Encik M meminta saya refund duitnya.
"Saya tak tahu macamana. Sebelum jam 3, RM 107 dah ada dalam akaun saya."
Tegas sekali mesejnya. Dup dap dup dap je saya baca. Mixed feeling weh, duit akan melayang.
Bila kena refund, saya bukan sahaja kehilangan untung, malah modal juga terbakar. Sebab item dah ditekan dalam sistem. Jadi modal akan jadi "pergi tak kembali".
Lebih menyedihkan sebab episod pelanggan kechiwa ini bukan salah saya, tapi salah 3rd party yang menguruskan order ini iaitu runner.
Kegagalan utamanya adalah menepati masa penghantaran. Delay lebih 2 jam! Mestilah orang marah kan?
Masa itu pedang, kalau awak tak menyainginya, dia akan potong awak. Luka.
Sebagai agen yang berpengalaman, saya sudah hantar kesemua detail dan invois order lebih awal kepada runner tersebut.
Ya, belajar dari pengalaman. Bila part kerja kita dah kemas dan tersusun, insyaAllah the rest will be okay. Itulah fikir saya sebab benda ni bawah kawalan diri sendiri.
Apa yang kita tak boleh kawal adalah kerja orang.
Bila runner ni lambat buat penghantaran iaitu sebelum jam 12 Tengahari, penerima yang bekerja sebagai guru ni dah bergegas nak pulang pada jam 1.
Tapi runner menghubunginya pada jam 1.16 Tengahari. Dia diminta untuk tunggu supaya dapat terima barang suprise yang dirancang.
Malangnya runner hanya tiba sejam kemudian dan waktu itu penerima pun sudah pulang.
Apa lagi? Runner pula yang marah kerana penerima tak menunggunya. "Saya kena sidai." Itulah rungutan runner kepada saya. Dia tidak sedar bahawa dia terlebih dahulu dah sidai orang.
What you give, you get back.
Saya tak berkata apa-apa. Sebab isu yang terbesar sekarang adalah En M dah marah kenapa suprise tidak berjalan pada waktu yang dirancang.
Suggestion saya untuk suprise dihantar ke rumah penerima juga terpaksa ditolak kerana penerima akan akan keluar daerah pada hari tu dan tak ada di rumah.
Rasa sesal menyengat hati saya. Bengkak.
En M plan suprise ini sempena Birthday penerima. Dan dia juga ada karang surat kepada penerima untuk mengangkat "bendera perang tamat" disebabkan mereka tengah ada konflik yang belum diselesaikan.
Masalahnya, konflik jadi bertambah rumit sebab suprise tak menjadi dan hajatnya tak disampaikan.
Lagi rumit bila penerima pula hubungi En M mengadu yang runner mendesak nak jumpa untuk hantar suprise padahal beliau harus bergegas ada urusan lebih penting.
Huwaaaa! Runner niii, ai geram. Tapi kena sabar. Tengah puasa.
Saya tak menunggu lama. Terus saja mesej penerima supaya tetap menerima hadiah suprise itu pada keesokkan harinya.
Hajat di hati saya mahu penerima gembira dengan suprise itu. Besar kegembiraan saya kalau penerima dan En M kembali angkat tangan "peace no war."
Alangkah terperanjatnya bila penerima iaitu Cik A balas whatsapp saya, "Esok saya ada di sekolah sampai jam 12 Tengahari. Boleh je time tu. Tapi better CANCEL je la."
Pening saya. Geram pun ada. En M minta refund. Cik A minta cancel.
What I should do now?
Sedangkan set suprise bouquet dan Brownies ni dah ready untuk dihantar, siap dah deco, karangan surat En M pun dah siap dikarang cantik.
Nak berdebat bahawa ini bukan salah saya pun tiada guna. Sebab saya dan runner adalah satu team, jadi pasti pelanggan tetap melihat ia kesalahan saya juga.
Saya surrender dan sedia untuk refund penuh. Mungkin ada sesuatu Tuhan mahu ajar, bisik hati saya.
