Saya seorang pelajar perubatan. Percaya atau tidak, ini adalah program yang saya setting sebagai destinasi dan hala tuju kerjaya saya di muka bumi ini. Program hidup yang besar yang tak mungkin mudah-mudah saya boleh nak berlepas diri atau give up darinya.
Menjadi doktor, bahagia atau terseksa?
Apa jawapan saya?
Itu ada pada diri anda.
Jika ilmu kedoktoran itu menjadikan anda bermanfaat kepada orang lain,
Jika menjadi orang yang bermanfaat itu bikin anda bahagia,
PASTILAH menjadi doktor itu satu kebahagian yang infiniti dan tak mampu dirasai oleh orang dalam bidang atau kerjaya lainnya.
Jika ilmu kedoktoran itu akan menyediakan peluang untuk anda mengumpul harta dan mencipta nama,
Jika mencipta nama dan menjadi orang yang kaya itu bisa mencetuskan kebahagiaan anda,
PASTILAH menjadi doktor itu satu penyiksaan yang tiada taranya buat anda.
Kerana bidang perubatan bukan bidang yang mudah dan lantaran itu ia digelar bidang kritikal.
Kerana bidang perubatan ini melibatkan masa depan dan hidup orang lain.
Maka persiapan untuk mendapat gelaran doktor perubatan itu adalah sangat penat dan penuh cabaran.
Ilmu yang perlu ditimba bukan sedikit, tetapi banyak. Kerana hakikatnya, seorang doktor itu akan merawat makhluk Allah yang paling unik dalam dunia iaitu manusia. Makhluk yang kompleks. Mana mungkin anda boleh faqeh dalam bidang ini hanya dengan usaha yang picisan dan lebih banyak menonton movie dan sinetron di kaca TV?
Doktor. Di Malaysia.
Seorang pelajar perubatan memerlukan 5 tahun (minima) untuk menamatkan pengajian dalam bidang ini dalam keadaan ILMU PENUH DI DADA. Ia telah digariskan oleh Malaysia Medical Council (MMC). Perlu diketahui bahawa tempoh itu tidak termasuk dengan tempoh anda berjuang di matrikulasi atau kursus A Level,AUSMAT dan STPM. Lama? Ya, nak jadi seorang doktor yang faqeh ilmu perubatan itu tak sedikit masa yang diperlukan. Banyak. Kerana ilmu perubatan itu luas. Bukan hanya bermain dengan organ atau sistem yang besar sahaja.
2 tahun pertama anda akan belajar tentang teori dan sedikit praktikal di dalam makmal. 3 tahun seterusnya adalah fasa klinikal atau praktikal yang mana anda akan berhadapan dengan pesakit sebenar di hospital.
Doktor. Di Jordan.
Memandangkan saya sendiri belajar perubatan di Jordan, maka suka dan gumbira kuasa dua lah saya nak berborak dengan anda sedikit tentang sekolah perubatan di sini. Selepas mengikuti fasa persedian yang sungguh menggembirakan di INTEC selama 3 bulan, saya mula belajar di Jordan University Of Science and Technology di Irbid,Jordan.
Belajar di sini memerlukan 6 tahun atau kurang. 3 tahun pertama, anda akan belajar teori yang mana tahun pertama di semestar pertama adalah pembelajaran subjek asas seperti Biology, Kimia, Fizik dan Bahasa Inggeris. Subjek medik akan mula dipelajari pada semestar kedua. Best !
3 tahun seterusnya barulah anda akan memasuki fasa baru iaitu fasa klinikal yang memenatkan-tapi-lebih-menyeronokkan dari fasa 3 tahun pertama belajar teori.
Belajar di JUST adalah mengikut sistem tubuh badan yang telah ditetapkan Medical Departmen di sini. Yang seronoknya adalah anda hanya perlu ke kuliah atau makmal. Tak ada sebarang assignment yang perlukan dibuat melainkan beberapa laporan mudah dari eksperimen yang dibuat. Peperiksaan semasa fasa belajar teori juga adalah berkomputer dan berbentuk objektif. Berbeza bila belajar di University Of Jordan di Amman. Pembelajaran di sana lebih kompleks dan memerlukan pelaar melakukan penyelidikan tentang isu kesihatan. Tetap di kedua-dua universiti ini ada pro and cont. Pembelajaran di Malaysia mungkin agak sibuk berbeza dengan belajar di Jordan. Tetap sekali lagi saya katakan ia tetap ada baik dan buruknya.
Cabaran?
Belajar perubatan itu sungguh menyeronokkan. Cuma, anda perlu bersedia dengan silibus yang banyak yang perlu dihadam dan difahami dengan baik dalam masa yang singkat. Saya tak maksudkan yang anda hanya memiliki seminggu atau dua minggu untuk proses pembelajaran. Tapi, tetap masa yang ada kadangkala tak cukup pun bagi mereka yang suka membuang masa. Itu memang realiti yang budak tadika pun tahu.
