Skip to main content

Kejut Orang Tahajud, Matinya Husnul Khotimah

" Biarkan saya! Tak perlu bagi apa-2 rawatan. Tak payah cucuk atau beri apa-2 ubat. Saya dah nampak kematian di hadapan saya ! " Lontaran kata dari remaja muda itu mengejutkan para doktor yang mahu menyelamatkannya.

Kritikal.

Kemalangan yang menimpa remaja itu memberi kecederaan yang maha dahsyat kepadanya. Namun anehnya, berbeza dengan pesakit lain yang pastinya akan meraung-raung kesakitan ( double triple lagi kronik daripada wanita yang sakit nak melahirkan anak ) apabila menghadapi kecederaan seteruk itu, remaja ini hanya tenang dan seolah-olah redha sahaja.

Tidak lama kemudian, dengan izin dan ketentuan Allah, nafas terakhirnya dilepaskan. Maka, terbanglah roh dari jasad remaja ini menemui Tuhannya. Pergi selamanya. Tidak lagi kembali.

Cerita tak berakhir di situ.

Doktor yang terlibat dalam menguruskan pesakitnya ini masih dibelenggu kebingungan. Keanehan yang jarang-2 ditemui!

Bagaimana mungkin pesakit ini dah tahu yang dia akan mati?
Bagaimana pula dia boleh cakap dia nampak kematian di hadapannya?

Tatkala menyampaikan berita kematian pesakit ini kepada kedua orang tuanya, doktor ini sempat menyelit soalan. Tak boleh tak tanya! Persoalan ini terlalu menghimpit urat saraf dan segala neuron di otaknya.

" Tuan, kalau boleh saya tahu, apakah amalan soleh anak tuan sehingga kematiannya begitu baik dan menenangkan sekali? Dia dah redha dulu sebelum Tuhan ambil nyawanya.. "

Bapanya terkesima dengan persoalan itu. Dia juga tidak pasti apa amalan yang sering atau terus-terusan dilakukan si anak yang telah pergi itu.

" Doktor, saya pun tak pasti. Cuba, arwah anak saya ini, satu tabiat yang dia tak pernah tinggal selama ni, kalau dia bangun malam untuk solat, dia selalu akan kejutkan saya dan isteri juga untuk turut bertahajjud. "

Kejutkan orang lain bertahajjud. Itu rahsianya !

SubhanAllah !

Cerita ini memberi kesan yang begitu menampar-nampar jiwa saya. Hebat sekali. Bagaimana sesuatu yang kecil bisa memberi impak yang besar kepada hidup remaja ini. Siapa sahaja dalam galaksi bima sakti ini yang tidak mahu husnul khotimah ? Ada??

Jika ada, suruh dia terjun bangunan 17 tingkat sekarang! Heh.
Kita mungkin antara orang yang sering kali direzekikan untuk mudah bangun malam.
Bertahajjud jam 3 pagi.
Menangis di tikar sejadah menyesali dosa-2 yang telah dilakukan diri.
Membaca Al-Quran tatkala ayam pun belum bangun tidur lagi.

Allahu.. Penghuni syurga betul.

Kita mungkin lebih faham dan arif tentang kelebihan solat malam sehingga terus istiqomah tak meninggalkannya.

Kita ingat kata-2 Nabi kepada Abdullah Ibn Umar bahawa Abdullah akan jadi orang paling baik sekiranya dia bangun malam dan sejak itu juga Abdullah kurang sekali tidurnya dan banyak solat di malam hari.

Kita juga takut nak tinggalkan solat malam bila teringat juga kata-2 Nabi terhadap seorang lelaki ( ketika zaman baginda ) yang jika tidur, dia hanya terjaga apabila telah Subuh, dia tidak lagi solat malam. Apa kata Nabi terhadapnya? Kata Nabi, sesungguhnya syaitan telah kencing di telinganya. Gulp.

Kita tahu semua itu!

Maka, kitalah orang paling bersungguh solat malam.

Tidak mahu tinggal.

Kita juga mahu rebut darjat menjadi orang yang terbaik pabila berusaha sehabis daya untuk mendirikan solat malam. Bukankah penghuni syurga itu adalah daripada kalangan manusia-2 terpilih? Pastinya yang terpilih itulah yang terbaik!

Kita mahu jadi penghuni syurga, maka kita usaha buat amalan soleh ini. Mahu juga jadi yang terbaik. Paling menebal iman dan taqwa. Fuh.

Salahkah?

Tidak. Tidak sama sekali . Tidak salah sikit pun walaupun sebesar mikroorganisma .

Tapi, soalan saya, berapa ramai yang apabila dia bangun di pagi hari, dia akan kejut juga rakan-2 rumahnya? Dia kejut ahli keluarganya? Dia kejut kucing dan ayam-2 di rebannya ? Erk.

Susah sekali! Selalu kita lebih pentingkan diri sendiri. Biar sahaja teman kita diulit mimpi hingga ke subuh. Yang penting aku dah bangun tahajjud. Aku paling soleh!

Pengsan.

Lupakah kita bahawa Rasulullah Solla Allahu 'alahi wa sallam sendiri pernah bangun malam dan mengejutkan Saiyidina Ali dan Fatimah ? Nah. Lantas, mengapa kita pula rasa terlebih mulia dengan tidak melakukan hal yang sama??

