Skip to main content

' Ratu Tak Tenggelam ' — Jessop Penumpang Kapal Titanic Yang Terselamat

Nama sebenarnya, Violet Jessop.

Ketika kanak-kanak, doktor pernah cakap dia hanya mampu hidup beberapa bulan sahaja lagi. Sebab dia menderita sakit TB.

Keajaiban berlaku. Jessop survive. Dia buktikan dia aneh dan kuat semangat!

Selepas kematian ayah pada usianya 16 tahun, Jessop berhijrah ke Eropah dan kerja sebagai pramugari pada tahun 1911.

Bukan pramugari dalam badan pesawat yang terbang membelah awan Nano tau. 

Jessop berkerja atas kapal. Jobskop kerja yang serupa macam pramugari atas udara buat. 

Kali pertama Jessop kerja di syarikat Perkapalan Mewah under Company White Star, beliau melalui tragedi pertama yang dahsyat. 

Kapal RMS Olympic yang dinaiki Jessop berlanggar dengan Cruises British di atas laut. 

Apa yang berlaku? 

Akibat pelanggaran itu menyebabkan badan kapal pecah hingga terbentuk 2 lubang besar yang lebih besar dari lobang hidung Mr Bean. Air laut pun dengan riang gumbiraaa masuk menjadi tetamu baru dalam kapal RMS Olympic itu. Emergency! 

Mujurlah dalam peristiwa itu tak ada yang terkorban.

RMS Olympic terpaksa batal belayar. Kapal kembali ke darat dan melalui proses baik pulih major yang cukup lama.

Kisah pelanggaran RMS Olympic dan Bristish Cruise anda boleh baca di sini : https://medium.com/focus-on-history/the-story-of-titanics-unsinkable-sister-24c0a2a6ffbb


Setahun selepas itu, Jessop masih belum insof. 

Pada 1912, Jessop ikut member dari Kapal Olympic untuk kerja di Kapal Titanic pula.

Titanic ; Kapal Terbesar and so-called 'Paling Selamat'.

4 hari selepas Titanic berlayar ke lautan yang terbentang seluas alam, waktu sebelum tengah malam pada 14 April 1912 menjelma, berlaku lagi tragedi ngeri kedua dalam hidup Jessop. 

Titanic terlanggar satu ketulan ais! 

Iceberg ni besar tau kawan. Ia bukan macam saiz ais dalam cawan Teh Ais anda tau. 

What happen next?

Air melimpah masuk kapal wehh! Lagi meriah dari kejadian air masuk kapal RMS Olympic dulu. 

Hanya beberapa jam sebelum kapal Titanic tenggelam, Jessop sempat masuk ke Lifeboat 16.

‘Here, Miss Jessop. Look after this baby.’ 

Seorang petugas tergesa-gesa passing seorang bayi comel kepada Jessop sebaik saja dia selamat masuk dalam lifeboat tadi. 

Tak tahu bayi siapa. Barangkali petugas itu terjumpa atas Kapal Titanic tanpa sang penjaga. Mujur sempat diselamatkan! 

Tepat jam 2.20 pagi, Jessop dan 711 penumpang yang selamat menyaksikan dengan mata kepala mereka sendiri bagaimana Titanic tenggelam ke dasar laut. Hilang dalam kegelapan. 

Mereka hanya berserah nasib. Menunggu di tengah lautan yang mengganas. Dalam sejuk. Dalam risau. Dalam trauma.

Jessop masih mengendong bayi kecil dipangkuannya. Cuma diberi keselamatan kepada tubuh lemah itu. 

Tidak semena-mena datang seorang wanita terus merebut bayi itu. Tak cakap banyak, dia terus bawa bayi itu bersamanya. 

Terkejut jugak Jessop. Ingat main rebut anak patung ke? Dah la tak bagi salam. 

Rupanya baru Jessop tahu bahawa wanita itulah ibu si bayi tadi. Beliau tinggalkan kejap anak dia atas deck kapal sebab nak ambil sesuatu. Tak sangka berlaku situasi cemas akibat rempuhan iceberg. Bila dia kembali ke tempat anaknya ditinggalkan itu, anak dah hilang! Panik lerr

Imagine perasaan perempuan itu bila jumpa balik bayinya yang disangka telah karam bersama jasad kapal gergasi Titanic.

