Skip to main content

Setelah 25 Bulan Menjadi Ibu

Ini cerita tentang kamu — anakku

2 tahun yang lalu,
Kukendong kamu yang beratnya mencecah 3.4kg,
Kakimu kuat menendang lagaknya sa-orang Adiwira,
Alismu cantik terlihat meski kau masih bayi yang kemerah-merahan,
Suaramu nyaring, merdu kudengar bak muzik paling top dalam dunia

Kini,
"kg" dah bertambah
"cm" makin tinggi

Fizikal kamu berubah sekelip mata,
Hingga sedar-sedar kau sudah boleh bertutur kata

Telah 25 bulan kau kujaga
Tanpa tewas walau 1 malam. 
Ya, 24 jam waktumu indah bersama kehadiran sa-orang ibu,
Minumanmu adalah susu yang paling natural tanpa gula tambahan, 
Kau sungguh bertuah!

Melihat kamu tumbuh besar,
Hari ke hari dengan masa yang bergolek perlahan,

Ku sedar satu perkara,
Tidak hanya fizikalmu mendewasa,
Malah akal fikirmu seriring sejalan jua

Kamu sudah pintar mengajuk kata,
Walaupun nafas masih pendek, tapi sering saja kamu berusaha menutur ayat kompleks yang belum sesuai dengan usiamu
Aduh kelakar!

Dan kupikir
Tanggungjawab makin memberat di pundak
Untuk kau kuasuh dengan nilai murni dan adab sopan ketimuran
Dan untuk menyuburkan cinta pada agama dan ketuhanan

Jelas sekali dunia hari ni penuh kebobrokan,
Tidak hanya di segi empat tepat berskrin putih itu,
Malah di dunia fizikal juga banyak anasir busuk membebas pengaruh

Seram untuk kupikir
Bagaimana suatu saat mahu kulepas kamu bebas atas nama sebuah "pendidikan",
Bagaimana suatu hari hendak kubiar kamu bergaul untuk memberi kenal akan warna-warni dunia

Sedang dalam kepunganku juga banyak kali negativiti yang terlepas muncul
Lelah kujaga,
Hingga terasa tidak cukup waktu yang ada

Hanya doa menjadi kekuatan seorang ibu,
Tidak lepas walau sekali kudoakan kamu di setiap sujudku, 

Moga ibu tiada penat mahu terus mendoakan kamu,
Selagi hayat dikandung badan

Hanya satu kau kuhajati,
Moga kau—

Menjadi "qurratal a'yun" buat umi baba,

Juga hamba الله yang taqarrub dengan-Nya, mencintai segala sunnah kekasih-Nya, menjauhi hal-hal syubhah dan haram dalam dunia

Daku bukan ibu sempurna,
Tapi tetap kurasa punya hak
Untuk mendamba cahaya mata soleh/ah

Kerna anak soleh—
Doanya akan menjadi tali syafaat
Untuk orang tuanya di alam abadi sana

.

Qasrus Syuhada

Comments

Popular posts from this blog

Tips Menjadi Moderator Forum

Tips Menjadi Moderator Forum =) Siapa kata hanya orang yang berpengalaman sahaja yang boleh menerjah dalam bidang pengucapan awam atau pengacaraan dan mampu perform dengan penuh bergaya bagai pengacara terkemuka donia? Sebenarnya, kalau tak ada pengalaman pon anda boleh melakukannya ! Asalkan, kita tahu cara. :) Ketahuilah bahawa orang yang dikatakan berpengalaman juga sebenarnya pernah berada di posisi 'beginner' . Mereka bermula dari 'zero' dan kini baru diberi kesempatan untuk bergelar 'hero' Saya sendiri sangat meminati bidang pengacaraan sejak di bangku sekolah namun tidak pernah mendapat peluang untuk mengendalikan apa-2 majlis. Apabila sudah berada di alam kampus, peluang untuk menjadi pengerusi majlis atau moderator forum semakin terbuka luas. Saya kagum melihat senior-2 yang begitu berani dan petah berbicara di atas pentas. Ketika saya berada di Tahun Satu, saya blur. Saya memang tak ada keyakinan pon nak mencuba bercakap di khalayak ramai

Coretan Temuduga PROGRAM PERSIJIILAN TAHFIZ DARUL QURAN 2012

Baik .. Pada hari yang Penuh cahaya   bulan bintang  Matahari ini, sukalah saya nak berkongsi cebisan Pengalaman Ketika Temuduga Program Persijilan Tahfiz Darul Quran Sesi 2012 yang dahulu. Pengalaman ini mungkin sedikit tak dan banyak dapat memberikan panduan, pedoman, tips, petua, lampu, pelita dan yang segerombolan dengannya untuk hadek-hadek junior saya yang mempunyai sejuta impian untuk lulus dalam temuduga tersebut. Ingat!  Pengetahuan anda Walaupun Sedikit tentang Temuduga bakal anda yang sangat Penting Hadiri itu untuk Kesihatan dan Jantung buah Pinggang anda Ketika Ditemuduga Nanti!  Ini bagi Mengelakkan Pengeluaran adrenaline yang banyak Terlalu atau yang anda akan Lebih malang Terkhencheng kerana Terlalu Ketaq. Okay. Kalau tanya pada semua orang, mesti majoriti tak akan menggeleng apabila sudah kesempatan untuk menjadi penghafaz Al-Quran. Siapa je yang tak nak peluang belajar di Darul Quran yang mana lepasan pelajarnya semua memiliki hafazan Al-Quran da

♦ Checklist ke Jordan ♦ ►Girls sahaja

Tulisan ini terhasil setelah segala penat lelah, susah payah dan sakit sendi jari saya menaip. Maka, mohon anda semua membaca sehingga ke titik yang terakhir. Terutamanya, KAMU, (Jari telunjuk menuding ke hadapan), orang yang bakal berangkat ke sebahagian dari bumi Syam ini. Harap bermanfaat dan mampu menjadi panduan dan lampu jalan untuk nak buat bajet dan kemas barang nanti. Sebarang soalan, boleh tanya di ruangan komen.  Kalau nak  copy , Highlightkan dan tekan Shift+C. Orait. Bereh. Selamat menyediakan item yang diperlukan. n_n ☺ Baju kurung/Jubah - 7/8 helai Majoriti pelajar di sini akan pakai baru kurung dan jubah. Ikutlah keselesaan dan kebahagiaan jiwa raga tong gas anda untuk memilih pakaian yang sesuai. Yang pastinya biarlah menutup aurat dengan sempurna. Biar warga Malaysia di Jordan lebih 'islamik' pakaiannya dari warga Jordan itu sendiri, Nak beli jubah dekat Jordan pun ok. Tidaklah murah tap