Skip to main content

Kepanjangan Tangan Zainab


Para Zaujah Nabi Solla Allahu 'alaihi wa sallam pernah mengukur tangan masing-2 untuk melihat tangan siapa yang lebih panjang.

Sebabnya...
Kata Nabi Solla Allahu 'alaihi wa sallam, siapa tangan yang paling panjang daripada kalangan isterinya akan menyusul kewafatan baginda dengan lebih cepat berbanding yang lain. (Macam nak boarding flight, selalunya penumpang business class yang akan masuk flight dulu kan.. Spesel gituh. )

Ternyata, secara fizikalnya, tangan Siti Saodah yang paling panjang lalu mereka bersepakat bahawa beruntunglah Siti Saodah kerana beliau bakal jadi orang paling cepat yang akan bertemu Nabi Solla Allahu 'alaihi wa sallam selepas baginda wafat kelak.

Tapi, setelah kewafatan Nabi Solla Allahu 'alaihi wa sallam , isteri baginda yang paling awal menyusul kematiannya bukanlah Siti Saodah!!

Jadi? Siapa pula??

Isteri yang paling cepat menyusul kewafatan Nabi Solla Allahu 'alaihi wa sallam ialah Zainab.

Menghairankan !!

Tangan Zainab tidaklah menandingi kepanjangan tangan Siti Saodah!

Oh.
Rupa-rupanya (selepas diselidiki), Zainab ini memiliki perusahaan kulit yang sangat maju. Jadi, beliau ada income sendiri. Advance gituh. Dan.. Duit yang beliau dapat dari business itu selalu diinfaqkan untuk membantu orang-2 susah.

So, tahulah kita bahawa yang dimaksudkan tangan panjang oleh Nabi itu bukanlah secara fizikal tetapi ia lebih membawa maksud tangan yang paling suka menderma.

Wahai !
Beruntunglah si Zainab !
Menjadi isteri yang paling cepat bertemu dengan Kekasih Allah itu setelah Siti Khadijah RA.

Maka, apakah tidak kita juga bakal menjadi orang yang paling cepat bertemu dengan baginda sekiranya kita mencontohi Zainab?

Jom?
Jadikan tangan kita panjang untuk memberi.
Orang yang jahil tetapi pemurah itu lebih Allah sukai daripada orang yang alim tapi kedekut air sirap masin.


Comments

Popular posts from this blog

Tips Menjadi Moderator Forum

Tips Menjadi Moderator Forum =) Siapa kata hanya orang yang berpengalaman sahaja yang boleh menerjah dalam bidang pengucapan awam atau pengacaraan dan mampu perform dengan penuh bergaya bagai pengacara terkemuka donia? Sebenarnya, kalau tak ada pengalaman pon anda boleh melakukannya ! Asalkan, kita tahu cara. :) Ketahuilah bahawa orang yang dikatakan berpengalaman juga sebenarnya pernah berada di posisi 'beginner' . Mereka bermula dari 'zero' dan kini baru diberi kesempatan untuk bergelar 'hero' Saya sendiri sangat meminati bidang pengacaraan sejak di bangku sekolah namun tidak pernah mendapat peluang untuk mengendalikan apa-2 majlis. Apabila sudah berada di alam kampus, peluang untuk menjadi pengerusi majlis atau moderator forum semakin terbuka luas. Saya kagum melihat senior-2 yang begitu berani dan petah berbicara di atas pentas. Ketika saya berada di Tahun Satu, saya blur. Saya memang tak ada keyakinan pon nak mencuba bercakap di khalayak ramai...

♦ Checklist ke Jordan ♦ ►Girls sahaja

Tulisan ini terhasil setelah segala penat lelah, susah payah dan sakit sendi jari saya menaip. Maka, mohon anda semua membaca sehingga ke titik yang terakhir. Terutamanya, KAMU, (Jari telunjuk menuding ke hadapan), orang yang bakal berangkat ke sebahagian dari bumi Syam ini. Harap bermanfaat dan mampu menjadi panduan dan lampu jalan untuk nak buat bajet dan kemas barang nanti. Sebarang soalan, boleh tanya di ruangan komen.  Kalau nak  copy , Highlightkan dan tekan Shift+C. Orait. Bereh. Selamat menyediakan item yang diperlukan. n_n ☺ Baju kurung/Jubah - 7/8 helai Majoriti pelajar di sini akan pakai baru kurung dan jubah. Ikutlah keselesaan dan kebahagiaan jiwa raga tong gas anda untuk memilih pakaian yang sesuai. Yang pastinya biarlah menutup aurat dengan sempurna. Biar warga Malaysia di Jordan lebih 'islamik' pakaiannya dari warga Jordan itu sendiri, Nak beli jubah dekat Jordan pun ok. Tidaklah murah ta...

Panduan Lulus Temuduga Biasiswa

Anda mungkin sedang tercari-cari biasiswa untuk menyambung pelajaran anda. Mungking juga anda telah menerima jemputan untuk menghadiri temuduga untuk biasiswa tajaan kerajaan terutamanya MARA. Menghadapi temuduga terutama kepada anda yang baru pertama kali pastinya sesuatu yang mengelisahkan anda. Di sini saya ingin mengongsikan berberapa panduan atau tips untuk mendapatkan biasiswa khususnya kepada pelajar yang mahu melanjutkan pelajaran dan memerlukan bantuan kewangan terutama daripada biasiswa kerajaan. Tips ini adalah hasil daripada beberapa orang kawan dan atas pengalaman diri sendiri. Justeru tips ini lebih menjurumus kepada biasiswa MARA memandangkan ianya lebih kepada kaum bumiputera. Berikut antara nasihat dan panduan saya kepada anda. Khusus kepada pelajar yang akan ditemuduga oleh MARA secara individu, namun boleh juga kepada pembaca yang lain untuk pengetahuan tambahan. Bawa Kelainan Contohnya, bidang kedoktoran. Mestilah kena bersedia deng...