Skip to main content

Aku Sayang Kamu. Kamu Jangan La Couple !

" Kita dah 5 bulan setengah couple. You tak bawa pun I jumpa parents you... "

" Relaxlah . . I dulu nak jumpa parents sendiri pun kena tunggu 9 bulan dalam perut . . "

Image result for kidding face

K. Kidding .

Soal perhubungan lelaki dan perempuan bukan perkara main-2.

Alhamdulillah mendapat perkhabaran teman satu batch yang akan membina bayt muslim. Tumpang angkat 10 jari tangan dan kaki agar urusan mereka dipermudahkan. Saya senang hati.

Namun, otak masih dibelit rungsing dan mual pening rasa nak pitam 6 bulan.

Semalam seorang teman berkongsi cerita,

' Kite tak nampak lah diorang. Tapi yang selalu nampak dia jalan berdua dengan lelaki tu, housemate kite ! '

Garu pipi. Garu kaki.

Aduhai.

Teman, Allah selalu menunjukkan hal ini kepadaku, malah lebih awal sebelum kamu berani untuk menjaharkan. Tapi aku simpan rahsia ini kerana aku sendiri masih ragu dan tak percaya.

Aku sayang diri kamu. Sukar hatiku mahu tenang apabila berita ini sudah menyentuh gegendang telingaku.

Adinda sayang, wanita itu termahkota gelaran solehah apabila solatnya cukup, taat ibu bapa dan menjaga kehormatannya.

Jangan cemari amal solehmu dengan perkara yang sumbang ; Perkara yang tidak halal. Kamu wanita bermaruah, dipandang tinggi oleh makhluk di langit, dicemburui bidadari di syurga.

Apa kamu yakin rumahtangga yang bakal terbina akan bahagia aman sentosa diberkati Tuhan juga bakal dipermudahkan urusan andai permulaan cinta yang suci itu kamu mulakan dengan perhubungan yang haram ?

Cari teman sejantina bila perlukan bantuan, bukan cari si dia yang acah-2 sado untuk kamu telefon bila kamu dalam kesusahan.

Dia bukan lelaki soleh kalau dia selesa untuk berhubung dengan kamu walau tiada urusan yang darurat.

Islam dah sedia banyak cara yang halal mengapa masih pilih jalan yang bakal mengundang dan menyemarakkan murka Tuhan ?

Belum bersedia untuk melangkah ke alam rumahtangga?
Maka mengapa berani mengambil jalan untuk berhubungan dengan cara yang tak syar'ie?
Apa kalau mati sebelum kalian bertaubat maka kalian sudah bersedia menjawab di mahkamah Tuhan ?

Teman, biarpun kamu cuba sembunyi, kamu bijak temberang, ingatlah, Allah tidak pernah tidur dan tidak pernah lupa untuk memantau setiap gerak-geri kamu.

Kita ini dibumi yang pernah dipijak para Nabi yang mulia,
Tapi tetap berbekas tapak kaki kaum yang dilaknat Tuhan itu di bumi yang sama .
Antara menjadi diri yang soleh atau tholeh,
Itu adalah pilihan kita.

Pohonlah keampunan dari Tuhan,
Moga aibmu terjaga wahai wanita solehah.
Usah nanti menebal kesal kerna terlajak menurut nafsu durjana . 😔

Temanmu .

Qasrus Syuhada
29042016
Irbid,Jordan

Comments

Popular posts from this blog

Tips Menjadi Moderator Forum

Tips Menjadi Moderator Forum =) Siapa kata hanya orang yang berpengalaman sahaja yang boleh menerjah dalam bidang pengucapan awam atau pengacaraan dan mampu perform dengan penuh bergaya bagai pengacara terkemuka donia? Sebenarnya, kalau tak ada pengalaman pon anda boleh melakukannya ! Asalkan, kita tahu cara. :) Ketahuilah bahawa orang yang dikatakan berpengalaman juga sebenarnya pernah berada di posisi 'beginner' . Mereka bermula dari 'zero' dan kini baru diberi kesempatan untuk bergelar 'hero' Saya sendiri sangat meminati bidang pengacaraan sejak di bangku sekolah namun tidak pernah mendapat peluang untuk mengendalikan apa-2 majlis. Apabila sudah berada di alam kampus, peluang untuk menjadi pengerusi majlis atau moderator forum semakin terbuka luas. Saya kagum melihat senior-2 yang begitu berani dan petah berbicara di atas pentas. Ketika saya berada di Tahun Satu, saya blur. Saya memang tak ada keyakinan pon nak mencuba bercakap di khalayak ramai...

♦ Checklist ke Jordan ♦ ►Girls sahaja

Tulisan ini terhasil setelah segala penat lelah, susah payah dan sakit sendi jari saya menaip. Maka, mohon anda semua membaca sehingga ke titik yang terakhir. Terutamanya, KAMU, (Jari telunjuk menuding ke hadapan), orang yang bakal berangkat ke sebahagian dari bumi Syam ini. Harap bermanfaat dan mampu menjadi panduan dan lampu jalan untuk nak buat bajet dan kemas barang nanti. Sebarang soalan, boleh tanya di ruangan komen.  Kalau nak  copy , Highlightkan dan tekan Shift+C. Orait. Bereh. Selamat menyediakan item yang diperlukan. n_n ☺ Baju kurung/Jubah - 7/8 helai Majoriti pelajar di sini akan pakai baru kurung dan jubah. Ikutlah keselesaan dan kebahagiaan jiwa raga tong gas anda untuk memilih pakaian yang sesuai. Yang pastinya biarlah menutup aurat dengan sempurna. Biar warga Malaysia di Jordan lebih 'islamik' pakaiannya dari warga Jordan itu sendiri, Nak beli jubah dekat Jordan pun ok. Tidaklah murah ta...

Panduan Lulus Temuduga Biasiswa

Anda mungkin sedang tercari-cari biasiswa untuk menyambung pelajaran anda. Mungking juga anda telah menerima jemputan untuk menghadiri temuduga untuk biasiswa tajaan kerajaan terutamanya MARA. Menghadapi temuduga terutama kepada anda yang baru pertama kali pastinya sesuatu yang mengelisahkan anda. Di sini saya ingin mengongsikan berberapa panduan atau tips untuk mendapatkan biasiswa khususnya kepada pelajar yang mahu melanjutkan pelajaran dan memerlukan bantuan kewangan terutama daripada biasiswa kerajaan. Tips ini adalah hasil daripada beberapa orang kawan dan atas pengalaman diri sendiri. Justeru tips ini lebih menjurumus kepada biasiswa MARA memandangkan ianya lebih kepada kaum bumiputera. Berikut antara nasihat dan panduan saya kepada anda. Khusus kepada pelajar yang akan ditemuduga oleh MARA secara individu, namun boleh juga kepada pembaca yang lain untuk pengetahuan tambahan. Bawa Kelainan Contohnya, bidang kedoktoran. Mestilah kena bersedia deng...