Kesyukuran tidak terungkaplah yang pastinya :,) 

8 jam selepas terumbang-ambing dalam lifeboat, barulah datang pasukan keselamatan memberi 'nyawa' baru kepada penumbang Kapal Titanic yang terselamat. Syukur. 


Kapal terbesar dan paling selamat di dunia dah pun tenggelam disaksikan Jessop. 

Tapi itu tak mematahkan semangat Jessop. 

Dua tahun selepas peristiwa tenggelamnya kapal Titanic, berlaku Perang Dunia Pertama. 

Jessop menyertai pula Bristish Red Cross sebagai jururawat sukarela. Tugasnya untuk merawat para tentera yang tercedera. 

Kali ini beliau belayar di atas kapal HMHS Britannic. Kapal ini ada beberapa ciri keselamatan yang kapal Titanic tak ada. Ok, lebih selamat fikirnya. 

21 November 1916, HMHS Britannic tiba-tiba meledak kuat gara-gara terlanggar periuk api di tengah laut Aegean. 

Jessop yang masih berada di atas kapal tak berdiam diri. Pengalaman semasa Titanic karam telah mengajarnya. 

Dia tak tunggu arahan Kapten kapal dah. Terus saja naik lifeboat dan tinggalkan HMHS Britannic

Tapi malang tidau berbau apatah lagi boleh dirasa. 

Waktu itu, enjin kapal HMHS Britannic masih belum ditutup.

Bahaya menanti. Bilah kapal yang ada di belakang badan kapal mencipta arus dan menarik lifeboat yang dinaiki Jessop. Allahu! 

Lifeboat itu disedut masuk ke bahagian bawah belakang kapal gergasi itu. 

Seram! Siap nak kena kisar jadi hancur macam ABC dah tu.

Nasib Jessop sempat berfikir. Dia terus terjun ke dalam laut untuk selamatkan diri. 

Malangnya masa cubaan terjun itu, kepalanya terhantuk ke bahagian bawah kapal. 

Mungkin berasa sakit yang teramat. Tapi dia lebih bersyukur sebab nyawanya terselamat. Sedangkan ada 30 orang yang lain telah terkorban dalam peristiwa itu. 

Bayangkan kalau Jessop tak terjun dari lifeboat itu, mungkin angka yang terselamat hanyalah sebanyak 1,034 orang sahaja. 

Beberapa tahun lepas tu, Jessop telah berjumpa doktor sebab dia asyik mengalami rasa sakit di kepala. 

Know what? 

Doktor sahkan dia ada keretakan di tempurung kepala impak dari hentakan kuat pada badan kapal HMHS Britannic.

Ngee~ walau nyawa selamat, fizikalnya telah tercedera. Sob2. Permanent injury pulak tu. 

Boleh baca cerita HMHS Britannic ni di sini : https://medium.com/maiden-voyage/the-story-of-titanics-doomed-sister-7f03506cb62b


Selepas 42 tahun hidup di laut, mengalami sendiri 2 insiden kapal karam dan 1 kejadian pelanggaran kapal, akhirnya Jessop bersara dari kerjayanya sebagai seorang pramugari laut dan jururawat. 

Beliau meninggal pada usia 83 tahun. Bukan kerana lemas di laut dan dimakan ikan yu, tapi kerana kegagalan fungsi jantung. 

Ya, dia meninggal di darat. 


Kawan, 

Jika Jessop tak pernah lalui pengalaman Kapal Titanic karam, dia mungkin tak tahu bahawa lifeboat akan sentiasa jadi jalan alternatif untuk selamatkan nyawa ketika berlakunya kemalangan atas laut. 

Tapi tetaplah mengikut arahan itu adalah sesuatu yang perlu. Sebab ilmu kita kadang-kadang terhad walau pengalaman kita seluas langit biru. 

Jessop, dari dia kita belajar. 

Ngeri macamana pun lipatan peristiwa yang pernah kau lalui, 

Bangkit dan jangan mengalah. 

Yang berlaku telah jadi pengalaman. Memberi pengajaran yang bermakna untuk perjalanan sebagai seorang traveller kehidupan. 

Jika kita berpatah balik dari target kehidupan, yang akan dilalui setiap waktu adalah penyesalan. 

Lebih baik tetap maju, rempuh segala kegagalan dan tangisan, kerna di hujungnya kau sedang mengheret segunung pengalaman yang mahal tidak ternilai. 

