Skip to main content

8 Bulan Hafal 30 Juz. Hebat!




' Bukan sekali dia tulis dalam diari yang dia mahu berhenti menghafaz Al-Quran . . . ' - Ibu

Tapi, setiap kali rasa putus asa mahu mengikat diri,
Segera dia bangkitkan usaha dan semangat berganda hingga akhirnya terputus tali futur yang mengikat diri .

Bukan dia tak mahu menghafaz Al-Quran,
Sungguh cita-citanya sejak kecil adalah menjadi hamalatul quran . Hafiz pertama dalam keluarga .

Dalam sesaknya hidup menjadi bashkan ( ketua pelajar ) di maahad ,
Dalam rumitnya masa apabila dari bashkan dia rayu untuk berhenti dan akhirnya diberikan tugasan cuci baju para pelajar di maahad ,

Dia paling busy . Dia paling penat .
Namun dalam busy dan penat,
Dia pelajar muda paling laju menghafaz dan menguasai Al-Quran .
Disayangi para abi dan dihormati teman-2 seperjuangan .

Tahniah adik sayang, Muhammad Syahmi Lutfi Bin Karim, 16 tahun 3 bulan.

Allah telah memilihmu untuk menjadi Ahlullah. Maka berbahagialah abah dan ibu apabila satu-2 anak lelaki mereka kini berjaya meletakkan 30 juzu' Al-Quran di dada sepanjang 1 tahun 4 bulan pengajiannya di Maahad Tahfiz Turki , Kedah .

Bakal menajamkan hafazan dan seterusnya memperdengarkan hafazan di hadapan sultan negeri. Bakal melanjutkan pelajaran di Selangor dan seterusnya ke Turki dengan tajaan kerajaan Turki dalam menguasai ilmu Al-Quran yang lain .

Alhamdulillah, we ( all your sisters) are proud of you, adik. Today is your day , setelah berpenat-lelah mengejar cita-cita mulia. :)

Beberapa minggu lepas sempat berbual ringkas dengannya melalui telefon,

' Lepas Syahmi habis khatam hafaz nanti nak buat apa ? '

' Nak ulang hafal quran sekali dengan muka surat.. '

Jatuh rahang . Biaq betul budak ni..

' Berapa lama pulak tu '

' Yang ini tak lama pun.. Cuma seminggu '

Pengsan .

Jumaat | 29042016
Irbid,Jordan

Doakan kami adik-beradek dapat istiqomah dalam menjaga Al-Quran . Quran itu yang utama . :)

Comments

Popular posts from this blog

Tips Menjadi Moderator Forum

Tips Menjadi Moderator Forum =) Siapa kata hanya orang yang berpengalaman sahaja yang boleh menerjah dalam bidang pengucapan awam atau pengacaraan dan mampu perform dengan penuh bergaya bagai pengacara terkemuka donia? Sebenarnya, kalau tak ada pengalaman pon anda boleh melakukannya ! Asalkan, kita tahu cara. :) Ketahuilah bahawa orang yang dikatakan berpengalaman juga sebenarnya pernah berada di posisi 'beginner' . Mereka bermula dari 'zero' dan kini baru diberi kesempatan untuk bergelar 'hero' Saya sendiri sangat meminati bidang pengacaraan sejak di bangku sekolah namun tidak pernah mendapat peluang untuk mengendalikan apa-2 majlis. Apabila sudah berada di alam kampus, peluang untuk menjadi pengerusi majlis atau moderator forum semakin terbuka luas. Saya kagum melihat senior-2 yang begitu berani dan petah berbicara di atas pentas. Ketika saya berada di Tahun Satu, saya blur. Saya memang tak ada keyakinan pon nak mencuba bercakap di khalayak ramai...

♦ Checklist ke Jordan ♦ ►Girls sahaja

Tulisan ini terhasil setelah segala penat lelah, susah payah dan sakit sendi jari saya menaip. Maka, mohon anda semua membaca sehingga ke titik yang terakhir. Terutamanya, KAMU, (Jari telunjuk menuding ke hadapan), orang yang bakal berangkat ke sebahagian dari bumi Syam ini. Harap bermanfaat dan mampu menjadi panduan dan lampu jalan untuk nak buat bajet dan kemas barang nanti. Sebarang soalan, boleh tanya di ruangan komen.  Kalau nak  copy , Highlightkan dan tekan Shift+C. Orait. Bereh. Selamat menyediakan item yang diperlukan. n_n ☺ Baju kurung/Jubah - 7/8 helai Majoriti pelajar di sini akan pakai baru kurung dan jubah. Ikutlah keselesaan dan kebahagiaan jiwa raga tong gas anda untuk memilih pakaian yang sesuai. Yang pastinya biarlah menutup aurat dengan sempurna. Biar warga Malaysia di Jordan lebih 'islamik' pakaiannya dari warga Jordan itu sendiri, Nak beli jubah dekat Jordan pun ok. Tidaklah murah ta...

Panduan Lulus Temuduga Biasiswa

Anda mungkin sedang tercari-cari biasiswa untuk menyambung pelajaran anda. Mungking juga anda telah menerima jemputan untuk menghadiri temuduga untuk biasiswa tajaan kerajaan terutamanya MARA. Menghadapi temuduga terutama kepada anda yang baru pertama kali pastinya sesuatu yang mengelisahkan anda. Di sini saya ingin mengongsikan berberapa panduan atau tips untuk mendapatkan biasiswa khususnya kepada pelajar yang mahu melanjutkan pelajaran dan memerlukan bantuan kewangan terutama daripada biasiswa kerajaan. Tips ini adalah hasil daripada beberapa orang kawan dan atas pengalaman diri sendiri. Justeru tips ini lebih menjurumus kepada biasiswa MARA memandangkan ianya lebih kepada kaum bumiputera. Berikut antara nasihat dan panduan saya kepada anda. Khusus kepada pelajar yang akan ditemuduga oleh MARA secara individu, namun boleh juga kepada pembaca yang lain untuk pengetahuan tambahan. Bawa Kelainan Contohnya, bidang kedoktoran. Mestilah kena bersedia deng...