Contengan Fesbuk Bertarikh 10 Disember 2014
Asyik study study study Lecture Notes Yang Membukit Uhud ..
Otak dah terasa nak evaporate ke udara??
Maka, jomlah berehat dengan melepak bersama anak-anak Syria di sekolah mereka !
Otak akan bertambah tension tapi hati akan double triple quadriple gumbiraa !
Satu jam lebih saya bersama mereka. Konon dan release jap dari kepenatan setelah terjun dalam Medicine War Of 2nd Exam.
Tak tersangka banyak benda yang Allah bagi peluang untuk saya belajar bersama pelajar di sekolah ini.
Saya belajar,
Belajar menulis huruf G H I J K .
(Ana expert dah ni. Tapi murojaah tu kan penting? Hiks.)
Belajar mengenal 5 jari dalam bahasa Arab.
(Oh, malangnya saya dah lupa kesemuannya ! ==')
Juga belajar mengasah bakat siapa-paling-laju-colour bendera jordan. Yang ini ekstrim sikit. Siap bergaduh dan bertumbuk lagi. Kalau saya bagi M16 kat diorang, sudah tentulah bakal berlubang dinding kelas tu budak-2 ni kerjakan. Emotikon upset
Paling best, dapat dukung baby comel tuuu. =')
Sungguh sabarnya sahabat saya yang sorang tu melayan kerenah budak tadika sampai saya dah rasa dia layak dah jadi mak budak. =8
Moga dapat balik lah highlighter kesayangan awak yang dicilok diorang yee, kawan.
Moga terus komitmen dengan TFTN. GO Shu!
Awak bantu diorang, Allah akan bantu awak. ^^
Harap sangat sangat
Saya Dapat pergi lagi . .
Bukan apa. Saya rasa baru lepas pergi Tuition Bahasa Arab. Budak-2 ni dah ngajar banyak vocab baru. Dah berbulan aku hadam english sampai lupa buku dalam bahasa arab adalah 'kitab' dan pintu dalam bahasa arab adalah 'baaabun'. =='
----
'Iftah had bab ya syatir !' - terpinga-pinga budak tu dengar. Padahal jari aku tunjuk buku dia, bukan tunjuk pintu.
Alahai.
Comments