Banyak hafalan yang perlu dilakukan namun ia tidaklah susah. Percayalah. Bila sahaja anda mula membaca dan meneliti satu persatu maklumat yang anda sudah belajar di dalam kelas, anda akan nampak dengan mudah dan akan terhafal secara tidak langsung. Yang penting kena rajin membaca. Masalah pelajar medik yang saya lihat adalah dia tahu ada banyak benda yang kena baca, tapi dia tak peruntukkan masa dengan sebaiknya itu melakukannya. Kesannya? Hanya cukup-cukup makan markah yang diperoleh dalam peperiksaan. Itu bukan masalah yang besar. Tapi masalah yang besar adalah pemahaman yang kurang dan maklumat yang sedikit kesan dari kurang membaca menyebabkan pelajar itu kurang kompeten ketika di fasa klinikal atau di dunia kerjaya ini. Bahaynya bukan pada masa hadapan dia sahaja, malah pesakit pun kemungkinan boleh KO dari waktu jangkaan gara-gara dirawat doktor yang tak cukup ilmu. Menyedihkan, bukan?
Antara cerita yang sangat membius semangat saya untuk belajar betul-betul adalah Code Blue. Jadi doktor yang banyak ilmu tapi haus dengan kemahiran pun belum perfect. Jadi doktor yang kurang ilmu pun lagi tak perfect. Jadi, kena kuasai ilmu dan kemahiran. Itu elemen penting dalam diri seorang doktor.
Peluang Pekerjaan
Wajib bekerja di hospital kerajaan sama ada anda adalah pelajar perubatan yang disepot mamapapa atau disepot rakyat Malaysia (biasiswa). Minima 5 tahun iaitu 2 tahun HO dan 3 tahun MO. Selepas dari tempoh itu, anda boleh memilih sama ada untuk bekerja sebagai MO terus di hospital kerajaan atau hospital swasta. Juga anda boleh memilih untuk menyambung pelajaran dalam bidang yang lebih tinggi. Master, pHD dan lain-lain. Perlu diketahui bahawa proses ini sangat panjang dan banyak prosedur yang perlu dilakukan. Tidak mampu saya terangkan dengan mendalam kerana saya juga belum menempuhnya. Cuma, jika anda rajin membuat aktiviti kaji dan baca, in shaa Allah anada akan dapat lebih banyak maklumat lain.
Kalau tak nak buat HO boleh ke?
Kenapa tak nak HO? Kerana seram akan dimarahi oleh MO, senior HO atau specialist? Jangan risau. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Saya sendiri telah banyak membaca tulisan tentang pengalaman HO di Malaysia yang banyak asam garamnya. Benar, ia tidak mudah dan agak perit. Mencabar minda, fizikal dan iman. Tapi, selalu saya pasakkan dalam diri, andai ada yang berjaya lepas, kenapa aku tidak?
Cuma, jika anda benar-benar tidak berminat untuk mengambil HO, anda boleh memohon untuk menjadi pensyarah dalam bidang perubatan. Tapi, sayangnya anda tidak akan memiliki lesen untuk merawat pesakit.
Layakkan aku Belajar Dalam Bidang Ini?
Dari segi pencapaian, anda memerlukan keputusan yang baik, stret A dan result berkualiti untuk bersaing mendapatkan tajaan kerana bidang perubatan memakan kos yang sangat banyak. Jika anda merupakan anak hartawan yang terkemuka di dunia, tak perlulah anda bersusah hati dan bergurindam lagu sedih kerana anda boleh terus belajar di sekolah perubatan swasta. Cuma, pastikanlah institusi yang anda pilih itu diiktiraf oleh MMC.
Belajar Medik : Terseksa atau Bahagia?
Sampai hari ini saya masih belum mampu nak meletakkan belajar medik ini dalam kotak bahagia atau terseksa. Bahagia itu ya, memang ada. Belajar medik itu sesuatu yang sangat dekat dengan jiwa saya. Begitu saya cinta ilmu ini. Terseksa? Bukanlah sepenuhnya terseksa. Mungkin kerana cabaran ilmu ini yang tidaklah begitu mudah menyebabkan kadang-kala hati merintih pedih. Mujahadah nak menghabiskan bacaan itu sangat susah walaupun kedengaran di telinga macam senang je.
Apa-apa pun, kejayaan tidak akan datang bergolek macam tayar treler tercabut di atas HighWay.
Belajarlah anda dalam bidang apa pun, anda diri tiada iltizam dan juhud yang tinggi, anda diri tandus iman dan malas serta sombong nak memohon kekuatan dari Illahi, selamanya anda tak akan mampu survive dalam bidang itu semua, Kerana hakikal ilmu itu memerlukan jalan-jalan kesungguhan yang tinggi dan semangat jitu melambung ke tahap bima sakti.
Ayuhlah kawan. Kita tajdidkan niat kita. Biar kita tak jadi manusia yang rugi. Yang belajar hanya nak kecap nikmat duniawi. Letakkan target kita bahawa dengan ilmu yang kita pelajari ini, kita mampu hilangkan kejahilan diri, dan mampu memantapkan iman serta rasa khauf dan roja' kita kepada si Dia Pemilik Alam Buana.
Comments