Skip to main content

Coretan Temuduga PROGRAM PERSIJIILAN TAHFIZ DARUL QURAN 2012

Baik ..

Pada hari yang Penuh cahaya bulan bintang Matahari ini, sukalah saya nak berkongsi cebisan Pengalaman Ketika Temuduga Program Persijilan Tahfiz Darul Quran Sesi 2012 yang dahulu.


Pengalaman ini mungkin sedikit tak dan banyak dapat memberikan panduan, pedoman, tips, petua, lampu, pelita dan yang segerombolan dengannya untuk hadek-hadek junior saya yang mempunyai sejuta impian untuk lulus dalam temuduga tersebut.

Ingat!  Pengetahuan anda Walaupun Sedikit tentang Temuduga bakal anda yang sangat Penting Hadiri itu untuk Kesihatan dan Jantung buah Pinggang anda Ketika Ditemuduga Nanti!  Ini bagi Mengelakkan Pengeluaran adrenaline yang banyak Terlalu atau yang anda akan Lebih malang Terkhencheng kerana Terlalu Ketaq.

Okay.

Kalau tanya pada semua orang, mesti majoriti tak akan menggeleng apabila sudah kesempatan untuk menjadi penghafaz Al-Quran.

Siapa je yang tak nak peluang belajar di Darul Quran yang mana lepasan pelajarnya semua memiliki hafazan Al-Quran dalam dada. Bukankah itu cita-cita teragung dan impian mulia yang dipasang kebanyakan orang? 

Tidak terkecuali diri saya yang marhaen ini walaupun sebenarnya saya masih takut-takut dan keliru dengan tujuan ini.


Beberapa Minggu Sebelum Menghadapi SPM, saya dan Kawan Kawan-yang lain telah Dipanggil untuk pergi ke Temuduga Persijilan Al-Quran yang terletak di kompleks DQ berhampiran sebuah masjid di Alor Setar,Kedah.

Sedikit menyedihkan kerana tiba-tiba sahaja kesihatan saya pada hari itu tak begitu baik. Batuk dan selelelesema saling menziarahi saya pada setiap minit. 

Jadi Moralnya di sini, bagi Adik Adik-yang nak ke Temuduga ini, sila Pastikan Kesihatan Adik Berada Tahap yang di  Membimbangkan  baik dan Suara Adik Adik-tak ada Masalah. Kalau serak-serak basah tu okeyh lagi kut.


Kalau boleh, untuk menambah keyakinan dan tahap kesegakan adik-adik, silalah pakai blazer ketika hari temuduga tersebut.



Sebelum ke temuduga itu juga, pastikan adik-adik membuat latihan menghafaz untuk uji kemampuan adik-adik. Tak perlu ramal muka surat mana yang akan ditanya kerana sememangnya anda tidak akan pernah tahu sehingga anda diberitahu.



Jangan lupa juga mengupgrade pengetahuan adik-adik tentang Al-Quran, ada berapa muka surat, surah, imam-imam tarannum, sejarah Al-Quran sikit-sikit dan juga pengetahuan adik-adik tentang tajwid. Semua ini akan ditanya mungkin dalam dua atau tiga soalan.

Masa saya dahulu, Alhamdulillah semua soalan ini dapat saya jawab dengan cemerlangnya! Ahah. Itupun setelah puas bertanya pada waris yang ada di situ. Saya baru tau ada soalan berkenaan Al-Quran yang akan ditanya dalam sesi temuduga itu pada pagi itu juga! Mujur sempat kemaskan pengetahuan.


Ketika saya sampai di tempat temuduga, saya dapati kawan-kawan saya dari Maktab Mahmud telah tiba lebih awal daripada rombongan sekolah saya. Mestilah kan. Maktab Mahmud memang dok dekat Alor Setar dah. Tak ada tol. Sekolah saya ni di ceruk Malaysia. Sikit lagi nak sampai Thailand. Ehem.



Kami semua dipanggil masuk ke satu bilik untuk mendengar taklimat dari Ustaz Darul Quran dan sebelum tu kami diminta menanda kehadiran kami di sehelai kertas yang mengandungi senarai calon yang bakal ditemuduga. Best kut bilik tu sebab ada penghawa dingin. Ahah!



Kami diberi taklimat bahawa sesi temuduga itu akan dijalankan dalam dua sesi. Sesi pertama dijalankan oleh pihak Darul Quran dan sesi seterusnya akan dikendalikan oleh pihak UIA. 



Untuk pengetahuan adik-adik yang mungkin tak tau lagi pasal ni, UIA dan Darul Quran bekerjasama untuk program ini. Selepas adik-adik tamat tahfiz di Darul Quran, adik-adik akan secara automatik diserap masuk ke UIA mengikut bidang yang adik-adik sudah pohon berdasarkan rezab SPM nanti.



