Skip to main content

" Dia ada penyakit tu. Dyslexia. "

Rama. Palestine. 7 tahun.

" Rama, awak tinggal di Jordan dengan siapa? "

" Saya tinggal dengan mama. Saya ada lagi 3 orang abang/kakak. Saya paling kecil "

" Ayah mana? "

Belum sempat si kecil ini menjawab, rakan di sebelah menyampuk. " Dia ada mama saja, ayah dia dah mati. "

Rama terdiam. Dia memandang tajam rakannya. (Err. Aku pulak yang serba-salah.)

" Ayah dah tak ada. " Perlahan sahaja suaranya. Tapi masih boleh tersenyum.

*Qasrus, Cepat ubah topik !*

" Rama, awak hafal Al-Quran kan dekat sini? " Dia angguk. " Surah apa dah yang awak ingat? "

" Juzuk 30, kamil. " Senyum lagi.

" Saya nak awak tasmi3 surah Al-Baqarah, boleh? " *Saja test*

Si comel ini tergelak kecil. " Saya baru ingat juzuk 30 dan ayat kursi saja.. "

"Okay. Lepas ni, cuba hafal Al-Quran, kamil. Boleh? " Dia angguk.

" Awak belajar bahasa Inggeris jugak kan? Apa yang awak tahu? "

" What is your name? " Laju dia menjawab. Fasih.

" Wahhh. Hebatnya awak ! ABC one two three dah ingat? " Dia mengangguk yakin.

" Haaa. Jom kita test?" Saya mengambil pen dan kertas A4 yang kebetulan ada di atas meja. Pen diberi kepadanya. " Nah, cuba tulis nama awak. "

" Dalam Injlizi? " Tanpa menunggu respon saya, dia terus menulis. Laju, pantas, cekap. Fuhh. Tapi...erk. Ada yang tak kena dengan tulisannya. Dia menulis huruf rumi tapi bermula dari kanan dan... inverted !

Tak apa. Saya test lagi. " Cuba tulis nama saya pulak. Q A S R U S . Tapi start dari kiri tau, bahasa Inggeris kena mula dari kiri."

Dia menulis. Sampai di huruf U, dia macam lupa. Saya tunjukkan dan dia kembali menulis dari mula, huruf Q.

Siap! Lengkap. Saya memeriksa hasil tulisannya.
Err, dah mula dari kiri. Tapi masih ada something wrong dengan tulisan dia. Saya test lagi sekali. " Cuma awak tulis besar sikit. Saya tak nampak lah. "

Dia memusing kertas A4 itu 90 darjah dan kembali menulis satu per satu huruf Q A S R U S.

Kali ini memang jelas, ada problem !

Saya bertanya akhowat berhampiran, kenapa tulisan dia macam terbalik kiri dan kanan?

" Dia ada penyakit tu. Dyslexia. " Saya terdiam. Rama sangat bijak dan cerdas, tak sangka dia ada dyslexia.

Okay, tak apa lah sayang.
Tetap kakak doakan awak terus pintar dan rajin belajar.

Rama paling mendapat perhatian masa ziarah kami ke Markaz Aytam, Pusat Komuniti Anak-anak Yatim, Irbid itu. Dengan jubah hitam dan shawl, dia kelihatan macam puteri cilik yang nak buat persembahan bercerita kisah Bawang Putih Bawang Merah. ~_~ Hehe

Paling tak boleh dilupa bila dia asyik meraih tangan saya apabila duduk bersebelahan. Erat kejap macam tak nak lepas. - Berasa disayangi -

Pernah satu ketika , dia cuba pula nak memegang purdah yang saya pakai. Saya tersenyum." Nak pakai ke,dik? " Dia cuma tersengih.

Saya mengambil lebihan shawl yang dia pakai dan menutup sebahagian wajahnya. Dia tergelak, suka.

" Nanti awak besar sikit, awak pakai lah. " Dia mengangguk. Dia masih kecil tapi tetap bersungguh menjaga aurat. Apabila rambutnya terkeluar sedikit pun, cepat-cepat dia kemaskan shawlnya untuk menutup rambut yang kelihatan. Mungkin puteri berusia 7 tahun ini telah dididik oleh ibunya tentang penelitian bab aurat.

Sekejap masa berlalu, saya tinggalkan markaz itu dengan kenangan.
Anak-anak Palestin, anak-anak Syria.
Mereka tinggalkan negara demi sebuah keamanan.
Demi meneruskan kelansungan hidup untuk mengenal makna duniawi dan manusiawi.
Ramai yang hilang ayah. Mungkin ayah mereka telah syahid, menegakkan al-Haq di tanah air tercinta.

Hari ni dengar lagi, Masjidil Aqsa dibedil segenap penjuru. Ramai tercedera.
Pusat-pusat laluan ditutup hingga peghantaran diesel disekat dan elektrik hanya dibekalkan selama 6 jam dan diputuskan selama 12 jam.
Dan terkini, Benjamin Netanyahu mengadakan mesyuarat tergempar pada petang Selasa lalu untuk membincangkan “perang ke atas pembaling batu dan bom api di Jerusalem dan kawasan sekitar.”

