Skip to main content

Awan Putih, Langit Biru dan Aku

Setiap kali habis sem,
Ini pemandangan yang tak sabar saya nak nikmati

Jordan - - > Malaysia
Bukan tempoh penerbangan yang singkat! 

Berada di sayap pesawat,
Tempat duduk paling rapat dengan tingkap,
Biru di atas,
Awan putih separas mata,
Wahh, indah!

Mujur Helang tak bisa terbang setinggi pesawat,

Kalau tidak mesti saya ada kenangan selfie dengan si eagle berparuh tajam itu. Kehkehkeh

Sampai sekarang pun la,
Saya suka warna biru dan putih,
Ia memberi tenang

.

Saya jenis yang mudah nak termuntah.

Bayangkanlah, 1st time jadi mummy nak muntah tengok Pampers anak sendiri 😂😂

Kerja di hospital, ada pesakit cirit atas lantai sebab diberi ubat sembelit pun kita yang nak termuntah 😂😂

Ada ibu mengandung muntah-muntah masa check up pun kita ikut nak join "beruwek-uwek" sama 😂😂

Tapi kita tahan,
Cuba lawan,
Dan caranya adalah dengan memandang langit

Melihat kebiruan ciptaan bumbung tanpa tiang itu, 
Auto otak tenang, 
Perhatian otak dialih dari benda yang meloyakan tadi

Dulu sampai sekarang,
Begitulah cara saya "menenangkan" diri sendiri

Sekarang, Lebih better.
Setakat basuh berak muntah anak dah jadi bread and butter

Dan asbab mudah nak termuntah ni lah saya jadi seorang yang pembersih

Benda benda kotor saya takkan biar lama,
Akan terus dihapus dan dibersihkan

.

Biru dan putih,
Pemandangan yang sentiasa saya rindukan,
Memori yang paling saya cinta

Entah bila dapat melihat kembali secara "live" pemandangan cantik ini

Saya pun tak tahu
Tiada siapa yang tahu

Sebab itu kalau anda kaya,
Sponsor la saya naik flight dari Kedah nakpi KL

Barangkali kali ini saya akan berselfie dengan tiket pemberian anda itu berlatar belakangkan pemandangan putih biru

Ahah! Moga, bisa terbang lagi 💖

Comments

Popular posts from this blog

Tips Menjadi Moderator Forum

Tips Menjadi Moderator Forum =) Siapa kata hanya orang yang berpengalaman sahaja yang boleh menerjah dalam bidang pengucapan awam atau pengacaraan dan mampu perform dengan penuh bergaya bagai pengacara terkemuka donia? Sebenarnya, kalau tak ada pengalaman pon anda boleh melakukannya ! Asalkan, kita tahu cara. :) Ketahuilah bahawa orang yang dikatakan berpengalaman juga sebenarnya pernah berada di posisi 'beginner' . Mereka bermula dari 'zero' dan kini baru diberi kesempatan untuk bergelar 'hero' Saya sendiri sangat meminati bidang pengacaraan sejak di bangku sekolah namun tidak pernah mendapat peluang untuk mengendalikan apa-2 majlis. Apabila sudah berada di alam kampus, peluang untuk menjadi pengerusi majlis atau moderator forum semakin terbuka luas. Saya kagum melihat senior-2 yang begitu berani dan petah berbicara di atas pentas. Ketika saya berada di Tahun Satu, saya blur. Saya memang tak ada keyakinan pon nak mencuba bercakap di khalayak ramai...

♦ Checklist ke Jordan ♦ ►Girls sahaja

Tulisan ini terhasil setelah segala penat lelah, susah payah dan sakit sendi jari saya menaip. Maka, mohon anda semua membaca sehingga ke titik yang terakhir. Terutamanya, KAMU, (Jari telunjuk menuding ke hadapan), orang yang bakal berangkat ke sebahagian dari bumi Syam ini. Harap bermanfaat dan mampu menjadi panduan dan lampu jalan untuk nak buat bajet dan kemas barang nanti. Sebarang soalan, boleh tanya di ruangan komen.  Kalau nak  copy , Highlightkan dan tekan Shift+C. Orait. Bereh. Selamat menyediakan item yang diperlukan. n_n ☺ Baju kurung/Jubah - 7/8 helai Majoriti pelajar di sini akan pakai baru kurung dan jubah. Ikutlah keselesaan dan kebahagiaan jiwa raga tong gas anda untuk memilih pakaian yang sesuai. Yang pastinya biarlah menutup aurat dengan sempurna. Biar warga Malaysia di Jordan lebih 'islamik' pakaiannya dari warga Jordan itu sendiri, Nak beli jubah dekat Jordan pun ok. Tidaklah murah ta...

Panduan Lulus Temuduga Biasiswa

Anda mungkin sedang tercari-cari biasiswa untuk menyambung pelajaran anda. Mungking juga anda telah menerima jemputan untuk menghadiri temuduga untuk biasiswa tajaan kerajaan terutamanya MARA. Menghadapi temuduga terutama kepada anda yang baru pertama kali pastinya sesuatu yang mengelisahkan anda. Di sini saya ingin mengongsikan berberapa panduan atau tips untuk mendapatkan biasiswa khususnya kepada pelajar yang mahu melanjutkan pelajaran dan memerlukan bantuan kewangan terutama daripada biasiswa kerajaan. Tips ini adalah hasil daripada beberapa orang kawan dan atas pengalaman diri sendiri. Justeru tips ini lebih menjurumus kepada biasiswa MARA memandangkan ianya lebih kepada kaum bumiputera. Berikut antara nasihat dan panduan saya kepada anda. Khusus kepada pelajar yang akan ditemuduga oleh MARA secara individu, namun boleh juga kepada pembaca yang lain untuk pengetahuan tambahan. Bawa Kelainan Contohnya, bidang kedoktoran. Mestilah kena bersedia deng...