Skip to main content

Muka Seposen Depan Tuhan



Troli ditolak. Shopping seorang diri.

Adat la duduk obersi. Tak boleh semua benda nak bergantung pada orang. Sendirian ke sana sini itu biasa. '3adii' kata orang arab.

Plan nak siapkan spesel menu untuk hari ini. Ada orang istimewa nak terjah rumah. Excited! 🙈

Laju langkah dibuka meneroka setiap inci pasaraya.
Barang yang diperlukan dah acap kali dizikir pada lisan dan kepala.

Beras 3 kg. Minyak. Telur. Halia. Bawang merah. Bawang putih. Tomato. Cili merah. Timun. Daun sup. Susu segar. Ayam..

Oh, alamak!
Troli hampir penuh.

Setiap barang yang diambil akan saya check terlebih dahulu kondisi bungkusan atau tin. Paling penting kena ambil yang murah. Jimat tu nombor satu. Expired date pon dicheck berkali-kali agar tak terbeli barang dah rosak. Memang leceh, lama plak tu. Tapi, kena gagah buat jugak supaya tak menyesal di kemudian hari. Usahlah dibiar episod nasi-telah-menjadi-bubur-ayam-hangit itu berulang kembali, hati memujuk bila futur mendekat.

Barang terakhir segera dicapai.
Kalau lama-2 lagi meronda mall ini , alamatnya terpaksalah kena heret dua troli.
Nampak barang ini, teringat resepi itu.
Nampak barang itu, terasa nak buat resepi ini. Rumit betul. Perempuan kan~

Done! Troli ditolak menuju ke kaunter pembayaran.

"25.35 JOD"

Fuh. Alhamdulillah! Nasib baik cukup bajet.
Seingat saya, ada 5 keping not 5 JOD dalam purse. Cukuplah nak bayar harga semuanya.

Perlahan tangan mencapai helaian oren dari dalam purse.

Satu. Dua. Tiga.. Empat.

Eh? Empat saja? Mana sehelai lagi ni??

Belek lagi setiap blok yang wujud dalam purse. Macam nak masuk terus dalam purse menjelajah mencari duit yang diperlukan.

Tak ada!

Alamak... Rasa macam bawa 5 keping tadi.

Habis la aku. Peluh besar.
Barang dah masuk plastik semuanya.

Takpe...

Relax brother. Relax sister.

Tangan cuba pula menggagau not 1 JOD.

Tak putus asa.

Moga cukupla. Hope.

Satu. Dua. Tiga.... Empat.

Erk.....!

4 je ?
Macamana ni??

Okay. Relax,Qas.

Duit syiling ada lagi.
Baru nak ambil duit syiling...

Err, tapi tak boleh guna duit syiling!

Saya perlukan duit syiling untuk tambang balik rumah. Tak sanggup nak jalan kaki sejauh 2 km sambil heret barang lebih 5 kg ni seorang diri. Tengahari pulak tu! Habeslah lemak terbakar nanti. Lemak badan lebih mahal dari duit ringgit.

Aduhai~
Drama bermula..

Buat muka seposen. Pandang kakak casher. Bling bling mata sikit.

'He he he. Sorry kak, duit tak cukup.'

Barang yang dah dimasukkan kakak casher dalam beg plastik saya keluarkan semula. Tin minyak sapi dicapai.

" Ma biddi hada "

Dia angguk. Faham bahawa saya tengah kemiskinan wang.

" 23.40 JOD " Dia mention harga baru.

Bayaran dibuat. Urut dada lega. Naseb kakak ni bertimbang rasa. Settle dilema wanita tak cukup wang .

Aduhai. . Masuk teksi untuk pulang ke rumah, saya termenung seketika . Kenang balik peristiwa tadi.

Ini baru kes miskin di dunia.
Biasa mungkin bagi rata-2 orang atau anda juga maybe punya pengalaman yang sama.

Cuba bayang kalau kes tak cukup amal nak beratkan penimbang mizan di akhirat sana .
Belum lagi kes terpaksa bagi amal soleh pada orang dan terpaksa terima amal tholeh dari orang.
Faqir di akhirat!

Boleh ke nak buat muka seposen depan Tuhan agar diberi peluang untuk menerobos syurga juga?
Boleh ke nak minta sadaqah amal soleh orang lain untuk diri kita ?

Ada ke yang nak kasi?

Mimpi!

Tidak mesti tidak, preparation yang teliti untuk menuju alam akhirat kena ada.
If you fail to plan, you plan to fail.