Dah habis taklimat, kami diarahkan tunggu di bilik masing-masing. Bilik yang dimaksudkan adalah bilik untuk ditemuduga itulah ... Ada banyak bilik dan di setiap bilik ditampal senarai nama. Nama saya ada di bilik no 1 dan hanya saya seorang dari SBPIKP. Tak apalah .. Redha je. Demi Darul Quran. Saya betul-betul nak masuk ni!





Temuduga itu dijalankan secara individu dan dikendalikan oleh seorang ustaz. Anda tak perlu bawa tisu untuk lap peluh anda ketika gabra kerana setiap bilik ada penghawa dingin. Huhu.



Apabila nama saya Dipanggil, saya dengan Masuk  Penuh Sopan-Santun dan Ayunya   Membawa Al-Quran Tafsir Milik saya. Penemu duga tu tak garang pun, jangan risau la. Dia juga tak membawa apa-apa senjata yang boleh membahayakan anda. Sebelum saya duduk di sebuah kerusi yang disediakan, saya menyerahkan butiran maklumat peribadi saya kepada ustaz DQ tu. Kemudian selepas ditanya serba-sedikit tentang diri macam tinggal kat mana dan adik beradik, saya ditanya pula kenapa nak masuk DQ? 



Waktu ini telah berlaku peperangan yang dahsyat antara saya dengan ustaz tersebut apabila dia cuba provok saya dengan pelbagai hujah lantas saya membalas hujahnya dengan penuh semangat waja walaupun ahah .. asyik batuk-batuk je ..



Kemudian ustaz tersebut cabar saya menghafal 5 ms dalam masa 40 minit. (Sepatutnya dalam masa 40 minit itu hanya satu ms sahaja yang sepatutnya dihafal oleh setiap calon ..) Ok. Saya sedikit runsing di situ. Tambah keadaaan kesihatan yang agak tak comel pada ketika itu. Hanya Allah sahajalah yang tahu. Uhuh. Moralnya untuk adik-adik, sila jangan terlalu berdebat dengan penemu duga dan pastikan adik-adik siapkan jawapan yang ceria dan matang kenapa anda nak masuk Darul Quran.

Dan jangan bimbang kerana sesi temuduga itu di jalankan dalam bahasa Melayu.


Apabila saya sudah diberi MS apa yang perlu dihafal, saya berjalan keluar dari bilik itu untuk bertebaran di sekitar pusat temuduga itu bagi mencari port yang sesuai untuk ditemuduga. Sebelum itu saya dipesan agar masuk cepat-cepat setelah cukup 40 minit yang diberi kalau tidak automatik saya akan gagal dalam temuduga itu.



Gambar hiasan. Saya tak menghafal atas rumput, saya pilih atas tangga1 Baru lebih bergaya kan kan.


Alhamdulillah saya berjaya menghafal hanya setengah muka surat sahaja itu pun selepas berhempas-pulas menghafal. Bukan susah pun nak menghafal. Saya selalu sahaja menghafal buku Teks Pen. Al-Quran As-Sunnah dan Pen Islamiyyah Syariah dan masa saya di Maktab Mahmud pun keputusan saya bagi subjek Al-Azhar tak pernah dapat A-. Saya kuat Ingatan ok ??  Maaf.Sedikit Perasan di situ.

 Adik-adik takyah bimbangla. Tak susah pun nak hafal satu muka surat Al-Quran tu. Baca doa, tenang dan mulakan hafalan. 


Saya masa tu ok saja Tapi kesihatan saya la yang sedikit menghalang. Bayangkan macamana nak menghafal kalau sekejap-sekejap batuk. Adoi. Tensen. Nak menghafal dalam hati macam tak efisyen lah pulak. Hurm ..



Akhirnya setelah cukup 40 minit, saya pun masuk lah dengan penuh konfiden untuk ditasmi '. Al-quran tetap dibawa masuk bersama.



Setelah habis setengah mukasurat, saya blu macamana nak sambung lagi separuh muka surat saya belum hafal la! Maka untuk masa Mengisi Senggang,  Lagipun ustaz Macam tu je dan HAFIZ, dia hanya Mendengar apa yang saya baca Sambil mata dia Sibuk Membaca sesuatu di Butiran Maklumat yang saya Berikan Sebelum tu,   saya pun ulang Separuh lagi yang saya dah ms Hafal tu. Ahah! 



Biarla .. daripada diam ataupun ber-erk-erk saja kat situ kan. 



Last sekali ustaz tu pandang saya dan cakap .. "Dah habis ??"



 Saya pun cakaplah .. "Hurm, nampaknya macam tu lah ustaz. Habis dah kut ..?" 



Ustaz tu senyum sinis dan tanya .. "Tak sampai 5 ms surat pun ??" 



Maka saya balas, "Takpelah ustaz. Nak buat macamana .." Saya senyum je. Dalam hati cakap .. Adoila ustaz .. Apacer buli saya nak hafal 5 ms dalam masa 40 minit. Hurm ..



