Skip to main content

Cakap Benar Walaupun Pahit

Dalam kuliyah Ethics di fakulti Perubatan tadi , doktor ada menyebutkan tentang isu truth and trust in breaking the bad news to our patients

Haruskah seorang doktor berkata benar tentang penyakit yang dideritai oleh pesakitnya ?

Atau . .

Haruskah seorang doktor menyembunyikan saja maklumat kesihatan daripada pengetahuan pesakitnya ?

Sebahagian respon doktor-2 menunjukkan bahawa mereka tidak berterus-terang kepada para pesakit kerana menyangka penyembunyian fakta lebih 'menyihatkan' pesakit daripada berterus-terang tentang penyakitnya .

Namun , kata doktor saya, sebenarnya, penipuan itu lagi menyakitkan !

Kata doktor lagi, seorang doktor harus berterus-terang kepada pesakitnya.

"Yang kamu harus lakukan bukannya menyembunyikan kebenaran tapi apa yang kamu kena buat adalah menyampaikan kebenaran dengan cara yang benar . Correct manner."

That's it !

Benar. Mana ada orang dalam dunia ni yang akan gumbira, lompat-2 katil hospital bila doktor bagi tahu dia ada cancer stage 4 .

Benar. Mana mungkin ada insan yang dadanya dup dap dup dap kerana terlalu excited apabila diberitahu doktor bahawa jangka hayatnya cuma tinggal lagi 2 minit. (Er. 2 bulan logik sikit kut, Qas.. )

Tak ada kan ?!

Tapi, tetap, seorang doktor tak boleh menyembunyikan kebenaran itu walau ia pahit untuk dilontarkan. Lagi perit untuk ditelan si pesakit.

Kebenaran sentiasa menyakitkan .

Namun, Islam ajar kita supaya jangan menipu. Mak ayah kat kampung dok ajaq kita, hadek-beradek kita, ayam itik kita supaya tetap berkata benar walaupun akhirnya kita akan sakit dengan kebenaran yang kita sampaikan .

Hebat. Hebat sekali orang yang sentiasa menempel sifat As-Siddiq pada dirinya sebagaimana sifat yang ada pada seorang rasul.

Gah sekali orang yang mampu menuturkan kebenaran seperti Abu Bakar As-Siddiq yang sampai dipijak lumat mukanya dengan tapak kasut pelepah tamar oleh kaum Quraish Mekah kerana mengisytiharkan kebenaran Nabi dan agama Islam.

Tepuk dada, tanya diri sendiri .

Sudah cukup As-Siddiqkah kita ?



"Enti, jom ke kuliah di masjid. Malam ni ada pengajian ."


"Er. Sorrylah. Esaimen aku banyak tak siap. Lecture notes bertimbun lagi tak baca. I dont have time, ukhty. Mohon fahami ana.." Kata Zirafah sambil jarinya ligat bermain Candy Crush.

Maka, di mana kau taruh kebenaran itu?

Qasrus Syuhada
Irbid, Jordan
17042016

Comments

Popular posts from this blog

Tips Menjadi Moderator Forum

Tips Menjadi Moderator Forum =) Siapa kata hanya orang yang berpengalaman sahaja yang boleh menerjah dalam bidang pengucapan awam atau pengacaraan dan mampu perform dengan penuh bergaya bagai pengacara terkemuka donia? Sebenarnya, kalau tak ada pengalaman pon anda boleh melakukannya ! Asalkan, kita tahu cara. :) Ketahuilah bahawa orang yang dikatakan berpengalaman juga sebenarnya pernah berada di posisi 'beginner' . Mereka bermula dari 'zero' dan kini baru diberi kesempatan untuk bergelar 'hero' Saya sendiri sangat meminati bidang pengacaraan sejak di bangku sekolah namun tidak pernah mendapat peluang untuk mengendalikan apa-2 majlis. Apabila sudah berada di alam kampus, peluang untuk menjadi pengerusi majlis atau moderator forum semakin terbuka luas. Saya kagum melihat senior-2 yang begitu berani dan petah berbicara di atas pentas. Ketika saya berada di Tahun Satu, saya blur. Saya memang tak ada keyakinan pon nak mencuba bercakap di khalayak ramai...

♦ Checklist ke Jordan ♦ ►Girls sahaja

Tulisan ini terhasil setelah segala penat lelah, susah payah dan sakit sendi jari saya menaip. Maka, mohon anda semua membaca sehingga ke titik yang terakhir. Terutamanya, KAMU, (Jari telunjuk menuding ke hadapan), orang yang bakal berangkat ke sebahagian dari bumi Syam ini. Harap bermanfaat dan mampu menjadi panduan dan lampu jalan untuk nak buat bajet dan kemas barang nanti. Sebarang soalan, boleh tanya di ruangan komen.  Kalau nak  copy , Highlightkan dan tekan Shift+C. Orait. Bereh. Selamat menyediakan item yang diperlukan. n_n ☺ Baju kurung/Jubah - 7/8 helai Majoriti pelajar di sini akan pakai baru kurung dan jubah. Ikutlah keselesaan dan kebahagiaan jiwa raga tong gas anda untuk memilih pakaian yang sesuai. Yang pastinya biarlah menutup aurat dengan sempurna. Biar warga Malaysia di Jordan lebih 'islamik' pakaiannya dari warga Jordan itu sendiri, Nak beli jubah dekat Jordan pun ok. Tidaklah murah ta...

Panduan Lulus Temuduga Biasiswa

Anda mungkin sedang tercari-cari biasiswa untuk menyambung pelajaran anda. Mungking juga anda telah menerima jemputan untuk menghadiri temuduga untuk biasiswa tajaan kerajaan terutamanya MARA. Menghadapi temuduga terutama kepada anda yang baru pertama kali pastinya sesuatu yang mengelisahkan anda. Di sini saya ingin mengongsikan berberapa panduan atau tips untuk mendapatkan biasiswa khususnya kepada pelajar yang mahu melanjutkan pelajaran dan memerlukan bantuan kewangan terutama daripada biasiswa kerajaan. Tips ini adalah hasil daripada beberapa orang kawan dan atas pengalaman diri sendiri. Justeru tips ini lebih menjurumus kepada biasiswa MARA memandangkan ianya lebih kepada kaum bumiputera. Berikut antara nasihat dan panduan saya kepada anda. Khusus kepada pelajar yang akan ditemuduga oleh MARA secara individu, namun boleh juga kepada pembaca yang lain untuk pengetahuan tambahan. Bawa Kelainan Contohnya, bidang kedoktoran. Mestilah kena bersedia deng...