Nak tahu ?
Saya pernah terbaca tentang seorang wanita luar biasa.
Luar biasa macamana ?
Wanita ini bibirnya sentiasa 'terisi' dengan Al-Quran.
Dialog sehariannya adalah ayat-2 dari Al-Quran .
Setiap pertanyaan akan dijawab dengan kalam Tuhan dari Al-Quran.
Everytime !
Betapa hebatnya insan ini. Kagum. Tentu hanya Al-Quran yang menjadi keutamaannya kerna setiap hari mampu bertuturkan Ayat-2 Al-Quran sahaja. MasyaAllah !
Dulu, saya tak habis fikir bagaimana beliau mampu hidup dengan kalam yang 100% dari Al-Quran. Lagumana dia modified ?
Tapi kini saya terfikir dan mampu simpulkan.
Sesuatu yang kita selalu tuturkan,
Ia pasti sentiasa dalam ingatan,
Tuhan akan mudahkan kefahaman,
Lagi meluaskan ilmu pengetahuan .
Ingat,
Jika kalam yang baik selalu menghiasi lisan,
Maka yang mendengar pasti tidak lelah dan bosan,
Dan pastinya si penutur selalu berada dalam dakapan rahmat Tuhan,
Ilmunya juga konfem melimpah tak pernah kekeringan.
:)
Berkat .
Qasrus Syuhada
19042016
Irbid,Jordan
Comments