T_T

Buat saudara-saudara Palestin, Syria, Iraq, Afghanistan, Kashmir dan lain-lainnya, maafkan saudara-saudaramumu ini kerana tidak banyak yang mampu kami lakukan untuk membantu kalian. Moga Allah ampunkan dosa-dosa kami.

Nanges.

Bersabarlah dan teruskan bersabar. Kerana sungguh, di dalam terowong kehidupan yang pekat hitam penuh kegelapan ini, ada cahaya yang bersinar di hujungnya. Moga al-Haq akan menang! Pasti menang!

_______________

Btw, baru dapat berita , Aliya dah balik Malaysia. T_T

Baru jumpa dua kali, tetiba dapat tahu budak kecil ni dah pulang ke tanah air yang terchenta. 2015 berjumpa, 2015 jugak berpisah.

Huwaaa.
Tak dapat dah nak tengok keletah manja si comel ni. Y_Y

*Rasa nak tadah air mata dalam mesin basuh*


Comments

Popular posts from this blog

Tips Menjadi Moderator Forum

Tips Menjadi Moderator Forum =) Siapa kata hanya orang yang berpengalaman sahaja yang boleh menerjah dalam bidang pengucapan awam atau pengacaraan dan mampu perform dengan penuh bergaya bagai pengacara terkemuka donia? Sebenarnya, kalau tak ada pengalaman pon anda boleh melakukannya ! Asalkan, kita tahu cara. :) Ketahuilah bahawa orang yang dikatakan berpengalaman juga sebenarnya pernah berada di posisi 'beginner' . Mereka bermula dari 'zero' dan kini baru diberi kesempatan untuk bergelar 'hero' Saya sendiri sangat meminati bidang pengacaraan sejak di bangku sekolah namun tidak pernah mendapat peluang untuk mengendalikan apa-2 majlis. Apabila sudah berada di alam kampus, peluang untuk menjadi pengerusi majlis atau moderator forum semakin terbuka luas. Saya kagum melihat senior-2 yang begitu berani dan petah berbicara di atas pentas. Ketika saya berada di Tahun Satu, saya blur. Saya memang tak ada keyakinan pon nak mencuba bercakap di khalayak ramai

Coretan Temuduga PROGRAM PERSIJIILAN TAHFIZ DARUL QURAN 2012

Baik .. Pada hari yang Penuh cahaya   bulan bintang  Matahari ini, sukalah saya nak berkongsi cebisan Pengalaman Ketika Temuduga Program Persijilan Tahfiz Darul Quran Sesi 2012 yang dahulu. Pengalaman ini mungkin sedikit tak dan banyak dapat memberikan panduan, pedoman, tips, petua, lampu, pelita dan yang segerombolan dengannya untuk hadek-hadek junior saya yang mempunyai sejuta impian untuk lulus dalam temuduga tersebut. Ingat!  Pengetahuan anda Walaupun Sedikit tentang Temuduga bakal anda yang sangat Penting Hadiri itu untuk Kesihatan dan Jantung buah Pinggang anda Ketika Ditemuduga Nanti!  Ini bagi Mengelakkan Pengeluaran adrenaline yang banyak Terlalu atau yang anda akan Lebih malang Terkhencheng kerana Terlalu Ketaq. Okay. Kalau tanya pada semua orang, mesti majoriti tak akan menggeleng apabila sudah kesempatan untuk menjadi penghafaz Al-Quran. Siapa je yang tak nak peluang belajar di Darul Quran yang mana lepasan pelajarnya semua memiliki hafazan Al-Quran da

♦ Checklist ke Jordan ♦ ►Girls sahaja

Tulisan ini terhasil setelah segala penat lelah, susah payah dan sakit sendi jari saya menaip. Maka, mohon anda semua membaca sehingga ke titik yang terakhir. Terutamanya, KAMU, (Jari telunjuk menuding ke hadapan), orang yang bakal berangkat ke sebahagian dari bumi Syam ini. Harap bermanfaat dan mampu menjadi panduan dan lampu jalan untuk nak buat bajet dan kemas barang nanti. Sebarang soalan, boleh tanya di ruangan komen.  Kalau nak  copy , Highlightkan dan tekan Shift+C. Orait. Bereh. Selamat menyediakan item yang diperlukan. n_n ☺ Baju kurung/Jubah - 7/8 helai Majoriti pelajar di sini akan pakai baru kurung dan jubah. Ikutlah keselesaan dan kebahagiaan jiwa raga tong gas anda untuk memilih pakaian yang sesuai. Yang pastinya biarlah menutup aurat dengan sempurna. Biar warga Malaysia di Jordan lebih 'islamik' pakaiannya dari warga Jordan itu sendiri, Nak beli jubah dekat Jordan pun ok. Tidaklah murah tap