Pelik tapi benar. Jarang tapi berlaku. Tak percaya tapi inilah realitinya. Sungguh, sangat terpesona dengan kisah hidup yang dicoretkan seorang ukhti. Melangkah ke gerbang perkahwinan dalam usia yang begitu muda dan menimang cahaya mata ketika di bangku sekolah bukanlah kisah biasa yang selalu dilayar pada minda kita. Dahsyat. Tak mampu saya fikir dari mana datangnya kekuatan ukhti tersebut untuk mencipta kisah hidup yang unik ini. Dek terasa keperluan agar kisah realiti ini dikomersialkan biar menjadi ikutan dan panduan remaja akhir zaman, maka saya kongsikan tulisan ukhti tersebut tentang hidup beliau setelah lafaz akad nikah diucapkan sang suami. Bila berbicara tentang kahwin muda, pasti reaksi orang ada yang bersetuju dan eksaited nak angkat tangan dan kaki menyokong. Tak kurang juga yang tidak senang dengan perihal ini kerana memikirkan usia yang muda yang masih tidak cocok untuk seorang gadis berumah tangga kerana faktor kematangan dan kemahiran rumah tangga.