Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2023

3 Benda Ibu Jangan Buat Bila Anak Tantrum

"Diammm! Diamm! Diammm!" Haa begitu laungan seorang ibu yang dah bertukar jadi hulk Mujur warna kulit saja tak berubah hijau katak. Ghisau! Memang mencabar ya. Bila anak memekik tangis, Kita pulak badan dah letih; Baru balik kerja la, Baru habis memasak dan kemas rumah la.. So, bila anak bawah umur 6 tahun sedang beremosi, tantrum dan meraung bagai terkejut melihat pontianak naik motosikal bapak dia, apa seorang ibu nak buat? . ❌ Jangan membebel! Membazir air liur tau educate anak pom pang pon pang masa dia tengah panas. Lebih baik jimatkan air liur itu, boleh guna nanti untuk berzikir. Hoho Anak kecil tak boleh terima dah kata-kata anda. Sebab emosi lebih berkuasa waktu itu. Kena pilih waktu yang tenang kalau nak mengajar dan menasihati.  ❌ Bagi arahan! No la! Bayangkan seorang manusia disiram air teh ais tengah-tengah pasaraya. Dia pakai baju putih bak telekung plak tu. Lepaa tu anda bagi arahan suruh dia angkat peace tegak-tegak sebab nak ajak dia selfie untuk diviralkan d

' Ratu Tak Tenggelam ' — Jessop Penumpang Kapal Titanic Yang Terselamat

Nama sebenarnya, Violet Jessop. Ketika kanak-kanak, doktor pernah cakap dia hanya mampu hidup beberapa bulan sahaja lagi. Sebab dia menderita sakit TB. Keajaiban berlaku. Jessop survive. Dia buktikan dia aneh dan kuat semangat! Selepas kematian ayah pada usianya 16 tahun, Jessop berhijrah ke Eropah dan kerja sebagai pramugari pada tahun 1911. Bukan pramugari dalam badan pesawat yang terbang membelah awan Nano tau.  Jessop berkerja atas kapal. Jobskop kerja yang serupa macam pramugari atas udara buat.  Kali pertama Jessop kerja di syarikat Perkapalan Mewah under Company White Star, beliau melalui tragedi pertama yang dahsyat.  Kapal RMS Olympic yang dinaiki Jessop berlanggar dengan Cruises British di atas laut.  Apa yang berlaku?  Akibat pelanggaran itu menyebabkan badan kapal pecah hingga terbentuk 2 lubang besar yang lebih besar dari lobang hidung Mr Bean. Air laut pun dengan riang gumbiraaa masuk menjadi tetamu baru dalam kapal RMS Olympic itu. Emergency!  Mujurlah dalam

5 Sebab Kenapa Hidup Terasa Teruk Walaupun Pada Hari Yang Berbeza

1. Dunia Terlalu Bising Hingga Kita Terlupa Nak Menyentuh Emosi Sendiri Sekat masa selama 30 minit. Buat sesuatu yang bagi 'fun', 'enjoy' dan 'relax' pada diri ✅ Baca buku ✅ Bersiar-siar ✅ Telefon Kawan ✅ Mandi 2. Diri Kita Sunyi Dari Cabaran Bila rasa bosan, mungkin otak sedang #mandom. Benda ni jadi bika kita berhenti belajar benda baru. ✅ Daftar kelas ✅ Dengar Podcast ✅ Join Seminar Online ✅ Rancang Temu Bual Yang Berilmiah 3. Terasa Makna Hidup Makin Pudar Kajian menunjukkan kalau kita ada target untuk sesuatu kerja, kita akan rasa lebih semangat, ceria dan fokus. ✅ Buat work out 3 kali seminggu ✅ Kurangkan pengambilan Kafein ✅ Baca buku baru setiap bulan ✅ Setiap hari harus puji diri sendiri 4. Tak Ada Langsung Masa Nak Healing Peluang nak healing tak selalu berlaku spontan. Kita memang kena rancang. ✅ Ajak keluarga makan malam kat tempat special ✅ Pergi perpustakaan atau shopping mall seorang diri ✅ Pergi kenduri kahwin orang dan makan dengan bahagia 5. Ta

Tak Perlu Cerita Semua Susahmu.

Semua orang pun ada kisah tak best yang jadi Tapi tak perlu cerita semua, Sebab energy yang terhasil tu tak best You buat kali pertama, Orang boleh sabar Kali kedua, Orang cuba sabar Kali ketiga, Ahh malaih la dia ni. Asyik share benda negatif, mood marah dan mengumpat Unfollow. Remove Friend. Delete Friend. Haa gitu ya impact dia. Sebab itu peranan kita ni kena jelas Tajdid niat, Dalam apa pun benda yang kita nak buat, Your intention first, must put الله as number one. So nak hapdate story, ingat kerana Allah. So nak hapdate status, ingat kerana Allah So nak hapdate Reel, ingat kerana Allah. Bila kita jadikan Allah asbab untuk semua perkara yang kita nak buat, Kita akan jadikan status kita tu ada pesan dan mesej dakwah Kita akan pilih perkara yang baik dan maksud yang menenangkan supaya jadi healing pada reader yang bermasalah Kita akan buatkan orang tertarik nak follow rapat kita sebab setiap yang kita share ada value, ada new knowledge ada energy Positif yang kita alirkan Ya tahu je

