Skip to main content

Akhlak Baek, Sampai Mati Orang Sanjung

Mak Cik Emy. Aicol

Saya tak kenal mana mak cik ini. Saya budak Jordan. Bumi UIA pon saya tak pernah jejak kaki.
Pemergian Mak Cik Emy baru-baru ni begitu menarik perhatian saya.

Kenapa lak?
Apa kaitannya dengan saya?
Saya bukan kenal dia.

Ya. Betul. Saya tak kenal.

Tapi, pemergian insan biasa ini meninggalkan impak luar biasa kepada yang mengenalinya. Hingga impak itu turut membias diri saya yang jauh dari tanah Malaysia ini.

Dia baik sangat. Selalu doakan pelajar-2 sini.

Dia sanggup bawa balik telekung surau dan basuh telekung tundi rumahnya supaya orang boleh solat dengan selesa bila pakai telekung-2 tu.

Dia selalu peluk cium pelajar-2 sini macam anak sendiri.

Dia Tak pernah gagal menuturkan nasihat luhur dari sanubari.

Akhlaknya baik. Nasihatnya selalu terkesan di hati yang mendengar.

Dia bekerja dengan gigih demi anaknya. Kentalnya dia menjadi seorang ibu.

Hebat.

Insan biasa-biasa, jauh sekali menjadi insan terkenal sampai masuk telebesen atau surat khabar di mana-mana negara.

Tapi, dia diangkat bagai adiwira tatkala telah pergi ruhnya meninggalkan dunia yang fana. Lagaknya bagai Ahmad Ammar yang sampai hari ni dicanang-canang namanya. Selebriti langit !

Benarlah. Miskin itu tak bererti kita tak punya harapan untuk menjadi kaya.

Biar miskin harta, tapi pabila jiwamu kaya, engkau manusia paling bahagia. Engkau diiktiraf manusia paling kaya !

Kaya itu tak semesti pabila harta melimpah-ruah bagai Si Qarun yang akhirnya lupa daratan. Orang kaya bakal jadi paling dhaif dan fakir di dunia andai selalu mendabik dada memandang hina pada manusia.

Saya belajar, akhlak itu adalah segala-galanya.

Tidak pada rupa.
Tidak pada harta.
Dengan akhlak, kau mampu sentuh hati sesiapa sahaja.
Dengan akhlak, kau bakal jadi ikutan manusia walau kau bukan sesiapa.
Kerana itu, terutusnya Nabi SAW adalah untuk menyempurnakan akhlak manusia.

Dan benar janji Tuhan, andai kau ikut apa ajaran Nabi, kau bahagia.

Bukan saja bahagia ketika paru-parumu masih mampu menukar ganti oksigen dan karbon dioksida, bahkan tika jasadmu telah selamat bersemadi di bawah tanah juga, kau bakal tetap bahagia. Namamu, sikapmu, kata-2 yang pernah terbit di lisanmu bakal terus menjadi ingat kasih di hati manusia di dunia.

Al-Fatihah Mak Cik Emy.

Akhlakmu buat diri ini rasa kerdil.
Kamu pergi dalam bahagia dan buat manusia pula yang menangis hiba.
Semoga Tuhan menyambut kamu dalam dakapan kasih dan cinta.

Kamu qudwah manusia. Akhlak kamu telah melekat di jiwa ini! Kamu bukan sahaja petugas kebersihan di UIA, tapi kamu juga dah bersihkan mentaliti manusia terhadap orang yang tidak berharta. Kaya jiwa.


Qasrus Syuhada
18052016
Irbid,Jordan

Comments

Popular posts from this blog

Tips Menjadi Moderator Forum

Tips Menjadi Moderator Forum =) Siapa kata hanya orang yang berpengalaman sahaja yang boleh menerjah dalam bidang pengucapan awam atau pengacaraan dan mampu perform dengan penuh bergaya bagai pengacara terkemuka donia? Sebenarnya, kalau tak ada pengalaman pon anda boleh melakukannya ! Asalkan, kita tahu cara. :) Ketahuilah bahawa orang yang dikatakan berpengalaman juga sebenarnya pernah berada di posisi 'beginner' . Mereka bermula dari 'zero' dan kini baru diberi kesempatan untuk bergelar 'hero' Saya sendiri sangat meminati bidang pengacaraan sejak di bangku sekolah namun tidak pernah mendapat peluang untuk mengendalikan apa-2 majlis. Apabila sudah berada di alam kampus, peluang untuk menjadi pengerusi majlis atau moderator forum semakin terbuka luas. Saya kagum melihat senior-2 yang begitu berani dan petah berbicara di atas pentas. Ketika saya berada di Tahun Satu, saya blur. Saya memang tak ada keyakinan pon nak mencuba bercakap di khalayak ramai...

♦ Checklist ke Jordan ♦ ►Girls sahaja

Tulisan ini terhasil setelah segala penat lelah, susah payah dan sakit sendi jari saya menaip. Maka, mohon anda semua membaca sehingga ke titik yang terakhir. Terutamanya, KAMU, (Jari telunjuk menuding ke hadapan), orang yang bakal berangkat ke sebahagian dari bumi Syam ini. Harap bermanfaat dan mampu menjadi panduan dan lampu jalan untuk nak buat bajet dan kemas barang nanti. Sebarang soalan, boleh tanya di ruangan komen.  Kalau nak  copy , Highlightkan dan tekan Shift+C. Orait. Bereh. Selamat menyediakan item yang diperlukan. n_n ☺ Baju kurung/Jubah - 7/8 helai Majoriti pelajar di sini akan pakai baru kurung dan jubah. Ikutlah keselesaan dan kebahagiaan jiwa raga tong gas anda untuk memilih pakaian yang sesuai. Yang pastinya biarlah menutup aurat dengan sempurna. Biar warga Malaysia di Jordan lebih 'islamik' pakaiannya dari warga Jordan itu sendiri, Nak beli jubah dekat Jordan pun ok. Tidaklah murah ta...

Panduan Lulus Temuduga Biasiswa

Anda mungkin sedang tercari-cari biasiswa untuk menyambung pelajaran anda. Mungking juga anda telah menerima jemputan untuk menghadiri temuduga untuk biasiswa tajaan kerajaan terutamanya MARA. Menghadapi temuduga terutama kepada anda yang baru pertama kali pastinya sesuatu yang mengelisahkan anda. Di sini saya ingin mengongsikan berberapa panduan atau tips untuk mendapatkan biasiswa khususnya kepada pelajar yang mahu melanjutkan pelajaran dan memerlukan bantuan kewangan terutama daripada biasiswa kerajaan. Tips ini adalah hasil daripada beberapa orang kawan dan atas pengalaman diri sendiri. Justeru tips ini lebih menjurumus kepada biasiswa MARA memandangkan ianya lebih kepada kaum bumiputera. Berikut antara nasihat dan panduan saya kepada anda. Khusus kepada pelajar yang akan ditemuduga oleh MARA secara individu, namun boleh juga kepada pembaca yang lain untuk pengetahuan tambahan. Bawa Kelainan Contohnya, bidang kedoktoran. Mestilah kena bersedia deng...