Hampir ke titik akhir. Cuma berbaki satu system lagi yang perlu saya tempuh sebelum mengorak langkah ke alam klinikal. Klinikal. Unbelievable. Ini introduksi kehidupan kerjaya saya selepas ini. Kerjaya sebagai seorang doktor. Doktor. 'Saya nak jadi doktor bila besar nanti..' Dulu, kata-2 ini hanya bermain di bibir secara tidak serius. Tak habis fikir macamana la nak jadi doktor. Kos pembelajaran yang nilainya hampir setengah juta. Aku mahu korek dari mana wang ringgit? Biasiswa ? Hanya mampu ketawa. Layakkah saya untuk ditaja orang. Bahasa Inggeris pun sangkut, konfem tak lepas temuduga. Itu fikirku dahulu. Dalam menggantung cita bersemi 1000 keraguan. Tapi, sungguh. Allah lagi tahu. Sungguh, perancangan Allah lebih baik. Tak mampu saya duga. MARA meletakkan nama saya sebagai antara pelajar yang ditaja untuk belajar dalam bidang perubatan . Lebih menakjubkan, bukan di Malaysia , tapi di Jordan ! Apa lagi baki keraguan yang mahu disimpan tatkala menerima perkhabaran ini? Tanpa t