Skip to main content

3 Benda Ibu Jangan Buat Bila Anak Tantrum

"Diammm! Diamm! Diammm!" Haa begitu laungan seorang ibu yang dah bertukar jadi hulk

Mujur warna kulit saja tak berubah hijau katak. Ghisau!

Memang mencabar ya.
Bila anak memekik tangis,
Kita pulak badan dah letih;
Baru balik kerja la,
Baru habis memasak dan kemas rumah la..

So, bila anak bawah umur 6 tahun sedang beremosi, tantrum dan meraung bagai terkejut melihat pontianak naik motosikal bapak dia, apa seorang ibu nak buat?

.

❌ Jangan membebel!

Membazir air liur tau educate anak pom pang pon pang masa dia tengah panas. Lebih baik jimatkan air liur itu, boleh guna nanti untuk berzikir. Hoho

Anak kecil tak boleh terima dah kata-kata anda. Sebab emosi lebih berkuasa waktu itu. Kena pilih waktu yang tenang kalau nak mengajar dan menasihati. 

❌ Bagi arahan!

No la! Bayangkan seorang manusia disiram air teh ais tengah-tengah pasaraya. Dia pakai baju putih bak telekung plak tu. Lepaa tu anda bagi arahan suruh dia angkat peace tegak-tegak sebab nak ajak dia selfie untuk diviralkan di Halaman Oh Bulan. Haa memang nahas kau!

Anak kecil pon ada perasaan rimas. Dia tengah marah nak kena ikut cakap anda. Double mengamuk gamaknya. Biasa budak ni akan ikut je apa kata kita bila mood dia tenang dan happy. 

❌ Bagi je apa anak nak!

Eh laaa.. Sekarang ni siapa yang lebih berkuasa? Mak ayah ke anak kecil yang upkk pon belum ambil tu? Jangan senang-senang tunaikan permintaan anak yang tak sesuai hanya kerana tangisannya yang sendu. Nanti jadi badut kau kena buli. Haha!

 ' Jangan pandang kami sebelah mata! 🎶 ' Nyanyi pengerusi persatuan bayi-bayi peringkat PBB 

Anak kecik pon pandai tauu memanipulasi manusia dewasa.

.

Ehh Qasrus ni, itu tak boleh. Ini tak boleh.

Habis kami kaum ibu ni nak buat apa kalau anak tengah mengamuk haa?

Senang kata, duk je diam. Kunyah popcorn. Eh

Biarkanlah anak kenyangkan emosi dia dengan tangisan dan raungan. Hanya kita pastikan kawasan sekeliling selamat je. Mana tahu dia nak backflip ke apa, at least tak ada jasad yang tertoreh lupa.

Sesekali you offer la nak peluk dia.

Sesekali tanya dia, 'dah habis ke? Dah ok ke?'

Then once nampak dia punya emosi makin surut, baru hug dia sambil usap badan dia. Talk heart to heart, akui emosi dia tadi jangan membangkang, then educate dia kenapa permintaannya ditolak.

Begitulah 😊


Qasrus Syuhada

Channel Telegram saya sudah dibuka. Kalau anda suka membaca status yang membina jiwa raga baldi dan kolah, boleh tau tekan link di bawah. ia percuma!
https://t.me/hurufbercahaya

Comments

Popular posts from this blog

Tips Menjadi Moderator Forum

Tips Menjadi Moderator Forum =) Siapa kata hanya orang yang berpengalaman sahaja yang boleh menerjah dalam bidang pengucapan awam atau pengacaraan dan mampu perform dengan penuh bergaya bagai pengacara terkemuka donia? Sebenarnya, kalau tak ada pengalaman pon anda boleh melakukannya ! Asalkan, kita tahu cara. :) Ketahuilah bahawa orang yang dikatakan berpengalaman juga sebenarnya pernah berada di posisi 'beginner' . Mereka bermula dari 'zero' dan kini baru diberi kesempatan untuk bergelar 'hero' Saya sendiri sangat meminati bidang pengacaraan sejak di bangku sekolah namun tidak pernah mendapat peluang untuk mengendalikan apa-2 majlis. Apabila sudah berada di alam kampus, peluang untuk menjadi pengerusi majlis atau moderator forum semakin terbuka luas. Saya kagum melihat senior-2 yang begitu berani dan petah berbicara di atas pentas. Ketika saya berada di Tahun Satu, saya blur. Saya memang tak ada keyakinan pon nak mencuba bercakap di khalayak ramai...

♦ Checklist ke Jordan ♦ ►Girls sahaja

Tulisan ini terhasil setelah segala penat lelah, susah payah dan sakit sendi jari saya menaip. Maka, mohon anda semua membaca sehingga ke titik yang terakhir. Terutamanya, KAMU, (Jari telunjuk menuding ke hadapan), orang yang bakal berangkat ke sebahagian dari bumi Syam ini. Harap bermanfaat dan mampu menjadi panduan dan lampu jalan untuk nak buat bajet dan kemas barang nanti. Sebarang soalan, boleh tanya di ruangan komen.  Kalau nak  copy , Highlightkan dan tekan Shift+C. Orait. Bereh. Selamat menyediakan item yang diperlukan. n_n ☺ Baju kurung/Jubah - 7/8 helai Majoriti pelajar di sini akan pakai baru kurung dan jubah. Ikutlah keselesaan dan kebahagiaan jiwa raga tong gas anda untuk memilih pakaian yang sesuai. Yang pastinya biarlah menutup aurat dengan sempurna. Biar warga Malaysia di Jordan lebih 'islamik' pakaiannya dari warga Jordan itu sendiri, Nak beli jubah dekat Jordan pun ok. Tidaklah murah ta...

Panduan Lulus Temuduga Biasiswa

Anda mungkin sedang tercari-cari biasiswa untuk menyambung pelajaran anda. Mungking juga anda telah menerima jemputan untuk menghadiri temuduga untuk biasiswa tajaan kerajaan terutamanya MARA. Menghadapi temuduga terutama kepada anda yang baru pertama kali pastinya sesuatu yang mengelisahkan anda. Di sini saya ingin mengongsikan berberapa panduan atau tips untuk mendapatkan biasiswa khususnya kepada pelajar yang mahu melanjutkan pelajaran dan memerlukan bantuan kewangan terutama daripada biasiswa kerajaan. Tips ini adalah hasil daripada beberapa orang kawan dan atas pengalaman diri sendiri. Justeru tips ini lebih menjurumus kepada biasiswa MARA memandangkan ianya lebih kepada kaum bumiputera. Berikut antara nasihat dan panduan saya kepada anda. Khusus kepada pelajar yang akan ditemuduga oleh MARA secara individu, namun boleh juga kepada pembaca yang lain untuk pengetahuan tambahan. Bawa Kelainan Contohnya, bidang kedoktoran. Mestilah kena bersedia deng...