Skip to main content

Terengganu VS Kedah? Matching Kah??

Terengganu.

Dulu, tak pernah pun terfikir nak tahu bahasa orang ganu.
Tak pernah terasa pun akan ada kawan dari Terengganu.

Yerla. Kedah. Terengganu. Jauh berjuta inci kut.
Dan, rasa inferior lah dengan mereka yang dari Terengganu ni sebab selalu dengar mereka ni bijak belake. Selalu Top dalam Exam dari aku UPSR sampai SPM. PERGHH. Banyak makan ikan kut. Emotikon tongue

Tapi,

Keluar sahaja dari zaman sekolah,
Di mana-mana sahaja aku pergi, mesti dikelilingi warga Terangganu.

Masuk INTEC, bersepah-2 kawan dari Terengganu yang belajar sekelas.
Romet pertama di Jordan, juga si Terengganu Gurl.
Masuk Az-Zikr, pembimbingnya kakak dari Terengganu.
Masuk persatuan sebagai AJK kecil, kakak JKK pun orang Terengganu.
Join PINTAR, hadek-2 Usrah majoriti Terengganu.
Pindah rumah.. lol. Osmet dari Terengganu jugok. Tak lama kemudian, dapat Romet, Lagi dari Terengganu.

Pffttt.
Ingat dah habis episod ini.
Rupanya tak.

Tak lama lagi Bakal menjadi mentor untuk menerima dan menguruskan adik-2 baru yang akan belajar di Jordan. Lorh.
Ana mentor kepada kanak-2 dari Terengganu jugok. Apekah?

3ala kulli hal,
Takpe. Best saja dengar masyarakat Terengganu ni speaking. Walaupun aku lagi terer merosakkan bahasa mereka dari betul-2 menguasainya, its okeh its orait. Orang Terengganu memang osem dan bijak. 


Again.
Allah plans things beyond our imagination.
Indeed, He is the best planner.

Comments

Popular posts from this blog

Tips Menjadi Moderator Forum

Tips Menjadi Moderator Forum =) Siapa kata hanya orang yang berpengalaman sahaja yang boleh menerjah dalam bidang pengucapan awam atau pengacaraan dan mampu perform dengan penuh bergaya bagai pengacara terkemuka donia? Sebenarnya, kalau tak ada pengalaman pon anda boleh melakukannya ! Asalkan, kita tahu cara. :) Ketahuilah bahawa orang yang dikatakan berpengalaman juga sebenarnya pernah berada di posisi 'beginner' . Mereka bermula dari 'zero' dan kini baru diberi kesempatan untuk bergelar 'hero' Saya sendiri sangat meminati bidang pengacaraan sejak di bangku sekolah namun tidak pernah mendapat peluang untuk mengendalikan apa-2 majlis. Apabila sudah berada di alam kampus, peluang untuk menjadi pengerusi majlis atau moderator forum semakin terbuka luas. Saya kagum melihat senior-2 yang begitu berani dan petah berbicara di atas pentas. Ketika saya berada di Tahun Satu, saya blur. Saya memang tak ada keyakinan pon nak mencuba bercakap di khalayak ramai...

♦ Checklist ke Jordan ♦ ►Girls sahaja

Tulisan ini terhasil setelah segala penat lelah, susah payah dan sakit sendi jari saya menaip. Maka, mohon anda semua membaca sehingga ke titik yang terakhir. Terutamanya, KAMU, (Jari telunjuk menuding ke hadapan), orang yang bakal berangkat ke sebahagian dari bumi Syam ini. Harap bermanfaat dan mampu menjadi panduan dan lampu jalan untuk nak buat bajet dan kemas barang nanti. Sebarang soalan, boleh tanya di ruangan komen.  Kalau nak  copy , Highlightkan dan tekan Shift+C. Orait. Bereh. Selamat menyediakan item yang diperlukan. n_n ☺ Baju kurung/Jubah - 7/8 helai Majoriti pelajar di sini akan pakai baru kurung dan jubah. Ikutlah keselesaan dan kebahagiaan jiwa raga tong gas anda untuk memilih pakaian yang sesuai. Yang pastinya biarlah menutup aurat dengan sempurna. Biar warga Malaysia di Jordan lebih 'islamik' pakaiannya dari warga Jordan itu sendiri, Nak beli jubah dekat Jordan pun ok. Tidaklah murah ta...

Panduan Lulus Temuduga Biasiswa

Anda mungkin sedang tercari-cari biasiswa untuk menyambung pelajaran anda. Mungking juga anda telah menerima jemputan untuk menghadiri temuduga untuk biasiswa tajaan kerajaan terutamanya MARA. Menghadapi temuduga terutama kepada anda yang baru pertama kali pastinya sesuatu yang mengelisahkan anda. Di sini saya ingin mengongsikan berberapa panduan atau tips untuk mendapatkan biasiswa khususnya kepada pelajar yang mahu melanjutkan pelajaran dan memerlukan bantuan kewangan terutama daripada biasiswa kerajaan. Tips ini adalah hasil daripada beberapa orang kawan dan atas pengalaman diri sendiri. Justeru tips ini lebih menjurumus kepada biasiswa MARA memandangkan ianya lebih kepada kaum bumiputera. Berikut antara nasihat dan panduan saya kepada anda. Khusus kepada pelajar yang akan ditemuduga oleh MARA secara individu, namun boleh juga kepada pembaca yang lain untuk pengetahuan tambahan. Bawa Kelainan Contohnya, bidang kedoktoran. Mestilah kena bersedia deng...