Mungkin wujud manusia yang rasa amalnya sudah banyak selama hidupnya berbelas tahun di dunia.
Tapi, yakinkah dia bahawa amal itu telah lepas imigresen Tuhan?
Berani jamin ke amal itu telah diangkat dan tercatat dalam buku amal kebaikan ?

Solatnya sudah terjagakah kualiti?
Ikhlasnya dalam beramal sudah benar-2 mencapai tinggi bintang atau masih di kaki bumi ?

Tiada jawapan kan?

Jangan bila nanti orang lain dah berhip hip horrey nak masuk pintu sorga tapi kita pula yang terkulat-kulat melihat banyak amal direject dan banyak pula yang tak kena.

'Ana rasa ana dah banyak buat baik . . Apsal tak cukup lagi ? ? '

Pfttt..

Sadisnya !

Qasrus Syuhada
28042016
Irbid,Jordan

Comments

Popular posts from this blog

Tips Menjadi Moderator Forum

Tips Menjadi Moderator Forum =) Siapa kata hanya orang yang berpengalaman sahaja yang boleh menerjah dalam bidang pengucapan awam atau pengacaraan dan mampu perform dengan penuh bergaya bagai pengacara terkemuka donia? Sebenarnya, kalau tak ada pengalaman pon anda boleh melakukannya ! Asalkan, kita tahu cara. :) Ketahuilah bahawa orang yang dikatakan berpengalaman juga sebenarnya pernah berada di posisi 'beginner' . Mereka bermula dari 'zero' dan kini baru diberi kesempatan untuk bergelar 'hero' Saya sendiri sangat meminati bidang pengacaraan sejak di bangku sekolah namun tidak pernah mendapat peluang untuk mengendalikan apa-2 majlis. Apabila sudah berada di alam kampus, peluang untuk menjadi pengerusi majlis atau moderator forum semakin terbuka luas. Saya kagum melihat senior-2 yang begitu berani dan petah berbicara di atas pentas. Ketika saya berada di Tahun Satu, saya blur. Saya memang tak ada keyakinan pon nak mencuba bercakap di khalayak ramai

Coretan Temuduga PROGRAM PERSIJIILAN TAHFIZ DARUL QURAN 2012

Baik .. Pada hari yang Penuh cahaya   bulan bintang  Matahari ini, sukalah saya nak berkongsi cebisan Pengalaman Ketika Temuduga Program Persijilan Tahfiz Darul Quran Sesi 2012 yang dahulu. Pengalaman ini mungkin sedikit tak dan banyak dapat memberikan panduan, pedoman, tips, petua, lampu, pelita dan yang segerombolan dengannya untuk hadek-hadek junior saya yang mempunyai sejuta impian untuk lulus dalam temuduga tersebut. Ingat!  Pengetahuan anda Walaupun Sedikit tentang Temuduga bakal anda yang sangat Penting Hadiri itu untuk Kesihatan dan Jantung buah Pinggang anda Ketika Ditemuduga Nanti!  Ini bagi Mengelakkan Pengeluaran adrenaline yang banyak Terlalu atau yang anda akan Lebih malang Terkhencheng kerana Terlalu Ketaq. Okay. Kalau tanya pada semua orang, mesti majoriti tak akan menggeleng apabila sudah kesempatan untuk menjadi penghafaz Al-Quran. Siapa je yang tak nak peluang belajar di Darul Quran yang mana lepasan pelajarnya semua memiliki hafazan Al-Quran da

♦ Checklist ke Jordan ♦ ►Girls sahaja

Tulisan ini terhasil setelah segala penat lelah, susah payah dan sakit sendi jari saya menaip. Maka, mohon anda semua membaca sehingga ke titik yang terakhir. Terutamanya, KAMU, (Jari telunjuk menuding ke hadapan), orang yang bakal berangkat ke sebahagian dari bumi Syam ini. Harap bermanfaat dan mampu menjadi panduan dan lampu jalan untuk nak buat bajet dan kemas barang nanti. Sebarang soalan, boleh tanya di ruangan komen.  Kalau nak  copy , Highlightkan dan tekan Shift+C. Orait. Bereh. Selamat menyediakan item yang diperlukan. n_n ☺ Baju kurung/Jubah - 7/8 helai Majoriti pelajar di sini akan pakai baru kurung dan jubah. Ikutlah keselesaan dan kebahagiaan jiwa raga tong gas anda untuk memilih pakaian yang sesuai. Yang pastinya biarlah menutup aurat dengan sempurna. Biar warga Malaysia di Jordan lebih 'islamik' pakaiannya dari warga Jordan itu sendiri, Nak beli jubah dekat Jordan pun ok. Tidaklah murah tap