Qasrus Syuhada

Baca Komen : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid02KrRPjp6DvZctPWsCGgcpXAKRzphVedgfzNvPHxia48wAuwS1ajD6rSFbetpvzYeal&id=100001324111290&mibextid=Nif5oz

.

Channel Telegram saya sudah dibuka. Kalau anda suka membaca status yang membina jiwa raga baldi dan kolah, boleh tau tekan link di bawah. ia percuma!

https://t.me/hurufbercahaya

Comments

Popular posts from this blog

Tips Menjadi Moderator Forum

Tips Menjadi Moderator Forum =) Siapa kata hanya orang yang berpengalaman sahaja yang boleh menerjah dalam bidang pengucapan awam atau pengacaraan dan mampu perform dengan penuh bergaya bagai pengacara terkemuka donia? Sebenarnya, kalau tak ada pengalaman pon anda boleh melakukannya ! Asalkan, kita tahu cara. :) Ketahuilah bahawa orang yang dikatakan berpengalaman juga sebenarnya pernah berada di posisi 'beginner' . Mereka bermula dari 'zero' dan kini baru diberi kesempatan untuk bergelar 'hero' Saya sendiri sangat meminati bidang pengacaraan sejak di bangku sekolah namun tidak pernah mendapat peluang untuk mengendalikan apa-2 majlis. Apabila sudah berada di alam kampus, peluang untuk menjadi pengerusi majlis atau moderator forum semakin terbuka luas. Saya kagum melihat senior-2 yang begitu berani dan petah berbicara di atas pentas. Ketika saya berada di Tahun Satu, saya blur. Saya memang tak ada keyakinan pon nak mencuba bercakap di khalayak ramai

Coretan Temuduga PROGRAM PERSIJIILAN TAHFIZ DARUL QURAN 2012

Baik .. Pada hari yang Penuh cahaya   bulan bintang  Matahari ini, sukalah saya nak berkongsi cebisan Pengalaman Ketika Temuduga Program Persijilan Tahfiz Darul Quran Sesi 2012 yang dahulu. Pengalaman ini mungkin sedikit tak dan banyak dapat memberikan panduan, pedoman, tips, petua, lampu, pelita dan yang segerombolan dengannya untuk hadek-hadek junior saya yang mempunyai sejuta impian untuk lulus dalam temuduga tersebut. Ingat!  Pengetahuan anda Walaupun Sedikit tentang Temuduga bakal anda yang sangat Penting Hadiri itu untuk Kesihatan dan Jantung buah Pinggang anda Ketika Ditemuduga Nanti!  Ini bagi Mengelakkan Pengeluaran adrenaline yang banyak Terlalu atau yang anda akan Lebih malang Terkhencheng kerana Terlalu Ketaq. Okay. Kalau tanya pada semua orang, mesti majoriti tak akan menggeleng apabila sudah kesempatan untuk menjadi penghafaz Al-Quran. Siapa je yang tak nak peluang belajar di Darul Quran yang mana lepasan pelajarnya semua memiliki hafazan Al-Quran da

♦ Checklist ke Jordan ♦ ►Girls sahaja

Tulisan ini terhasil setelah segala penat lelah, susah payah dan sakit sendi jari saya menaip. Maka, mohon anda semua membaca sehingga ke titik yang terakhir. Terutamanya, KAMU, (Jari telunjuk menuding ke hadapan), orang yang bakal berangkat ke sebahagian dari bumi Syam ini. Harap bermanfaat dan mampu menjadi panduan dan lampu jalan untuk nak buat bajet dan kemas barang nanti. Sebarang soalan, boleh tanya di ruangan komen.  Kalau nak  copy , Highlightkan dan tekan Shift+C. Orait. Bereh. Selamat menyediakan item yang diperlukan. n_n ☺ Baju kurung/Jubah - 7/8 helai Majoriti pelajar di sini akan pakai baru kurung dan jubah. Ikutlah keselesaan dan kebahagiaan jiwa raga tong gas anda untuk memilih pakaian yang sesuai. Yang pastinya biarlah menutup aurat dengan sempurna. Biar warga Malaysia di Jordan lebih 'islamik' pakaiannya dari warga Jordan itu sendiri, Nak beli jubah dekat Jordan pun ok. Tidaklah murah tap