Sedekah RM 100 Setiap Hari, Usahawan Borong Emas 5 Angka

"Sehari RM 100 saya autodeduct ke pusat zakat." My jaw dropped. Walaweh! Serius arrr. Dahsyat ya bersedekah setiap hari dengan amount yang banyak ini. Kita duk heboh RM 100 pun belum dapat penuhkan 1 troli. Tapi ada insan yang dalam diam dengan RM 100 dia tak berjoli, tapi dia asingkan dan diberi pada orang sebagai belanja di jalan Tuhan. "Dah Istiqomah buat macam ni 180 hari. Non stop." Beliau baru habis shopping Emas di Habib Jewels.  Semua kos belian emas hari tu saja mencecah 5 angka. MasyaAllah TabarakaLlah . Kita serap kejayaan orang lain. Dalam rezekinya, ada sebab kenapa Allah gandakan. Cemburu? Ya, jom cemburu! Sebab dia bersedekah lebih.  Cemburu itu dibenarkan. Dalam urusan agama. Jika dia bersedekah lebih dari kita. Ya, harus kita cemburu. Jika dia solat solat lebih banyak rakaatnya dari kita, Ya, harus kita cemburu Jika dia puasa Isnin Khamis tak pernah skip sepanjang tahun, Ya, harus kita cemburu Jangan dicemburu pada harta orang, Sebab rezeki itu pemb

Membaca Kunci Hidup Yang 'Exciting'

Cara nak rasa exciting dan bestnya dengan hidup you? TIPSnya as easy as ABCDEFG je tau! Semua orang boleh buat. Serius ni. You kena,  Inject benda baru.  Bukan inject vaksin,  Bukan telan ubat, Bukan baham segala bagai suppliment untuk jemput rasa seronok dalam life.  Hanya perlu inject DATA BARU ke dalam otak setiap hari. Suap banyak-banyak pun tak apa.  Bosan sangat ada hari yang kita tak ada apa-apa input baru masuk ke otak.  How to put new data? Reading la. Bacalah. Iqra' Inilah benda paling senang nak inject happiness, Just read - anything topik yang you like. Suka financial? Cari 50 buku kewangan; financial management, financial risk, buku-buku yang ditulis oleh sifu kewangan. Selak semua.  Suka baking / cooking? Cari 50 buku pasal masakan; resepi, tips dan petua di dapur, buku-buku yang ditulis oleh chef terkenal. Cari, ada banyak. Suka bisnes? Cari 50 buku pasal selling; apa itu proses membeli dan menjual, tentang marketing, tentang psikologi manusia, tentang keadaan ekonom

Tangguh Buat Baik, Rezeki Akan Hilang

Di bahu kanannya tergalas plastik besar terisi bungkusan keropok. Sesekali langkah terhenti. Nak imbang badan. Tangan pegang sebungkus Air Teh O Ais Ikat tepi Ya, panas sangat cuaca. Matahari rembang. Memang bikin tsunami peluh seluruh badan. Bahu kirinya menggalas plastik yang sama saiz dengan yang pertama, cuma isinya berbeza. Ada jubah putih dan kopiah, barangkali buat gantian baju untuk solat. Jauh orangnya, dari Grik. Bawa keropok nak cari rezeki jual di Padang Serai, Kedah. Keropok sebungkus RM 5. Katanya boleh la untung RM 1.50 Nak habis 1 plastik besar tu, Tak sampai RM 50 pun boleh dapat sehari kan. Adik hulur sekeping duit RM 10. Mulut tak henti bertanya itu ini Dua bungkus keropok dah bertukar milik. Keropok rangup original dan keropok bersalut perisa pedas. Aku dalam kereta masih perhati mereka berdua. Tiba-tiba adik keluarkan lagi sekeping duit. Kali ini yang aku lihat bernilai RM 50 Terus dihulur kepada si penjual berkopiah dan berselipar itu. Buntang matanya, tidak perca

Mula Kembali Habit Membaca

Dulu saya Tokoh Nilam, Masa darjah 4 Setiap peringkat umur hingga ke angka 12 tahun, Saya pulun baca buku dan tulis resensi buku, Sebab nak jadi Tokoh Nilam peringkat sekolah Saya rasa, ia begitu worth it. Satu kepuasan level payah nak habaq nikmatnya macamana. Tapi, bila umur hit 20-an, Nak baca rasa takdak masa, Rasa sangat busy dan 24 jam seolah tak cukup langsung! Itulah kesilapan terbesar saya! 10 tahun lepas, saya telah hilang momentum untuk menyelak halaman buku dan membaca SETIAP HARI Jadi diri stagnant, Ilmu tak berkembang laju, Hanya dari cakap-cakap orang sekeliling menjadi wadah ilmu Serius, takkan cukup Bacalah. Anda tak akan menyesal dengan habit membaca setiap hari. Ia ada kesan luar biasa, Yang buat, akan dapat. Yang masih menunggu tiba waktu sesuai, Barangkali hingga kain kafan membalut tubuh jugak anda takkan temui waktu paling sesuai. Buat sekarang Saya sudah mula kembali, Anda bila? Qasrus Syuhada