Hari kedua misi #weanoff anak. Berjaya!
Pagi-pagi dia jaga,
Tiada lagi ungkapan "nak mam"
No breastfeeding dah..
Syukur!
Tadi masih mamai. Al maklum baru bangun tidur jam 4 pagi. Dia pun terjaga. Nyaris saya nak bagi susu badan untuk tidurkan dia semula. Gulp!
Nasib la kita tersedar awal dan sempat tarik break, alhamdulillah anak faham.
Tidur siang ini pun hanya minta diriba, dan terus dia plop!, lompat ke alam mimpi. Tak gaduh gusti nak susu botol apatah lagi susu badan
"Lassttttt ja"
Dia pujuk? Yaah mesti la. Tapi hati kena kental umi! Melting? Ada la sikit. Kesian, hm jangan ditanya.. Sob3
You know?
Sebagai ibu yang menyusu penuh anak secara direct, emosi saya sendiri "sakit" untuk wean off anak.
Yer la, tubuh dia hari ni membesar dengan jayanya kerana hari-hari minum susu ibunya. Emotional strongly attached lol
Dulu masa "baru" dapat anak, tak peduli langsung wean off, potty train, asingkan tempat tidur anak, blw yada yada
Bila anak makin pintar, yesss, ilmu-ilmu ni sangat penting.
Sebelum kahwin langsung tak tahu dan tak ambil tahu. Bayangkanlah. Tapi by time, by phase, kita belajar berperingkat sesuai dengan event semasa dalam hidup.
Harus berterima kasih kepada anak sulung, sebab dia membuka laluan ilmu baru untuk kita terokai.
Remember?
Im a first time m
Banyak nak explore lagi.
Dulu lepas baru kahwin, dah rasa banyak belajar benda baru.
Alamak, rupanya start je mengandung lagi banyak benda baru nak kena tahu.
Lepas beranak? Betapa banyak pulak experience baru kena redah.
Pantang? Anak kuning? Anak demam? Anak tidur tak menentu? Anak kembung? Baju anak size tak cukup? Anak anak anak...
Aaaaaa, begini rupanya dunia orang dewasa. Shulit~ 😂
Dulu penulisan saya banyak tertumpu kepada soal hati, hubungan dan apa-apa yang relate dengan pemikiran seorang gadis bujang.
Sekarang, siap la korang kena hadap post saya tentang fasa hidup saya sekarang.
Suami, anak, suami, anak
Dua puluh, tiga puluh tahun lagi,
Dengar la cerita kita main dengan cucu pulak kehkehkeh
Qasrus Syuhada
Im a proud housewife! 🥰
19 Jun 2023
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid027nDZQXVPy76dQAAoEUFHsbL3Xtvyi4x97qvWczsZtLkgBjrZnQZVCqxt2ARpNeVQl&id=100009749018515&mibextid=Nif5oz
Comments