Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2023

"Dari Refund Menjadi Keuntungan."

Encik M meminta saya refund duitnya. "Saya tak tahu macamana. Sebelum jam 3, RM 107 dah ada dalam akaun saya." Tegas sekali mesejnya. Dup dap dup dap je saya baca. Mixed feeling weh, duit akan melayang.  Bila kena refund, saya bukan sahaja kehilangan untung, malah modal juga terbakar. Sebab item dah ditekan dalam sistem. Jadi modal akan jadi "pergi tak kembali". Lebih menyedihkan sebab episod pelanggan kechiwa ini bukan salah saya, tapi salah 3rd party yang menguruskan order ini iaitu runner. Kegagalan utamanya adalah menepati masa penghantaran. Delay lebih 2 jam! Mestilah orang marah kan? Masa itu pedang, kalau awak tak menyainginya, dia akan potong awak. Luka.  Sebagai agen yang berpengalaman, saya sudah hantar kesemua detail dan invois order lebih awal kepada runner tersebut. Ya, belajar dari pengalaman. Bila part kerja kita dah kemas dan tersusun, insyaAllah the rest will be okay. Itulah fikir saya sebab benda ni bawah kawalan diri sendiri. Apa yang kita tak bol

Awan Putih, Langit Biru dan Aku

Setiap kali habis sem, Ini pemandangan yang tak sabar saya nak nikmati Jordan - - > Malaysia Bukan tempoh penerbangan yang singkat!  Berada di sayap pesawat, Tempat duduk paling rapat dengan tingkap, Biru di atas, Awan putih separas mata, Wahh, indah! Mujur Helang tak bisa terbang setinggi pesawat, Kalau tidak mesti saya ada kenangan selfie dengan si eagle berparuh tajam itu. Kehkehkeh Sampai sekarang pun la, Saya suka warna biru dan putih, Ia memberi tenang . Saya jenis yang mudah nak termuntah. Bayangkanlah, 1st time jadi mummy nak muntah tengok Pampers anak sendiri 😂😂 Kerja di hospital, ada pesakit cirit atas lantai sebab diberi ubat sembelit pun kita yang nak termuntah 😂😂 Ada ibu mengandung muntah-muntah masa check up pun kita ikut nak join "beruwek-uwek" sama 😂😂 Tapi kita tahan, Cuba lawan, Dan caranya adalah dengan memandang langit Melihat kebiruan ciptaan bumbung tanpa tiang itu,  Auto otak tenang,  Perhatian otak dialih dari benda yang meloyakan tadi Dulu sam