Skip to main content

Usah Berhenti

Pernah ketika sedang membaca nota yang agak tebal tentang satu topik yang begitu menarik tapi bikin otak ini serabut, neuron lari lintang-pukang macam tengah main police and thieve dan rasa begitu tak mampu mahu teruskan pembacaan sampai ke akhir.

Masa tu, macam-2 bisikan datang.
Mungkin bisikan syaiton . Mungkin juga cuma monolog jiwa.

'Dah la. Tidur dulu. Nanti baru sambung. Benda susah, takyah gagah nak teruskan.'

'Persetankanlah nota ni. Susah tahap gaban. Dah la banyak benda nak kena ingat. Grr'

'Alah. Takyah bacalah. Tak masuk ni dalam exam. Tak masuk, tak masuk. Yakin.'

Pengsan.

Pernah berhadapan dengan dilema kronik tahap kanser stage empat ini??

Duhai.

Bila diri berdepan dengan konflik yang begitu dahsyat bagai sedang bertempur dalam Peperangan Di Zaman Jepun Menjajah Tanah Malayu, tiada siapa yang tahu.

Bila rasa nak terkam dan baham pintu sebab terlalu penat otak nak mencerna ilmu, tak siapa peduli.

Bila rasa nak bebas terbang macam Superman dari bangunan rumah sendiri menuju ke Puncak Gunung Kinabalu, tak siapa tanya.

Bila rasa nak lepas stress dengan lumba makan papan grad AAA bersama jemaah anai-2 di pintu tandas rumah nenek jiran, tak siapa sokong. Erk.

Tak siapa tahu susah payah kita dalam menuntut ilmu.

Tapi , ada satu yang memerhati kita dari mula sampai akhir, tahu serba-serbi setiap ilmu yang kita tengah cuba nak kuasai, bisa menjadi pemudah untuk kita faham ilmu itu..

Siapa?

Dialah Tuhan Yang Maha Mengetahui.
Pemilik segala ilmu yang ada di langit dan bumi.
Tatkala serabut, minta pada Dia.
Dia boleh merungkaikan kerumitan menjadi kemudahan.
Ketika mahu menyerah kalah, doa pada Dia.
Dia bisa menguatkan jiwa agar terus gagah melangkah.

Yang penting, jangan hilang pengharapan pada Tuhan.

Bila rasa lemah, cari kekuatan semula dari Allah.
Jangan berhenti dan berpatah langkah.
Teruskan berjalan biarpun seinci. Biarpun satu cm. Biarpun satu mm.

Usaha kecil yang berterusan pasti membuahkan hasil yang lumayan, mencambahkan perubahan yang tak terjangkau dek akal.

Maka, saya teruskan membaca dan membaca hingga habis nota tersebut tanpa sedar !

Dan ketika itu, rasa sesuatu.
Asal jiwa kuat, hati sado, kau akan dapat apa yang kau mahu. Asal jangan berhenti. Jangan !

Kata Allah, berusahalah.
Kata Nabi, bersungguh-sungguhlah.
Maka, anda. Usahalah dengan bersungguh. InshaAllah, kejayaan dalam genggaman.

Ilmu memang susah pada permulaan. Tapi ia akan menjadi mudah pada pengakhiran jika engkau tak letih mengulang.

Kullu tikrar, taqrar.
Setiap yang diulang, akan kekal.

Wahai penuntut ilmu, bila tiba di titik lemah,

Katakan pada dirimu itu, aku boleh. Aku kuat. Aku tak boleh setop. Ilmu ini penting. Allah bless me with the opportunity to learn it. Saya kena berjuang dan cuba faham. Kuat. Saya kuat!

Dan jika masih tak boleh go. Langsung tak boleh.

Berhenti belajar sebentar dan terus berwudhu. Lakukan solat sunat 2 rakaat. Minta pada Tuhan. Direct. Minta apa yang kamu mahu. InshaAllah, ada kesan.



Seterusnya ?
Teruskan pembelajaranmu. Usah berhenti. 😊

26052016
Irbid,Jordan

Comments

Popular posts from this blog

Tips Menjadi Moderator Forum

Tips Menjadi Moderator Forum =) Siapa kata hanya orang yang berpengalaman sahaja yang boleh menerjah dalam bidang pengucapan awam atau pengacaraan dan mampu perform dengan penuh bergaya bagai pengacara terkemuka donia? Sebenarnya, kalau tak ada pengalaman pon anda boleh melakukannya ! Asalkan, kita tahu cara. :) Ketahuilah bahawa orang yang dikatakan berpengalaman juga sebenarnya pernah berada di posisi 'beginner' . Mereka bermula dari 'zero' dan kini baru diberi kesempatan untuk bergelar 'hero' Saya sendiri sangat meminati bidang pengacaraan sejak di bangku sekolah namun tidak pernah mendapat peluang untuk mengendalikan apa-2 majlis. Apabila sudah berada di alam kampus, peluang untuk menjadi pengerusi majlis atau moderator forum semakin terbuka luas. Saya kagum melihat senior-2 yang begitu berani dan petah berbicara di atas pentas. Ketika saya berada di Tahun Satu, saya blur. Saya memang tak ada keyakinan pon nak mencuba bercakap di khalayak ramai...

♦ Checklist ke Jordan ♦ ►Girls sahaja

Tulisan ini terhasil setelah segala penat lelah, susah payah dan sakit sendi jari saya menaip. Maka, mohon anda semua membaca sehingga ke titik yang terakhir. Terutamanya, KAMU, (Jari telunjuk menuding ke hadapan), orang yang bakal berangkat ke sebahagian dari bumi Syam ini. Harap bermanfaat dan mampu menjadi panduan dan lampu jalan untuk nak buat bajet dan kemas barang nanti. Sebarang soalan, boleh tanya di ruangan komen.  Kalau nak  copy , Highlightkan dan tekan Shift+C. Orait. Bereh. Selamat menyediakan item yang diperlukan. n_n ☺ Baju kurung/Jubah - 7/8 helai Majoriti pelajar di sini akan pakai baru kurung dan jubah. Ikutlah keselesaan dan kebahagiaan jiwa raga tong gas anda untuk memilih pakaian yang sesuai. Yang pastinya biarlah menutup aurat dengan sempurna. Biar warga Malaysia di Jordan lebih 'islamik' pakaiannya dari warga Jordan itu sendiri, Nak beli jubah dekat Jordan pun ok. Tidaklah murah ta...

Panduan Lulus Temuduga Biasiswa

Anda mungkin sedang tercari-cari biasiswa untuk menyambung pelajaran anda. Mungking juga anda telah menerima jemputan untuk menghadiri temuduga untuk biasiswa tajaan kerajaan terutamanya MARA. Menghadapi temuduga terutama kepada anda yang baru pertama kali pastinya sesuatu yang mengelisahkan anda. Di sini saya ingin mengongsikan berberapa panduan atau tips untuk mendapatkan biasiswa khususnya kepada pelajar yang mahu melanjutkan pelajaran dan memerlukan bantuan kewangan terutama daripada biasiswa kerajaan. Tips ini adalah hasil daripada beberapa orang kawan dan atas pengalaman diri sendiri. Justeru tips ini lebih menjurumus kepada biasiswa MARA memandangkan ianya lebih kepada kaum bumiputera. Berikut antara nasihat dan panduan saya kepada anda. Khusus kepada pelajar yang akan ditemuduga oleh MARA secara individu, namun boleh juga kepada pembaca yang lain untuk pengetahuan tambahan. Bawa Kelainan Contohnya, bidang kedoktoran. Mestilah kena bersedia deng...