Kemudian ustaz tu tanyalah soalan pada saya berapa bilangan surah dalam Al-Quran, bilangan ayat Al-Quran dan hukum-hukum tajwid berdasarkan muka surat yang saya dah hafal tadi. Alhamdulillah, saya tak ada masalah di situ. Mujur soalan yang diajukan pada saya tak berapa sukar macam yang kawan-kawan saya lain dapat.



Dah habis temuduga itu, saya panjat pulak tingkat atas bangunan tu untuk ke bilik temuduga UIA. Pun ada banyak bilik juga di atas tu. Tapi untuk kali ini tak ada bilik khusus. Kami bebas nak masuk ke bilik mana-mana pun. Saya memilih untuk masuk ke bilik yang dikendalikan oleh kaunseling UIA sebab satu, dia perempuan dan baik dan yang kedua, the session is in malay! Hehe. Saya tak berapa pandai sedikit bercakap bahasa omputeh masa tu. 



Dalam bilik tu, tak ada apa-apa pun. Cuma dia tanya apa bidang yang kita nak dan dia rujuk kelayakan kita dalam bidang tu based on our trial SPM result. Macam saya dia kata saya layak ambil perubatan sebab Biologi saya boleh tahan comellah markahnya ..

Kemudian dia bagi nasihat sedikit tentang perubatan di UIA ni saya pun tanya juga banyak soalan. Katanya di UIA saban tahun ramai yang minta perubatan tapi tempat yang ditawarkan hanya untuk 200 orang sahaja. Keutamaan diberi kepada budak-budak stret A.


Tamat Sesi Temuduga UIA, maka Tamatlah  Hikayat Cereka ini saya  saya itu Temuduga. Alhamdulillah sedikit sebanyak dapat memberi pengalaman yang bernilai buat saya dan kawan-kawan.





Untuk adik-adik yang bakal pergi ke temuduga itu, saya nasihatkan buatlah preparation yang sewajarnya. Air disediakan oleh pihak DQ kat sana. Jadi ikut sukalah nak bawa air ke tak nak. Jangan bimbang sangat. Buat yang terbaik dan niat kalau ada rezeki, inshaa Allah tak ke mana. Senyum.



Do the best.

You can do it.
Allah is always with you.
You're the winner.

Today is your day.

Comments

Unknown said…

Saya doakan anda. Doakan saya juga.

Popular posts from this blog

Tips Menjadi Moderator Forum

Tips Menjadi Moderator Forum =) Siapa kata hanya orang yang berpengalaman sahaja yang boleh menerjah dalam bidang pengucapan awam atau pengacaraan dan mampu perform dengan penuh bergaya bagai pengacara terkemuka donia? Sebenarnya, kalau tak ada pengalaman pon anda boleh melakukannya ! Asalkan, kita tahu cara. :) Ketahuilah bahawa orang yang dikatakan berpengalaman juga sebenarnya pernah berada di posisi 'beginner' . Mereka bermula dari 'zero' dan kini baru diberi kesempatan untuk bergelar 'hero' Saya sendiri sangat meminati bidang pengacaraan sejak di bangku sekolah namun tidak pernah mendapat peluang untuk mengendalikan apa-2 majlis. Apabila sudah berada di alam kampus, peluang untuk menjadi pengerusi majlis atau moderator forum semakin terbuka luas. Saya kagum melihat senior-2 yang begitu berani dan petah berbicara di atas pentas. Ketika saya berada di Tahun Satu, saya blur. Saya memang tak ada keyakinan pon nak mencuba bercakap di khalayak ramai

♦ Checklist ke Jordan ♦ ►Girls sahaja

Tulisan ini terhasil setelah segala penat lelah, susah payah dan sakit sendi jari saya menaip. Maka, mohon anda semua membaca sehingga ke titik yang terakhir. Terutamanya, KAMU, (Jari telunjuk menuding ke hadapan), orang yang bakal berangkat ke sebahagian dari bumi Syam ini. Harap bermanfaat dan mampu menjadi panduan dan lampu jalan untuk nak buat bajet dan kemas barang nanti. Sebarang soalan, boleh tanya di ruangan komen.  Kalau nak  copy , Highlightkan dan tekan Shift+C. Orait. Bereh. Selamat menyediakan item yang diperlukan. n_n ☺ Baju kurung/Jubah - 7/8 helai Majoriti pelajar di sini akan pakai baru kurung dan jubah. Ikutlah keselesaan dan kebahagiaan jiwa raga tong gas anda untuk memilih pakaian yang sesuai. Yang pastinya biarlah menutup aurat dengan sempurna. Biar warga Malaysia di Jordan lebih 'islamik' pakaiannya dari warga Jordan itu sendiri, Nak beli jubah dekat Jordan pun ok. Tidaklah murah tap