Mengenang kembali memori yang terpatri ketika berada di tingkatan satu pada zaman sekolah menengah. Indah.
Sekolah itu adalah sekolah biasa sahaja. Tiada bangunan berlampu kristal atau bertandas permaidani 2.0 inci. Hanya bangunan lama yang berdiri megah dan terus-terusan dicat baru agar kelihatan indah.
Cuma, yang luar biasanya, para penghuni terasa
dijaga dan terjaga oleh kakak-2 pimpinan yang cukup tsiqah.
Adab pemakaian , cara galas beg sekolah , bab kebersihan dan disiplin, aktiviti melazimi Al-Quran dengan surah-2 pilihan, tazkirah maghrib dan kuliah dari para asatizah, muhasabah diri, usrah di hujung minggu dan bacaan wirid tertentu pada setiap malam sentiasa menghiasi hari-2 di asrama. Rindu.
Paling melekat dalam diri, pergaulan dengan ajnabi begitu diteliti dan dikawal. Hatta menyebut nama pelajar putera tanpa tujuan juga dianggap aib yang besar. Akhlak dan adab dijunjung tinggi ; atas nama pelajar puteri maahad. Juga atas title aku seorang srikandi Islam.
Apabila kini sudah tinggalkan sekolah,
Bagai si anak yang tinggalkan keluarga kerana study di obersi,
Bagai anak burung yang tinggalkan sarang kerana sudah bijak kepakkan sayap sendiri,
Bagai belon helium yang tinggalkan tanah kerana lebih senang menari di atmosfera bumi,
Semuanya sudah jadi sendiri. Berdikari.
Setiap perbuatan, pilihan dan jalan adalah terhasil dari panduan ilmu, nasihat dari member sekepala juga atas fatwa hati.
Untung bagi hati yang sudah bertaaruf dan beramal dengan agama dari usia rebung , maka dia tidak berani melangkah pagar syariat hingga ke hari tua. Malah, dia pula menjadi menara qudwah untuk para sahabat.
Musnahlah mereka yang belum dekat dengan agama dan tidak mahu pula untuk bertatih ke jalan addin dengan sempurna. Bimbang dia bakal terjunam dalam keseronokan dunia yang terpalit nista dan dusta. Risau dia akan terpelanting dalam derasnya ombak fitnah dunia.
Teruslah berdoa.
Doa supaya Allah capai hati ini agar terus meniti hidup dalam redha-Nya.
Setiap hari ada harapan.
Setiap hari pasti kita mampu miliki kebaikan.
Cuma untuk hati yang mahu,
Maka sudah tentu harapan dan kebaikan itu adalah untuknya.

Comments