Teman-2, syurga itu luas. Bukan untuk kita seorang. Bosanlah kalau yang menghuninya cuma kita seorang. Alangkah best dan osemnya bila kita dapat marathon 100 m di kebun-2 syurga dan berenang kuak kupu-2 di punca air yang mengalir dalam syurga bersama teman dan ahli keluarga kita? Alangkah!

Maka, why not we try our best to invite others ; join us to perform qiamullail?

:)

Saya menulis tentang ini tak menunjukkan saya paling istiqomah bangun malam. Juga tak menunjukkan bahawa saya juga sangat rajen kejut seluruh penghuni di kediaman saya untuk solat malam. Oh, sadis!

Saya hanya suka menulis, tulis apa yang saya tahu.

Namun , tertanggung kewajipan ke atas saya untuk menulis sesuatu yang baik.

Moga dengan tulisan ini sama-2 dapat memberi ihtimam kePada kalian yang membaca dan semoga ia menjadi asbab untuk Allah kurniakan kekuatan hati untuk saya istiqomah bangun malam, rajen juga ajak orang lain bangun malam dan sama-2 kita dipermudahkan dalam pembelajaran dan urusan seharian.

Teman, moga kita semua dapat berusaha untuk mengamalkan apa yang seharusnya kita lakukan.

Bangun malam itu menguatkan jiwa. Very impoten. Tambah untuk penuntut ilmu seperti saya dan anda.

Tapi, lagi baik jika kita ajak sekali teman-2 dan ahli keluarga kita untuk bersama join kita buat pahala ; Imarahkan malam kita dengan ibadah kepada Tuhan yang Esa.

Bukan seorang. Tapi, beramai-ramai.

Ramadhan dah dekat ni.
Boleh practise dan warming up dari sekarang.

May Allah bless us.


:)

23052016
Irbid,Jordan

Comments

Popular posts from this blog

Tips Menjadi Moderator Forum

Tips Menjadi Moderator Forum =) Siapa kata hanya orang yang berpengalaman sahaja yang boleh menerjah dalam bidang pengucapan awam atau pengacaraan dan mampu perform dengan penuh bergaya bagai pengacara terkemuka donia? Sebenarnya, kalau tak ada pengalaman pon anda boleh melakukannya ! Asalkan, kita tahu cara. :) Ketahuilah bahawa orang yang dikatakan berpengalaman juga sebenarnya pernah berada di posisi 'beginner' . Mereka bermula dari 'zero' dan kini baru diberi kesempatan untuk bergelar 'hero' Saya sendiri sangat meminati bidang pengacaraan sejak di bangku sekolah namun tidak pernah mendapat peluang untuk mengendalikan apa-2 majlis. Apabila sudah berada di alam kampus, peluang untuk menjadi pengerusi majlis atau moderator forum semakin terbuka luas. Saya kagum melihat senior-2 yang begitu berani dan petah berbicara di atas pentas. Ketika saya berada di Tahun Satu, saya blur. Saya memang tak ada keyakinan pon nak mencuba bercakap di khalayak ramai

Coretan Temuduga PROGRAM PERSIJIILAN TAHFIZ DARUL QURAN 2012

Baik .. Pada hari yang Penuh cahaya   bulan bintang  Matahari ini, sukalah saya nak berkongsi cebisan Pengalaman Ketika Temuduga Program Persijilan Tahfiz Darul Quran Sesi 2012 yang dahulu. Pengalaman ini mungkin sedikit tak dan banyak dapat memberikan panduan, pedoman, tips, petua, lampu, pelita dan yang segerombolan dengannya untuk hadek-hadek junior saya yang mempunyai sejuta impian untuk lulus dalam temuduga tersebut. Ingat!  Pengetahuan anda Walaupun Sedikit tentang Temuduga bakal anda yang sangat Penting Hadiri itu untuk Kesihatan dan Jantung buah Pinggang anda Ketika Ditemuduga Nanti!  Ini bagi Mengelakkan Pengeluaran adrenaline yang banyak Terlalu atau yang anda akan Lebih malang Terkhencheng kerana Terlalu Ketaq. Okay. Kalau tanya pada semua orang, mesti majoriti tak akan menggeleng apabila sudah kesempatan untuk menjadi penghafaz Al-Quran. Siapa je yang tak nak peluang belajar di Darul Quran yang mana lepasan pelajarnya semua memiliki hafazan Al-Quran da

♦ Checklist ke Jordan ♦ ►Girls sahaja

Tulisan ini terhasil setelah segala penat lelah, susah payah dan sakit sendi jari saya menaip. Maka, mohon anda semua membaca sehingga ke titik yang terakhir. Terutamanya, KAMU, (Jari telunjuk menuding ke hadapan), orang yang bakal berangkat ke sebahagian dari bumi Syam ini. Harap bermanfaat dan mampu menjadi panduan dan lampu jalan untuk nak buat bajet dan kemas barang nanti. Sebarang soalan, boleh tanya di ruangan komen.  Kalau nak  copy , Highlightkan dan tekan Shift+C. Orait. Bereh. Selamat menyediakan item yang diperlukan. n_n ☺ Baju kurung/Jubah - 7/8 helai Majoriti pelajar di sini akan pakai baru kurung dan jubah. Ikutlah keselesaan dan kebahagiaan jiwa raga tong gas anda untuk memilih pakaian yang sesuai. Yang pastinya biarlah menutup aurat dengan sempurna. Biar warga Malaysia di Jordan lebih 'islamik' pakaiannya dari warga Jordan itu sendiri, Nak beli jubah dekat Jordan pun ok. Tidaklah murah tap