Skip to main content

Kenapa kena menjerit??

' PERHATIAN KEPADA SEMUA WIRAWATI MUSLIM, ANDA DIMINTA BERGERAK KE SURAU SEKARAAANGGG!!'

Selain azan, itulah seruan yang menghiasi penempatan wirawati setiap kali tiba waktu solat. Setiap hari, 4 kali, dari Subuh, Zohor, Asar dan Maghrib.

Siapa yang menjerit?? Yargh, itulah dia Ketua Agama Wirawati Muslim. Walaupun ayu-2, sopan-2, tapi bila sampai je waktu solat, keluarlah suara jantannya menyeru para wirawati bergolek-golek ke surau untuk solat.

Tak cukup dengan menjerit, terpaksa pula pergi dari bilik ke bilik untuk pastikan hanya non-muslim sahaja yang tinggal di dalam bilik. Setelah itu, berdiri pula di pintu asrama wirawati untuk ambil nama wirawati yang lewat ke surau. Kadang-kadang koperal Non-Muslim pun turut sama bertawaf keliling asrama untuk ' jemput ' kawan-2 muslimnya ke surau.

Begitulah hari hari. Tak kira hari cuti atau hari ada kelas, begitulah. Itu belum kira dengan pengumuman 5 minit, ' PERHATIAN KEPADA PARA WIRAWATI, ANDA DIBERI MASA 5 MINIT UNTUK MENGOSONGKAN ASRAMA!! '

Kenapa kena menjerit??
Kalau tak menjerit, maka tak terbangunlah mereka yang masih enak bermimpi putera raja menghadiahkan kasut cinderella dalam tidurnya.
Kalau tak menjerit, maka boleh bilang dengan jari sahajalah mereka yang bergerak ke tandas untuk mengambil wudhu segera.
Kalau tak menjerit, maka tak ramailah yang mahu mencapai telekung untuk bergerak ke surau sana.

Aneh. Saya aneh dengan fenomena ini.
Sebab, di PLKN, ada juga Ketua Agama India dan Buddha. Setiap minggu tugas mereka memimpin kawan-2 mereka untuk beribadah di tokong dan kuil masing-2.
Yang peliknya, mereka tak perlu menjerit memanggil teman-2 mereka untuk berkumpul.
Semua dah tahu bila perlu berkumpul. Walaupun tak ada azan.
Semua dah siap dengan pakaian formal. Walaupun tak ada yang memekik untuk melakukan hal yang sedemikian.
Setiap minggu, mereka boleh bergerak ke tempat ibadah dengan begitu smooth dan mudah sekali.



Mereka disiplin.
Anehnya, tidak kepada yang muslim.
Pelik. Sangat pelik.
Sedangkan dari solat, seorang muslim itu diajar untuk berdisiplin. Dari segi pergerakan, bacaan mahupun berkaitan dengan masa.

Misteri kan?
Sampai hari ini, saya pun tak mampu nak merungkainya.
Dan selepas sebulan lebih saya grad dari PLKN, barulah suara saya yang sudah kedengaran ala-2 penyanyi rock tersohor tanah air kembali pulih menjadi macam suara Siti Nurhaliza. Heh.

Hang tahu tak orang yang dilema dan rasa serba-salah sepanjang 3 bulan di PLKN tu siapa?
Hang tahu tak orang yang malu berhadapan dengan ketua-2 agama lain tu siapa?
Hang tahu tak? Hang tahu tak?
Hang mana nak tau.
Sebab yang menjerit hari-2 tu dia,
bukannya hang.

Comments

Popular posts from this blog

Tips Menjadi Moderator Forum

Tips Menjadi Moderator Forum =) Siapa kata hanya orang yang berpengalaman sahaja yang boleh menerjah dalam bidang pengucapan awam atau pengacaraan dan mampu perform dengan penuh bergaya bagai pengacara terkemuka donia? Sebenarnya, kalau tak ada pengalaman pon anda boleh melakukannya ! Asalkan, kita tahu cara. :) Ketahuilah bahawa orang yang dikatakan berpengalaman juga sebenarnya pernah berada di posisi 'beginner' . Mereka bermula dari 'zero' dan kini baru diberi kesempatan untuk bergelar 'hero' Saya sendiri sangat meminati bidang pengacaraan sejak di bangku sekolah namun tidak pernah mendapat peluang untuk mengendalikan apa-2 majlis. Apabila sudah berada di alam kampus, peluang untuk menjadi pengerusi majlis atau moderator forum semakin terbuka luas. Saya kagum melihat senior-2 yang begitu berani dan petah berbicara di atas pentas. Ketika saya berada di Tahun Satu, saya blur. Saya memang tak ada keyakinan pon nak mencuba bercakap di khalayak ramai...

♦ Checklist ke Jordan ♦ ►Girls sahaja

Tulisan ini terhasil setelah segala penat lelah, susah payah dan sakit sendi jari saya menaip. Maka, mohon anda semua membaca sehingga ke titik yang terakhir. Terutamanya, KAMU, (Jari telunjuk menuding ke hadapan), orang yang bakal berangkat ke sebahagian dari bumi Syam ini. Harap bermanfaat dan mampu menjadi panduan dan lampu jalan untuk nak buat bajet dan kemas barang nanti. Sebarang soalan, boleh tanya di ruangan komen.  Kalau nak  copy , Highlightkan dan tekan Shift+C. Orait. Bereh. Selamat menyediakan item yang diperlukan. n_n ☺ Baju kurung/Jubah - 7/8 helai Majoriti pelajar di sini akan pakai baru kurung dan jubah. Ikutlah keselesaan dan kebahagiaan jiwa raga tong gas anda untuk memilih pakaian yang sesuai. Yang pastinya biarlah menutup aurat dengan sempurna. Biar warga Malaysia di Jordan lebih 'islamik' pakaiannya dari warga Jordan itu sendiri, Nak beli jubah dekat Jordan pun ok. Tidaklah murah ta...

Panduan Lulus Temuduga Biasiswa

Anda mungkin sedang tercari-cari biasiswa untuk menyambung pelajaran anda. Mungking juga anda telah menerima jemputan untuk menghadiri temuduga untuk biasiswa tajaan kerajaan terutamanya MARA. Menghadapi temuduga terutama kepada anda yang baru pertama kali pastinya sesuatu yang mengelisahkan anda. Di sini saya ingin mengongsikan berberapa panduan atau tips untuk mendapatkan biasiswa khususnya kepada pelajar yang mahu melanjutkan pelajaran dan memerlukan bantuan kewangan terutama daripada biasiswa kerajaan. Tips ini adalah hasil daripada beberapa orang kawan dan atas pengalaman diri sendiri. Justeru tips ini lebih menjurumus kepada biasiswa MARA memandangkan ianya lebih kepada kaum bumiputera. Berikut antara nasihat dan panduan saya kepada anda. Khusus kepada pelajar yang akan ditemuduga oleh MARA secara individu, namun boleh juga kepada pembaca yang lain untuk pengetahuan tambahan. Bawa Kelainan Contohnya, bidang kedoktoran. Mestilah kena bersedia deng...