Skip to main content

Doktor?

Hampir ke titik akhir.

Cuma berbaki satu system lagi yang perlu saya tempuh sebelum mengorak langkah ke alam klinikal.

Klinikal. Unbelievable. Ini introduksi kehidupan kerjaya saya selepas ini. Kerjaya sebagai seorang doktor.

Doktor. 'Saya nak jadi doktor bila besar nanti..'

Dulu, kata-2 ini hanya bermain di bibir secara tidak serius. Tak habis fikir macamana la nak jadi doktor. Kos pembelajaran yang nilainya hampir setengah juta. Aku mahu korek dari mana wang ringgit?

Biasiswa ?
Hanya mampu ketawa.

Layakkah saya untuk ditaja orang. Bahasa Inggeris pun sangkut, konfem tak lepas temuduga. Itu fikirku dahulu.

Dalam menggantung cita bersemi 1000 keraguan.

Tapi, sungguh. Allah lagi tahu.

Sungguh, perancangan Allah lebih baik. Tak mampu saya duga.

MARA meletakkan nama saya sebagai antara pelajar yang ditaja untuk belajar dalam bidang perubatan . Lebih menakjubkan, bukan di Malaysia , tapi di Jordan !

Apa lagi baki keraguan yang mahu disimpan tatkala menerima perkhabaran ini?

Tanpa temuduga , hanya dengan peperiksaan 100 soalan psychology yang dijawab bersama ribuan calon lepasan SPM di seluruh Malaysia, Allah memberi saya peluang untuk menjadi pelajar yang lulus untuk ditaja MARA.

Tidal mampu menuturkan kalam lain melainkan lafaz tasyakkur yang selalu bermain di lisan tatkala mengingatkan uniknya perancangan Tuhan ini.

Kini, ya. Saya adalah pelajar Tahun 3 di fakulti perubatan University of Science And Technology di Jordan.

Setelah menempuh dua tahun lebih pengajian dalam bidang ini, saya belajar tinggi rendah kehidupan seorang hamba. Belajar mengenal lebih banyak tentang diri sendiri dan tentunya mengasah lebih tajam pergantungan kepada Pencipta.

21 tahun usia saya. Berbaki lagi 3 tahun dan pada usia 24 tahun, saya bakal dipanggil 'doktor' oleh para pesakit atau paling tidak pun , masyarakat terdekat.

Saya faham dan percaya, setiap manusia ada aturan yang telah Allah tetapkan.

Setiap manusia ada cerita tentang kisah hidupnya. Ada naik, ada turun.

Dan semua manusia pasti suka untuk mengaku bahawa cerita hidupnya paling istimewa.

Begitu juga saya. Setiap episod hidup saya dari titik mula mengenal diri sendiri sehingga akhirnya kematangan kian mendewasakan diri, saya sangat suka untuk mengatakan bahawa cerita hidup saya paling istimewa .

Biar ada yang mengatakan mereka punya kisah lebih hebat dan menakjubkan tapi tetap saya akan mengatakan, 'kisah aku lebih indah!'

:)

Untuk adik-2 yang masih di bangku sekolah, teruskan belajar dan jangan penat memasang impian yang tinggi. Tak rugi. Bila kita letakkan sasaran yang kita spesifik dan jelas, inshaAllah langkah kita akan lebih yakin.

Imsyi dugri !

01062016
Irbid,Jordan

*muhun doa teman-2 solehah buat saya, si kecil yang masih bawah ilmunya. Imtihan makin dekat, doakan saya semakin yakin dan rajen.

Comments

Popular posts from this blog

Tips Menjadi Moderator Forum

Tips Menjadi Moderator Forum =) Siapa kata hanya orang yang berpengalaman sahaja yang boleh menerjah dalam bidang pengucapan awam atau pengacaraan dan mampu perform dengan penuh bergaya bagai pengacara terkemuka donia? Sebenarnya, kalau tak ada pengalaman pon anda boleh melakukannya ! Asalkan, kita tahu cara. :) Ketahuilah bahawa orang yang dikatakan berpengalaman juga sebenarnya pernah berada di posisi 'beginner' . Mereka bermula dari 'zero' dan kini baru diberi kesempatan untuk bergelar 'hero' Saya sendiri sangat meminati bidang pengacaraan sejak di bangku sekolah namun tidak pernah mendapat peluang untuk mengendalikan apa-2 majlis. Apabila sudah berada di alam kampus, peluang untuk menjadi pengerusi majlis atau moderator forum semakin terbuka luas. Saya kagum melihat senior-2 yang begitu berani dan petah berbicara di atas pentas. Ketika saya berada di Tahun Satu, saya blur. Saya memang tak ada keyakinan pon nak mencuba bercakap di khalayak ramai...

♦ Checklist ke Jordan ♦ ►Girls sahaja

Tulisan ini terhasil setelah segala penat lelah, susah payah dan sakit sendi jari saya menaip. Maka, mohon anda semua membaca sehingga ke titik yang terakhir. Terutamanya, KAMU, (Jari telunjuk menuding ke hadapan), orang yang bakal berangkat ke sebahagian dari bumi Syam ini. Harap bermanfaat dan mampu menjadi panduan dan lampu jalan untuk nak buat bajet dan kemas barang nanti. Sebarang soalan, boleh tanya di ruangan komen.  Kalau nak  copy , Highlightkan dan tekan Shift+C. Orait. Bereh. Selamat menyediakan item yang diperlukan. n_n ☺ Baju kurung/Jubah - 7/8 helai Majoriti pelajar di sini akan pakai baru kurung dan jubah. Ikutlah keselesaan dan kebahagiaan jiwa raga tong gas anda untuk memilih pakaian yang sesuai. Yang pastinya biarlah menutup aurat dengan sempurna. Biar warga Malaysia di Jordan lebih 'islamik' pakaiannya dari warga Jordan itu sendiri, Nak beli jubah dekat Jordan pun ok. Tidaklah murah ta...

Panduan Lulus Temuduga Biasiswa

Anda mungkin sedang tercari-cari biasiswa untuk menyambung pelajaran anda. Mungking juga anda telah menerima jemputan untuk menghadiri temuduga untuk biasiswa tajaan kerajaan terutamanya MARA. Menghadapi temuduga terutama kepada anda yang baru pertama kali pastinya sesuatu yang mengelisahkan anda. Di sini saya ingin mengongsikan berberapa panduan atau tips untuk mendapatkan biasiswa khususnya kepada pelajar yang mahu melanjutkan pelajaran dan memerlukan bantuan kewangan terutama daripada biasiswa kerajaan. Tips ini adalah hasil daripada beberapa orang kawan dan atas pengalaman diri sendiri. Justeru tips ini lebih menjurumus kepada biasiswa MARA memandangkan ianya lebih kepada kaum bumiputera. Berikut antara nasihat dan panduan saya kepada anda. Khusus kepada pelajar yang akan ditemuduga oleh MARA secara individu, namun boleh juga kepada pembaca yang lain untuk pengetahuan tambahan. Bawa Kelainan Contohnya, bidang kedoktoran. Mestilah kena bersedia deng...