Skip to main content

KENAPA MASIH TERSEKAT-SEKAT CAKAP ARAB??

Dua tahun dahulu, lidah saya belum mampu menutur bahasa arab Jordan dengan baik. Confidence apatah lagi.. Zero. Kalau suruh saya speaking arab, ke Laut China Selatan lah gamaknya. Melingkup.

Sekarang, bahasa saya masih ke laut. Tapi keberanian untuk bersilat kata dengan bahasa asing itu sudah semakin menyubur. 69.99% lebih yakin dari sebelumnya. Nak ajak bergaduh dengan orang Arab pakai bahasa arab campur bahasa melayu dan English, bolehlah jemput saya join. Agak melingkup, tapi boleh difahami. Saya lah yang faham, orang lain mungkin terbelit neuron nak mentafsirnya. Ahah.

Sebentar tadi terpelanting dengan pertanyaan seorang pak cik perabot.

' Mereka ni tahun berapa? ' Dia menunjukkan jari kepada tiga orang mentee saya.

' Tahun satu. '

' Kamu? '

' Tahun tiga. '

' Tahun tiga???? Kamu tahun tiga, KENAPA MASIH TERSEKAT-SEKAT CAKAP ARAB?? '

Diam. Tersentak. Fuhh. Menusuk qalbu persoalan tu.

' Erk. Saya tak selalu guna bahasa Arab. Banyak pakai Bahasa Inggeris lagi dari bahasa Arab. ' Jujur sahaja saya menjawab. Betul. Dah lama betul tak praktis. Peluang bersiar-siar mencari perabot baru untuk pelajar baru ini lah baru saya berkesempatan nak mengarabkan balik lidah.

' Kamu ambil Tibb? '

' Ye saya. '

' Tibb Asnan ? '

' Lak. Tibb basyari. '

' Kullu Tibb Basyari? '

' Na3am. Kami semua budak medik '

' Masya Allah... Tapi lepas ni, kamu kena biarkan pelajar-pelajar baru ni bercakap bahasa Arab. Kamu kena ajar mereka. '

Aie aie, pak cik. Hurm. Senget pula bahu 30 degree dengar 'amanat' pak cik perabot untuk si mentor yang masih tunggang-langgang-ribut-taufan bahasanya nih.

3ala kulli hal, boleh dan mampu tersenyum lagi. Teringat taujih dari senior ketika saya masih di Tahun Satu Perubatan. ' Asalkan kamu berkehendak dan berani mencuba. Teruskan mencuba walaupun ia teruk. Percubaan itu sentiasa mampu memperbaiki sesuatu yang teruk itu menjadi kurang teruk dan yang baik itu menjadi lebih baik..'

That's it.
Berani mencuba.
Rasai keseronokan bertutur bahasa Arab.
Nikmati ke-best-an bergaduh dengan arab.
It's very interesting, indeed. Hehe



Jom kita berbahasa arab?

Comments

Popular posts from this blog

Tips Menjadi Moderator Forum

Tips Menjadi Moderator Forum =) Siapa kata hanya orang yang berpengalaman sahaja yang boleh menerjah dalam bidang pengucapan awam atau pengacaraan dan mampu perform dengan penuh bergaya bagai pengacara terkemuka donia? Sebenarnya, kalau tak ada pengalaman pon anda boleh melakukannya ! Asalkan, kita tahu cara. :) Ketahuilah bahawa orang yang dikatakan berpengalaman juga sebenarnya pernah berada di posisi 'beginner' . Mereka bermula dari 'zero' dan kini baru diberi kesempatan untuk bergelar 'hero' Saya sendiri sangat meminati bidang pengacaraan sejak di bangku sekolah namun tidak pernah mendapat peluang untuk mengendalikan apa-2 majlis. Apabila sudah berada di alam kampus, peluang untuk menjadi pengerusi majlis atau moderator forum semakin terbuka luas. Saya kagum melihat senior-2 yang begitu berani dan petah berbicara di atas pentas. Ketika saya berada di Tahun Satu, saya blur. Saya memang tak ada keyakinan pon nak mencuba bercakap di khalayak ramai...

♦ Checklist ke Jordan ♦ ►Girls sahaja

Tulisan ini terhasil setelah segala penat lelah, susah payah dan sakit sendi jari saya menaip. Maka, mohon anda semua membaca sehingga ke titik yang terakhir. Terutamanya, KAMU, (Jari telunjuk menuding ke hadapan), orang yang bakal berangkat ke sebahagian dari bumi Syam ini. Harap bermanfaat dan mampu menjadi panduan dan lampu jalan untuk nak buat bajet dan kemas barang nanti. Sebarang soalan, boleh tanya di ruangan komen.  Kalau nak  copy , Highlightkan dan tekan Shift+C. Orait. Bereh. Selamat menyediakan item yang diperlukan. n_n ☺ Baju kurung/Jubah - 7/8 helai Majoriti pelajar di sini akan pakai baru kurung dan jubah. Ikutlah keselesaan dan kebahagiaan jiwa raga tong gas anda untuk memilih pakaian yang sesuai. Yang pastinya biarlah menutup aurat dengan sempurna. Biar warga Malaysia di Jordan lebih 'islamik' pakaiannya dari warga Jordan itu sendiri, Nak beli jubah dekat Jordan pun ok. Tidaklah murah ta...

Panduan Lulus Temuduga Biasiswa

Anda mungkin sedang tercari-cari biasiswa untuk menyambung pelajaran anda. Mungking juga anda telah menerima jemputan untuk menghadiri temuduga untuk biasiswa tajaan kerajaan terutamanya MARA. Menghadapi temuduga terutama kepada anda yang baru pertama kali pastinya sesuatu yang mengelisahkan anda. Di sini saya ingin mengongsikan berberapa panduan atau tips untuk mendapatkan biasiswa khususnya kepada pelajar yang mahu melanjutkan pelajaran dan memerlukan bantuan kewangan terutama daripada biasiswa kerajaan. Tips ini adalah hasil daripada beberapa orang kawan dan atas pengalaman diri sendiri. Justeru tips ini lebih menjurumus kepada biasiswa MARA memandangkan ianya lebih kepada kaum bumiputera. Berikut antara nasihat dan panduan saya kepada anda. Khusus kepada pelajar yang akan ditemuduga oleh MARA secara individu, namun boleh juga kepada pembaca yang lain untuk pengetahuan tambahan. Bawa Kelainan Contohnya, bidang kedoktoran. Mestilah kena bersedia deng...