Kita pergi kuliyah untuk menimba ilmu dari orang-2 bijak ( cikgu / pensyarah ).
Penat..?
Seorang guru itu lebih penat dari kamu kerana mereka lebih gigih membaca dan menelaah ilmu sebelum mereka mahu sampaikannya kepada kamu.
Sebab..?
Supaya kamu lebih faham, ilmu lagi laju masuk otak, kamu mampu hadam dan fahami dengan hati .
Maka , kamu?
Pulang ke rumah, rajin-2 ulangkaji. Murojaah .
Kata guru Al-Quran saya,
Seorang penuntut ilmu itu kena rajen ulangkaji
Kena banyak membaca dari pelbagai sumber dan tak diskaun sebarang bacaan yang dia harus 'telan'.
Sebab?
Ilmu yang sering diulang-ulang itu adalah ilmu yang paling lekat di ingatan dan paling dekat untuk kita amalkan dan untuk disampaikan.
:)
Sebagaimana Al-Quran,
Lagi kamu ulang,
Lagi ia lancar di lisan.
06052016
Irbid,Jordan
Comments