' Qasrus. Hang rasa aku sesuai kahwin dengan sapa?? ' Ini lah soalan yang dia asyik ulang dan ulang. Daripada kami tingkatan 4 sampai sekarang dah masuk alam universiti. Dan saya hanya mampu menjawab, 'Nanti sampai masa, kita tahulah..' Atau, bila dia terus ulang dan ulang pertanyaan yang sama, saya akan bergurau pula, ' Rasanya, Barack Obama agak matching dengan hang..' Dan dia akan menarik muka. Hehe Nabihah. Dia pelajar Tingkatan 4 baru intake kedua ke SBPI Kubang Pasu. Saya pelajar intake pertama. Dorm PIU4 menjadi titik mula perkenalan kami. Teddy bear yang dibawanya dari rumah menjadi gambaran awal kepada saya , Nabihah ni orang yang macamana. ^^" Budak ni sorang kecil sahaja. Tapi semangatnya luar biasa. Dia antara kawan saya yang paling rare . Dan dia antara kawan yang paaaaaling banyak persamaan dengan saya. Banyak sangat. Hari ini, tanggal 25 September 2015 bersamaan 11 Zulhijjah 1436, Nabihah sudah diijab kabulkan dengan Aiman A