Saya terus refund RM 107 kepada En M. Satu mesej saya kirim bersama resit refund, "Saya mohon maaf bagi pihak runner dan pasti akan tingkatkan kualiti servis kami."
Saya juga mesej runner. "Hantar juga suprise ni esok sebelum jam 12, pastikan AWAL."
Plan diteruskan.
.
Esoknya Cik A bertalu-talu miss call saya. Tak cukup itu, dia whatsapp sekali. Meriah notification handphone saya naik.
"Salam. Runner otw ke tempat saya. Bukankah awak dah refund semalam pada En M?"
"Waalaikumsalam. Tak apa, ini hadiah, moga ada kebaikan untuk cik dan pasangan"
"Eh..jgn gitu. Kita kan dah settle."
"Tak apa, saya niat sedekah."
"Berapa ya harganya? Saya bayar pada runner ya."
"Harganya percuma. Runner tu saya dah bayarkan." Saya masih mengelat tidak mahu menerima bayaran.
"Jangan gitu cik. Ini modal cik. Cik buat bisnes."
"Jual beli dgn Allah lagi mahal. Hehe. Sy mmg ikhlas nak memberi. Jadi good recipient, jangan tolak tau. Bagi chance saya nak buat pahala 🥰"
Akhirnya dia mengalah.
"Terima kasih cik.. Saya sedekah dengan murid-murid saya ya. Semoga cik dimurahkan rezeki."
Sementara itu En M juga whatsapp saya.
"Cik ter-refund ke akaun bank saya dua kali ke semalam? Sebab kat bank saya naik 2 kali transaction."
Terperanjat saya. Saya segera semak akaun MAE dannn yes! 2 kali refund. Entah macamana benda ni berlaku. Tak pernah jadi. Sampai saya pun tak perasan. Seingat saya hanya sekali saya tekan transaksi ke akaun En M. Pelik!
"Tak apa, satgi saya refund balik."
Amboi, berbalas refund sudah jadinya.
Tak lama kemudian En M hantar resit tranfser berjumlah RM 214.
Aik. Kenapa jadi double weh?! Saya pelik.
"Saya kembalikan refund awak pada saya. Maaf soal semalam. Saya straight sikit bila main dgn masa.. Tingkatkan lagi kauliti service ya. Semoga dipermudahkan urusan dan dimurahkan rezeki 😊"
Tiba-tiba naik pula mesej dari Cik A.
"Saya dah packing Brownies ni dengan Bubur Lambuk. Kebetulan hari ni sekolah buat majlis agihan bubur lambuk. Saya sekalikan dengan Brownies ni, panjangkan sedekah cik dengan murid-murid sekolah. Terima kasih ya, moga cik dimurahkan rezeki."
Allahu, rasa nak nanges! Tak boleh describe feeling masa ni.
Walaupun saya tak dapat pahala jadi si pemberi makan orang berbuka puasa, at least ada 1 lesson terbesar saya dah praktikkan.
Bahagian 3, Bab 10 dalam buku How To Win Friends and Influence People menyatakan " Kita Tidak Boleh Menang dalam Pertelingkahan."
Terima kasih Dale Carnegie!
Tajuk ini telah mengatur tindakan saya dengan lebih matang untuk hadap konflik tadi.
In the end of the day, saya paling happy sebab untung jualan saya dapat, hubungan En M dan Cik A makin bagus, dan saya juga dah jadi pemudah cara mereka berdua dapat bersedekah untuk orang berbuka puasa.
.
Jadi agen suprise delivery, happy tu banyakkkk! Tapi mestilah kadang tu ada juga cerita mendungnya.
Tapi dalam setiap mendung, hujan, kilat atau ribut, kalau kita sabar, insyaAllah akan happy selepas tu sebab ada pelangi yang muncul :,)
Hopefully pada setiap tindakan kita akan memberi kebaikan. Tapisi dengan jika garisan ilmu dan agama, jangan sewenang-wenang hanya tunduk pada emosi.
"Sesungguhnya Aku Sedang Berpuasa"
Qasrus Syuhada
Baca Komen : di sini
Comments