran da

♦ Checklist ke Jordan ♦ ►Girls sahaja

Tulisan ini terhasil setelah segala penat lelah, susah payah dan sakit sendi jari saya menaip. Maka, mohon anda semua membaca sehingga ke titik yang terakhir. Terutamanya, KAMU, (Jari telunjuk menuding ke hadapan), orang yang bakal berangkat ke sebahagian dari bumi Syam ini. Harap bermanfaat dan mampu menjadi panduan dan lampu jalan untuk nak buat bajet dan kemas barang nanti. Sebarang soalan, boleh tanya di ruangan komen.  Kalau nak  copy , Highlightkan dan tekan Shift+C. Orait. Bereh. Selamat menyediakan item yang diperlukan. n_n ☺ Baju kurung/Jubah - 7/8 helai Majoriti pelajar di sini akan pakai baru kurung dan jubah. Ikutlah keselesaan dan kebahagiaan jiwa raga tong gas anda untuk memilih pakaian yang sesuai. Yang pastinya biarlah menutup aurat dengan sempurna. Biar warga Malaysia di Jordan lebih 'islamik' pakaiannya dari warga Jordan itu sendiri, Nak beli jubah dekat Jordan pun ok. Tidaklah murah tap