Skip to main content

'Cikgu sakit apa?'

'Cikgu.. Tak sihat ke?'

Dia beranikan diri untuk bertanya apabila melihat kondisi fizikal dan pergerakan guru itu yang kurang lancar.

'Aah. Cikgu tak berapa sihat. Lama dah.'

'Cikgu sakit apa?'

'Arthritis. Effect lutut dan jari.'

'Haaa.. Saya rasa saya tahu penyakit tu. Saya dah pernah belajar! Ia berkaitan dengan joint.' Dia teruja. Biarpun bidang pengajiannya adalah pergigian, apabila menyentuh sesuatu yang dia tahu, cepat sekali dia merespon. Tak henti-2 keluar pelbagai fakta dari mulutnya. Tak kering juga kalamnya dengan nasihat dan peransang kepada guru tersebut.

Saya cuma tercengang. Arthritis.
'Aku pernah dengar perkataan tu. Aku pernah belajar juga. Aish. Tapi kenapa otak aku kosong ye? Kenapa laju betul kawan aku ni syarah tentang penyakit ni? Kenapa aku tak boleh? Lesh??'

Pulang dari ziarah ke tempat yang pernah menjadi ruang saya menuntut ilmu itu, terus peristiwa tersebut bermain di fikiran.

Terasa benak ini tepu dan lesu kerana gagal mengingati kembali pelajaran yang pernah dipelajari.
Saya mengoogle tentang Arthritis. Refresh.
Tentang drug yang berkaitan, treatment, diagnosis dan simptom.

Ahah! Bila saya membuat perbandingan daripada pembacaan saya itu dengan apa yang diterangkan kawan saya tadi kepada guru tersebut, rupanya masih banyak kelompongan.

Tapi..
Itu bukan satu kecacatan.
At least, dia tahu sesuatu dari perkara yang dia sudah belajar walaupun tak mampu nak recall 100%.
Tapi, saya??
Only speechless dan terkebil-kebil mendengar.
'Selama ini, apa je yang aku belajar??'

Bila melihat kawan tadi yang bukan sahaja mampu terang tentang penyakit Arthritis itu, malah apabila beberapa orang guru lain bertanya tentang masalah gigi mereka, cekap sekali dia merespon berdasarkan pengetahuan yang dia ada.
Profesional lagaknya.
Bagaikan sudah menjadi seorang dentist yang berjaya!

Thanks so much, Allah!
He give me a very very very good lesson.
At least, minda saya sudah ditampar sedar.
Belajar untuk kuasai ilmu,
Bukannya belajar hanya untuk nak capai darjat 'Aku-BudakDegree-Keluaran-Obersi'

Heik! Teruslah maju.
Jadikan diri sendiri orang yang baru.
Dengan prinsip hebat yang menjadi paku,
Biar segala ilmu lekat di dada, bukan hanya di buku.

Comments

Popular posts from this blog

Tips Menjadi Moderator Forum

Tips Menjadi Moderator Forum =) Siapa kata hanya orang yang berpengalaman sahaja yang boleh menerjah dalam bidang pengucapan awam atau pengacaraan dan mampu perform dengan penuh bergaya bagai pengacara terkemuka donia? Sebenarnya, kalau tak ada pengalaman pon anda boleh melakukannya ! Asalkan, kita tahu cara. :) Ketahuilah bahawa orang yang dikatakan berpengalaman juga sebenarnya pernah berada di posisi 'beginner' . Mereka bermula dari 'zero' dan kini baru diberi kesempatan untuk bergelar 'hero' Saya sendiri sangat meminati bidang pengacaraan sejak di bangku sekolah namun tidak pernah mendapat peluang untuk mengendalikan apa-2 majlis. Apabila sudah berada di alam kampus, peluang untuk menjadi pengerusi majlis atau moderator forum semakin terbuka luas. Saya kagum melihat senior-2 yang begitu berani dan petah berbicara di atas pentas. Ketika saya berada di Tahun Satu, saya blur. Saya memang tak ada keyakinan pon nak mencuba bercakap di khalayak ramai...

♦ Checklist ke Jordan ♦ ►Girls sahaja

Tulisan ini terhasil setelah segala penat lelah, susah payah dan sakit sendi jari saya menaip. Maka, mohon anda semua membaca sehingga ke titik yang terakhir. Terutamanya, KAMU, (Jari telunjuk menuding ke hadapan), orang yang bakal berangkat ke sebahagian dari bumi Syam ini. Harap bermanfaat dan mampu menjadi panduan dan lampu jalan untuk nak buat bajet dan kemas barang nanti. Sebarang soalan, boleh tanya di ruangan komen.  Kalau nak  copy , Highlightkan dan tekan Shift+C. Orait. Bereh. Selamat menyediakan item yang diperlukan. n_n ☺ Baju kurung/Jubah - 7/8 helai Majoriti pelajar di sini akan pakai baru kurung dan jubah. Ikutlah keselesaan dan kebahagiaan jiwa raga tong gas anda untuk memilih pakaian yang sesuai. Yang pastinya biarlah menutup aurat dengan sempurna. Biar warga Malaysia di Jordan lebih 'islamik' pakaiannya dari warga Jordan itu sendiri, Nak beli jubah dekat Jordan pun ok. Tidaklah murah ta...

Panduan Lulus Temuduga Biasiswa

Anda mungkin sedang tercari-cari biasiswa untuk menyambung pelajaran anda. Mungking juga anda telah menerima jemputan untuk menghadiri temuduga untuk biasiswa tajaan kerajaan terutamanya MARA. Menghadapi temuduga terutama kepada anda yang baru pertama kali pastinya sesuatu yang mengelisahkan anda. Di sini saya ingin mengongsikan berberapa panduan atau tips untuk mendapatkan biasiswa khususnya kepada pelajar yang mahu melanjutkan pelajaran dan memerlukan bantuan kewangan terutama daripada biasiswa kerajaan. Tips ini adalah hasil daripada beberapa orang kawan dan atas pengalaman diri sendiri. Justeru tips ini lebih menjurumus kepada biasiswa MARA memandangkan ianya lebih kepada kaum bumiputera. Berikut antara nasihat dan panduan saya kepada anda. Khusus kepada pelajar yang akan ditemuduga oleh MARA secara individu, namun boleh juga kepada pembaca yang lain untuk pengetahuan tambahan. Bawa Kelainan Contohnya, bidang kedoktoran. Mestilah kena bersedia deng...